Picture yang di snap masa keadaan dah tenang sikit..even air tak setinggi mana masuk dalam rumah, tapi kami tetap brjaga2 sebab masa ni ujan tak henti turun...
Thursday, December 5, 2013
Bila langit tak henti menangis
Picture yang di snap masa keadaan dah tenang sikit..even air tak setinggi mana masuk dalam rumah, tapi kami tetap brjaga2 sebab masa ni ujan tak henti turun...
Thursday, November 28, 2013
Aku dan Pantang...
Harini daku bawa Husna ke KK untuk cucuk 1bln sekali dengan check up post natal..Alhamdulillah daku dh kembali ke berat asal...nasib selim melim lagi...maklumla, dah jadi ibu beranak dua dah ni...risau kalau jadi macam mak2 yang lain...yelah kan..orang kata dah beranak pinak ni berat badan akan jadi makin plus plus...badan pun akan jadi kembang semangkuk..no...no....no..(bak kata kak Hannan)...jauhkan lah daku dari kembang-kembang ni...daku nak sentiasa selim...
SEBELUM DIBOTAKKAN.. SELEPAS DIBOTAKKAN
Alhamdulillah, baby Husna baik sangat...jarang wat perangai...eh macam tak pernah je..hehe...malam-malam pun duk eh-eh je...takde nak 'qiamullail' macam kak Hannan masa pantang dulu...dalam erti kata lain, senang jaga la...
Tuesday, November 5, 2013
Birth story my 2nd child
Salam awal muharram...
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia pada hari ni...
Kena tunggu masa betul2 lapang baru dapat update blog..maklumla, dah jadi ibu beranak 2...hehe...macam xcaya plak rasa...
Kalini nak share birth story anak ke2 ku...anak 1st dlu daku kna czer n Alhamdulillah untuk yang ke2 ni daku dapat bersalin normal or vbac (virginal birth after czer)...
Berjumpa pakar o&g
Sepanjang preggy daku memang takde masalah pada luka czer tu...xde rasa sakit or ngilu...semuanya macam biasa...weeks yang ke38 daku kena jumpa dengan pakar o&g...memang agak berasap la telinga kena bebel dengan dia sebab jarak kelahiran anak ke2 daku ni tak sampai 18bulan lagi...bila daku tanya % berjaya vbac, doktor tu bagi 70%...lega hati bila dia cakap macam tu...lama jugak perbincangan daku dengan dia...tapi memang daku pilih untuk normal dan bukan repeat czer...doktor benarkan memandangkan daku sihat sepanjang preggy n xde masalah lain...
Sakit nak bersalin
Pagi daku ke hospital jumpa pakar, petang tu sempat lagi daku ke mall beli hadiah birthday untuk abah..sempat lagi makan burger n lada hitam banyak2 (pengaruh orang kata lada hitam mudahkan bersalin..hehe)..balik rumah memang daku tak rasa pape lagi...kul6ptg bermula sakit contraction...sakit tiap 5minit pulak tu...dalam ati ni, dah rasa instinct nak bersalin...daku tahan sakit sambil2 berjalan2...daku siap2 diri mandi pakai baju yang sesuai then makan kurma banyak2...
Dalam pada tahan sakit tu mak tnya nak gi hospital ke tak...daku kata tunggu dlu...sempat lagi daku solat maghrib then solat isyak...baca surah maryam separuh je...lepas tu check smula dah ada tanda darah...terus tepon mr hubby suruh balik n ajak mak abah gi hospital..
Sampai kat hospital, dekat 1jam menunggu sambil tahan sakit untuk check bukaan...memang daku tak senang duduk...jap pusing kanan, jap pusing kiri...dapat giliran terus check bukaan n masa tu dah 6cm...air ketuban pecah sendiri n bukaan terus ke 7cm...dari labour room low risk daku kna tolak naik ambulance ke labour room high risk sebab previous scar...
Masuk je labour room, bukaan makin cepat n dengan beberapa kali push alhamdulillah daku selamat melahirkan puteri ke2 melalui vbac... masa tu Allah je yang tau betapa syukur nya daku melalui pengalaman terindah tu...walau kena tahan sakit beberapa jam, berbaloi dapat vbac...satu yang terkilan sebab mr hubby sampai masa baby dah kuar...xsempat dia nak tengok masa daku tengah push tu...
Syukur atas nikmat n anugerah yang tak ternilai..puteri ke2 ni kami beri nama Nur Shafaa Husna binti Solahuddin...
Nota kaki: kak hannan dah start jelous bila abi n ummi dukung adik...maybe sebab tak biasa lagi...
Friday, November 1, 2013
Anugerah Terindah
Nak share dengan semua birth story kali ni but tengah cari idea karang ayat...hehe...btw dah selamat semua n kisah seterusnya nanti daku sambung next entry...
Thursday, October 10, 2013
october is coming...november is soon...
Friday, September 20, 2013
Moment at krabi, thai
Thursday, September 19, 2013
Daripada mengeluh,lebih baik bersyukur
Zaman canggih n moden ni, dunia fb jadi medium untuk manusia luahkan sesuatu benda...Banyak kali daku trjumpa status keluhan or rungutan ni...macam2 benda nak ngadu...Please people out there, stop complaining bout ur life...Allah gives something with His 'hikmah'...So, please accept whatever u get in this life..(self reminder for me too)..
Tapi kan, kita ni memang tak sempurna...daku sendiri pun kadang2 ada la jugak duk ngadu itu ini pada en hubby...bila pikir2 smula, tak eloknyer la rasa...Ya Allah, jauhkan lah daku dari sifat mazmumah ni...
Nota kaki: sama2 kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik...when u accept the fate of ur life, you'll find out that u are enjoying more of ur life...
Monday, August 26, 2013
Ummi Kena Kuat
Friday, August 23, 2013
Bersihkan jiwa dengan makanan
Wednesday, August 14, 2013
Dugaan terhebat
Sekadar berkongsi kisah dengan semua...bukan kisahku tapi kisah lain yang penuh pengertian...
Tahun 2011...
Mendapat khabar berita mak saudara hubby terjatuh dalam bilik air dan dimasukkan ke hospital...Tahun pertama daku bergelar isteri..mendengar perkhabaran ni,ahli keluarga sebelah hubby bergegas ke kelantan melawat ibu saudara yang koma...Menitis air mata ketika melawat beliau yang terbaring kaku di icu...bergilir-gilir kami masuk ke wad untuk melihat keadaan beliau..pada ketika tu,daku masih ingat keadaan beliau yang sangat lemah...
Tahun 2012...
Dari minggu berganti bulan,dari bulan berganti tahun...keadaan ibu saudara hubby masih belum pulih...doktor meletakkan harapan tipis untuk beliau sembuh..tahun kedua beliau sakit,daku dan hubby menjengah untuk melawat dan melihat keadaan beliau...memang sedih bila melihat separuh daripada tempurung kepala telah tiada akibat pembedahan yang berulang..badan yang berisi semakin kurus akibat rawatan hospital..ingatan pula hampir tiada...hanya mata yang terbuka melihat kami yang datang melawat..renungan kosong daripada beliau membuatkan daku sedikit sebak...
Tahun 2013...
Ramadan penuh pengertian...betapa terkejutnya daku dan suami tika melawat beliau...bukan saja beliau telah sembuh walaupun bukan 100% malah beliau kembali mendapat memori yang telah hilang dulu...betapa besar Kuasa Allah...betapa gigih dan berusahanya anak2 beliau dalam berdoa dan ikhtiar untuk merawat ibu mereka...sebak daku bila suami memeluk ibu saudaranya dan dengan jelas beliau menyebut nama suami...sungguh daku menangis dalam hati memuji kebesaran Allah...jika Allah berkehendak,memang tiada yang mustahil bagiNya...
**Bila teringat kisah ni,betapa daku terasa malu...Baru diuji sikit,daku terus rasa mengalah...melihat kekuatan yang ditunjukkan oleh ibu saudara hubby ni,membuatkan daku makin bersemangat untuk hadapi cabaran yang mendatang...Allah telah tunjukkn betapa BerkuasaNya dia..yang pasti,kita kena meletakkan seluruhnya pada Allah..
Thursday, August 1, 2013
Puasa mengajar kita erti SABAR
Wednesday, July 24, 2013
Jawapan uji minda Bulan Ramadhan
1) Bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke berapa dalam turutan kalendar Islam?
Ramadhan adalah bulan yang ke 9 selepas Syaaban
2) Bilakah puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Islam? ________ Hijrah.
Pada tahun ke2 Hijrah
3) Berapa kali kah kalimah Ramadhan disebut dalam Al-Quran?
Sekali sahaja iaitu dalam surah Al-Baqarah
4) Berapa kalikah Rasulullah sempat berpuasa sepanjang hayat baginda?
Sebanyak 9 kali
5) Apakah nama pintu syurga yang telah dijanjikan oleh Allah buat orang-orang yang berpuasa?
Ar-Rayyan
Nota kaki: Moga kita semua mendapat manfaat daripada ilmu ini...(daku pun sama, kadang-kadang lupa..maklumla..ilmu agama ni kita kena sama-sama belajar barulah dapat)
Tuesday, July 23, 2013
Uji Minda di Bulan Ramadhan
Alhamdulillah kita menghampiri fasa 15 malam terakhir dan moga kita semua bertemu dengan malam lailatul qadar, insyaAllah...
Sempena Ramadhan al-mubarak ni, jom sama-sama kita uji minda sambil mengingat semula apa yang kita dah belajar sepanjang hidup ni tentang bulan yang mulia ni...Jom sama-sama jawab yek...
1) Bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke berapa dalam turutan kalendar Islam?
2) Bilakah puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Islam? ________ Hijrah.
3) Berapa kali kah kalimah Ramadhan disebut dalam Al-Quran?
4) Berapa kalikah Rasulullah sempat berpuasa sepanjang hayat baginda?
5) Apakah nama pintu syurga yang telah dijanjikan oleh Allah buat orang-orang yang berpuasa?
Moga ilmu ni bermanfaat untuk kita semua...wallahua'lam =)
Tuesday, July 16, 2013
Bau Dari Syurga
Tuesday, July 9, 2013
Ramadhan yang dirindui
1) Zikir dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
2) Khatam quran atau sekurang-kurangnya satu muka bagi satu malam
3) Solat terawih
4) Sedekah
Nota Kaki lima inci : Jom sama-sama audit diri kita pada Ramadhan kali ni...
Di Sana Menanti Syahid
Monday, June 24, 2013
Aura negatif..please go away...
Lately memang rasa nak kan ketenangan je...maklumla orang kata orang preggy ni kena sentiasa terkawal emosinya...tak boleh nak tension-tension, tak boleh nak marah-marah jauh sekali nak susah hati...so, daku dalam proses tu la sekarang ni...ke mana-mana sentiasa nak amik aura positif je...tak nak negative vibration berpusar-pusar duk keliling daku..tolong go jauh-jauh yek...
Kesihatan...Alhamdulillah semuanya ok...berat badan la yang tak berapa nak konsisten..jap naik, jap turun...HB semua ok, tekanan darah pun ok....Rabu ni tak sabar nk scan and tengok baby dalam perut ni...
Nota Kaki: mana yek destinasi best nk tenang-tenangkan minda ni...
Friday, June 7, 2013
Mood ke Laut
Thursday, June 6, 2013
Komen Cari Pasal aka Cari Gaduh
Contoh 1:
Alahai...malasnya la nak gi keje esok...jom ponteng ramai-ramai..
Respond:
Tak nak keje, berenti je la..jadi suri rumah sepenuh masa...
Contoh 2:
Double line la pregnancy test saya buat pagi tadi
Respond:
Sian ke anak tu, kecik lagi dah nak ada adik..tu la, rancang la patut nya...
Contoh 3:
Saya kena czer masa lahirkan baby dulu..
Respond:
Budak yang keluar ikut tingkap ni kan, tak pandai nak berdikari...
Contoh 4:
Saya nak mintak pindah la bos..penat ulang alik jauh-jauh laki bini..
Respond:
Nape dulu tak kawen je dengan orang sini...
Tuesday, June 4, 2013
Cerita Tengah Malam
Kisah bermula
Sekali lagi
Pengakhiran yang baik
Di sebalik kisah
Monday, June 3, 2013
Aktiviti Bila Cuti Sek
Bila time cuti sekolah, memang confirm akan berderet-deret jemputan kahwin yang bakal kita dapat kan... Daku pun tak terkecuali..tapi memang tak sempat nak hadirkan diri untuk semua jemputan..
Paling istimewa majlis perkahwinan my BFF, Siti Jawahir dengan pasangannya Mohd Rahim...moga berkekalan hingga ke syurga yek...
Wednesday, May 29, 2013
Bila rindu bertamu
Restoran MabiQ - memang best..

Bersama keluarga mertua...memang licin semua pinggan..
Monday, May 27, 2013
Serun + gerun
Daku tumpang dengar je la...boleh dijadikan pengajaran untuk diri sendiri...Balik lepas cucuk Hannan tu, terngiang-ngiang lagi esakan dan erangan perempuan tu...terbawak-bawak rasanya dalam mimpi...tak nak la jadi camtu....
Nota kaki lima inci: Ingat kisah ni, terus usap-usap perut..hehe...
Wednesday, May 22, 2013
Doa Dhuha
Jom sama-sama kita amalkan doa dhuha ni...Kekangan masa dan ke'bz'an kadang-kadang kita tak sempat nak buat solat dhuha kan...so, kita baca doa dhuha ni moga pagi kita penuh barakah dan rezki pun mudah masuk...aminn...
Monday, May 20, 2013
Cukup ke
Thursday, May 16, 2013
Kunjungan setia ke KK
Monday, May 13, 2013
12 05 setahun berlalu
Terima kasih ya Allah...
Hari ini 12.05.2013 genap setahun peristiwa dan kisah itu berlalu...
Happy birthday buat buah hati ummi dan abi...moga membesar sebagai anak yang solehah, taat pada Allah, cerdik, bijak dan sentiasa membahagiakan ummi dan abi...aminn..
Friday, May 3, 2013
Panggilan...
Sengaja memilih tajuk yang jauh dari tajuk semasa...'Panas' sekarang dengan pelbagai topik yang berkaitan pilihanraya...sengaja ku pilih tajuk yang jauh menyimpang...
Kita terus pada tajuk....
'mak', 'mama', 'ma', 'ummi', 'ibu' semuanya membawa maksud yang sama,panggilan untuk yang melahirkan..lagi dramatik panggilan 'bonda'...sekarang ramai yang lagi senang dengan panggilan 'mama' or 'ibu' or 'ummi'...terus terang daku katakan, dulu2 ku memang teruja dengan panggilan 'mama' ni...lembut bila ada kawan2 yang panggil maknya dengan panggilan ni...
Tapi bila usia dh menginjak..pandangan dan pendapat aku makin berubah...masih ku ingat seawal beberapa bulan kandungan pertama aku dulu, nasihat lembut singgah di telinga...'takyah ber'mama' 'papa' la yek nanti'...senyuman kuukir sebab memang ku tekad panggilan untukku nanti adalah 'ummi'...lagi lembut dan yang paling ku suka kerana 'ummi' daripada bahasa yang indah iaitu bahasa arab,bahasa al-quran...
Suatu ketika semasa di tempat kerja,seorang teman menegur...'anak panggil izzah ape?'mama' yek'...daku menjawab smbil berseloroh, 'panggil 'ummi'...xnak la london sangat'...tersenyum je si kakak tadi...
Pada aku tak salah panggilan apa yang disebut, janji si anak hormat pada mak n ayah dia...fokus kita sekarang nak didik anak2 kita ke arah islam...insyaAllah,moga Allah perkenankan hajat kita ni...moga anak2 kita tak terjebak dengan segala perkara negatif dan melalaikan...
Saturday, April 27, 2013
Clueless...
Saya seorang guru...dengan kata lain,'teacher','cikgu','ustazah','murabbi' yang mana kesemuanya membawa maksud yang satu...iaitu PENDIDIK...saya mendidik anak2 bangsa yang berada di pedalaman...jauh dari bandar...yang pasti, memerlukan pengorbanan yang tinggi dalam kehidupan saya...bukan kisah saya yang saya nak ketengahkan tapi tentang sikap pelajar sekarang ni...
Baru-baru ni tersebar meluas video ketua kelas yang dibelasah oleh gangster sekolah...tragis video tu...saya sendiri tak sanggup nak tengok...banyak komen yang diberi antaranya hak rotan diberi semula kepada guru-guru...takyah semua pun xpe, janji cukup buat cikgu disiplin sahaja...semuanya demi nak memperelok akhlak budak2 sekarang...bukan nak membanding dengan zaman saya dulu cuma sedikit terkilan dengan keadaan sekarang...sebab itulah, bila saya mengajar waktu2 akhir, saya memang suka bawa pelajar saya ke surau untuk solat zohor...bagi saya, nak mendidik pelajar mestilah bermula dengan solat...tu pun ada yang berani menegur saya...'semayang ni takleh nak paksa-paksa la cikgu'...oh...pandai berhujah kononnya...satu jawapan saya yang memang semua takleh sanggah,'kalau tak paksa kenapa nabi suruh rotan anak2 yang tak solat bila umurnya dah capai 10 tahun...umur awak sekarang berapa?'...haa...terkesima dan terkelu nak menjawab balik...tapi itulah cabaran yang cikgu-cikgu kena hadapi dan tanggung....belum lagi cabaran dalam kelas,timbunan kerja yang melampau banyak, dengan PBS yang baru diperkenalkan sekarang ni...oohh....memang tak terkejar...
Nota kaki: sebab tu ramai cikgu yang stress dan ramai jugak yang terkena penyakit darah tinggi....daku pun tak terkecuali...hehe..tapi masa 3rd trimester ngandungkan si comel Hannan dulu la...sekarang harap bebas dan sentiasa sihat untuk mendidik anak bangsa...aminn...
Wednesday, April 24, 2013
Jangan Bimbang
Tuesday, April 23, 2013
Damai yang diperoleh
Tuesday, April 16, 2013
Sekali lagi...
.

Thursday, April 11, 2013
Hasil Keras Tangan
Wednesday, April 10, 2013
Rabu yang Berkata-kata
Pagi yang indah setelah berhari-hari panas yang boleh membawa kepada kemarau, Alhamdulillah Allah turunkan hujan untuk bumi di sini....nyaman, sejuk dan tenang dengan nikmat yang Allah bagi ni...tapi ada jugak sesuatu yang menjentik hati ku nan satu ni (ayat madah ni...hehe..)..Bukan untuk bebelan yek, but sekadar renungan untuk semua...lama dah daku nak suarakan tapi macam tersekat kat kerongkong ni...korang boleh nilai sendiri lepas tengok pic kat bawah ni...
Wednesday, April 3, 2013
Finally
Cukup tempoh,cukup matang akhirnya pm kita umumkan pembubaran untuk parlimen negara kita....
So,tugas dan tanggungjawab kita pulak memilih tampuk pimpinan yang terbaik...ingat yek...jangan ada yang kata,'tak minat la politik ni'...ni bukan soal minat or tak but ni soal tugas yang kita kena pikul sampai akhirat...pilihan di tangan kita...kalau boleh,buatlah istiqarah supaya diberikan hidayah esp pada sapa2 yang rasa diri dia 'duk atas pagar'...amanat terbesar ni sebab kita nak pilih pemimpin yang mentadbir negara....
Nota kaki:1st time nak mengundi sebab dah 3kali daftar masa pru yang lepas tapi nama asyik hilang...