Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

hahaha...macam ni pun ada yek..

Hari ni dah masuk bulan 11 dan kita pun dah berada pada ujung-ujung tahun...di hujung tahun ni macam biasalah, hari perayaan bagi budak-budak sekolah...maklumla, cuti sekolah panjang kan....bila masuk musim cuti sekolah ni, maka bermula jugaklah musim orang buat kenduri kawen...boleh katakan tiap-tiap minggu mesti ada je jemputan ke majlis kawen...daku pun tak tau lagi boleh hadirkan diri or tak untuk majlis diorang...jauh-jauh pulak tu...hehe...

Kisah di harian metro harini...

Harini nak bawak satu kisah dalam hmetro..kisah si tunang yang mereka cerita konon-konon dirinya dirompak lepas keluarkan duit hantaran kat bank...siap buat report polis lagi tu...dan yang paling sadis nya si tunang ni terus hilangkan diri sehingga menyebabkan majlis kahwinnya terpaksa dibatalkan jumaat lepas...memang sadis kan...nak baca lebih lanjut, klik kat SINI yek...

Pada aku la, jangan lah buat tindakan yang KURANG BIJAK macam tu...sebarang keputusan yang hendak diambil, rujuk lah dulu dengan orang tua or orang lebih berpengalaman...kalau tak pun, bawak-bawaklah berbincang terutamanya dengan pasangan sendiri...perkara tentang kawen ni bukan main-main...kita melibatkan banyak pihak..semuanya ni melibatkan kematangan kita....kalau betul si tunang yang menghilangkan diri tu takde duit, banyak lagi solution yang boleh diambil...antaranya:

- pinjam dengan orang terdekat (mak, ayah, sedara mara, adik kakak abang)
- buat pinjaman persendirian (personal loan)
- share duit dengan tunang sendiri
- nikah gantung (majlis kemudian bila dah ada duit)
- postpone kawen ke tarikh yang lain

Apa-apa pun, sebelum merancang nak berkahwin tu, patutnya sesiapa pun dah merancang kewangan sendiri sebelum decide nak kawen tu....kerja lebih kuat untuk tampung majlis perkahwinan tu...sebabnya lepas kawen lagi nak guna banyak duit, tambah-tambah esok-esok bini mengandung dan beranak pulak....lagi nak guna banyak duit...seeloknya, buatlah perkahwinan yang sederhana ikut kemampuan sendiri...tak perlulah nak 'gah' macam orang lain yang berduit...asal syarat sah nikah tu dah lengkap, tu dah kira  bagus...daripada merana di kemudian hari, baiklah merana dulu...eh silap...biar susah dahulu tapi senang kemudian....hehe... 



Saturday, September 15, 2012

menyayat hati

Meruntun jiwa bila baca berita ni...Bayi tertido atas mayat ibu...,

Kesiannya pada bayi yang kehilangan ibu ni yek....sebak rasa mengenangkan bayi yang tak mengerti apa-apa ni menangis minta disusukan di sebelah ibunya yang dh terbujur kaku....tak tergambar di fikiran...betapa lamanya si bayi ni menangis (14jam) sampai penat dan tertidur...=(