Friday, January 20, 2017

Anak sulung

Bila anak dah masuk sekolah, mak bapak mesti akan susah hati kan?Aku pun sama jugak.. Memang tak tipu la..Cuma, dulu masa aku duduk jauh di sana, aku hantar anak-anak ke pengasuh.. Tapi selepas berhijrah ke tempat baru, selepas penat kehulu ke hilir cari pengasuh tak jumpa, aku dan suami decide untuk hantar ketiga-tiga anak-anak ke taska.. Perasaan tu tak tergambar dan tak tercerita rasanya terutamanya bila Husna hari-hari akan menangis tak nak ke sekolah..aku terpaksa tinggalkan jugak dia dalam keadaan dia tersedu sedan masuk menuju ke taska sambil cikgu dia pimpin.. Dan sekarang alhamdulillah dia makin ok.. Hannan pulak sangat senang nak di handle...maybe sebab dia rasa dia  dah besar PERHAPS.. Alhamdulillah memang Hannan sangat berdikari..Walau kadang-kadang macam nak tarik perhatian umie dan abi dia ni, tapi kami layankan jugak.. Yelah, kalau boleh tak nak membeza-bezakan perhatian dan kasih sayang untuk anak-anak kami...

Tahun 2017 ni, Hasif dan Husna masih di tempat lama tapi Hannan berganjak ke tempat baru.. Kami hantar Hannan ke Pasti sebabnya Hannan dah mula menunjukkan sikap yang dia mula bosan di tempat yang sama.. Paling aku risaunya bila tiap kali aku ambik dia, dia akan bercerita pasal semua yang dia buat dan ada antaranya dia bagitau dia rasa malas nak buat kerja yang cikgu bagi. Hannan kata dia dah tahu dan dia tak nak buat dah benda yang sama.. Alahai anak...So, lepas mesyuarat hubby n wife, kitorang decide untuk hantar Hannan ke Pasti..Moga-moga Hannan cepat belajar dan ikut kata cikgu dia..Paling aku kagum, dalam jadual Hannan tu ada hafazan surah al-Mulk.. Hannan belum mula lagi hafazan tu..harap-harap terang hati dia untuk hafazan nanti..

Hannan malu-malu...

Thursday, January 19, 2017

anak anak tersayang

Alhamdulillah thumma alhamdulillah...

wajah-wajah kesayangan, wajah-wajah anak-anak tercinta..Tahun 2017 yang memberi kegembiraan untuk kami sekeluarga, alhamdulillah...Bila tengok anak-anak membesar dengan sihat dan ceria, dah cukup buatkan kita sebagai mak budak ni rasa happy dan gembira kan...


Doa umie untuk anak-anak umie, semoga Hannan, Husna dan Hasif jadi anak-anak soleh solehah, taat pada perintah Allah, jadi ank-anak yang sentiasa membahagiakan umie dan abi, jadi anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat, cerdik, pintar dan mendengar kata...aminnn...

Wednesday, January 18, 2017

Basuh kereta auto dan semi auto di Kuantan

Hai everyone..

Masih mencari tempat untuk membasuh kereta? Ayat macam nak promote ni..hehe.. Aku dan suami memang selalu ke tempat membasuh kereta yang tak payah nak turun dari kereta.. Ni memang pemalas tahap gaban ni..kui kui.. So, selalunya kami akan ke bandar Kuantan untuk tujuan membasuh kereta (luar sahaja) di pusat auto tu.. Ala..kalau orang Kuantan mesti tahu kat mana.. Kat simpang empat jalan menuju ke jambatan (Tanjung Lumpur) tu, sebelum masuk ke simpang shell sebelah kiri.. Situ la pusat basuh kereta auto tu..Meh aku petakan sedikit supaya lebih nampak..


Semangat sungguh kan buat peta ni...

Baru ni kitorang jadi makin seronok sebab ada pusat auto basuh kereta yang baru bukak di Kampung Padang, Kuantan.. Duk menggoogle cari, tak jumpa pun.. Jenuh rasa sambil mencari, sambil tengok Google..Akhirnya, jumpa la kitorang di pusat basuh kereta tu.. Tapi...dia bukan totally auto, tapi sekadar semi auto..Yang auto nya hanyalah tempat bilas yang keluar air tu je..daripada sabun, cuci dan lap semua gunakan tenaga manusia.. Kitorang ok je as long as kitorang still dalam kereta..hehe

Ni la tempat dia tau..

Kot-kot ada orang yang sama macam kami suami isteri yang tengah cari pusat basuh kereta area Kampung Padang tu, anda boleh menuju ke sana, sampai la ke traffik light simpang empat nanti, belok kanan kalau anda dari arah bandar Kuantan, then tengok belah kanan anda memang nampak terus tempat basuh kereta tu..Semi auto dan dia hanyalah di bangunan kedai biasa.. Kedai paling ujung dan paling dekat dengan simpang masuk tu je..memang tak susah la sebab anda2 akan terus nampak tempat basuh kereta tu..Masa kami sampai sana, tak banyak kereta pun..sekadar kereta kitorang dan sebiji lagi kereta di belakang kitorang..

ok lah..lainkali cerita lagi..bye

Friday, January 13, 2017

Selamat Datang 2017...I am officially Ind Beauty Consultant for Mary Kay



Jumaat penuh berkat dan Alhamdulillah....Entry pertama untuk 2017..

Doa untuk hari yang penuh barakah ini,

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa2 ibu bapa kami, dosa2 kami, dosa2 suami/isteri kami,
Kau murahkan lah rezeki kami, anak2 kami, kawan2 kami, saudara2 kami,
Kau berikanlah kebahagiaan kepada ibu bapa kami, teman-teman kami, saudara-saudara kami,
Jauhkanlah kami dari segala sifat mazmumah,
Lembutkanlah hati kami supaya mudah menerima nasihat,
Kuatkanlah iman kami,
Berikanlah ketenangan dalam hidup kami, dan Kau berikan lah juga ketenanangan dan kedamaian kepada kedua orang tua kami, teman-teman kami dan semua saudara seIslam kami,
Hidupkan lah kami dalam Islam dan Kau tetapkanlah Iman kami dalam Islam serta matikanlah kami juga dalam Islam..
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Ada yang nak konsultasi PERCUMA untuk MARY KAY..
Jom wasap saya.. 0129090135..IZZAH