Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Nak beli rumah? semak sini dulu…


     Kebetulan terbaca majalah Ringgit keluaran Jun 2012…tertarik daku pada topic ‘Pembelian Hartanah Mengikut Kemampuan Anda’….yelah kan….bila dah bekerja ni, perkara pertama yang kita nak semestinya kereta dan yang kedua adalah rumah atau hartanah…

     Semua orang mesti ada angan-angan dan rumah idaman masing-masing kan…mesti nak rumah yang besar, selesa dan best untuk tinggal…aku dulu berangan nak rumah yang siap ada kolam renang, taman bunga, bilik mesti banyak (sebab nak ada bilik khas untuk baju dan kasut-kasut aku jer)…hehehe…sungguh mat jeninnya agan-agan aku ni kan…

Berbalik semula pada topic asal kita, ada beberapa tips untuk memperoleh rumah idaman kita…

1)      Kena dapatkan pra-kelulusan pinjaman bank
-          Kalau kita buat loan bank, pastikan kita dapatkan dulu pra-kelulusan bank untuk loan kita supaya kita boleh pastikan jumlah loan yang diluluskan dan kenalpasti bajet untuk pembayaran bulanan rumah kita nanti…

2)      Lokasi dan jenis rumah
-          Lokasi rumah kena kaji jugak yek…pastikan  lokasi rumah yang kita beli tu bukannya ‘black area’, kawasan banjir, tanah runtuh dll…tempat pun kita kena selidik jugak…kawasan rumah pilihan kita mestilah ada kemudahan asas dan jalanraya…

3)      Dapatkan dan periksa taksiran harga rumah
-          Sebelum beli rumah tu, pastikan kita check harga rumah semasa samada melalui akhbar ataupun agen-agen hartanah supaya kita tak tertipu…

4)      Periksa dan teliti latar belakang pemaju perumahan
-          Ni in case kalau kita beli rumah yang dibangunkan oleh certain-certain pemaju…tengok pemaju tu samada berpengalaman or tidak sebab dah banyak kes rumah perumahan yang terbengkalai…kalau jadi macam ni, memang kita gigit jari je la..

5)      Hanya beli rumah yang ada value (meningkat nilainya)
-          Pilih rumah yang strategic dari segi lokasinya dan menjadi tumpuan… hal ni penting supaya rumah yang kita beli tu, ada value dan sentiasa naik harganya di pasaran…contoh terbaik rumah-rumah di sekitar bandaraya kuala lumpur…sekejap jer harga rumah dah mencanak-canak naik…

     Sedikit info yang boleh dikongsikan bersama…kat bawah ni, jadual yang dicadangkan untuk pembelian hartanah mengikut kemampuan kita…

JADUAL CADANGAN PEMBELIAN HARTANAH MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA

Jika pendapatan bersih bulanan anda (pendapatan kasar ditolak cukai dan KWSP) ialah:
Kemampuan anda terhadap pembayaran balik pinjaman bulanan (30% daripada pendapatan bersih bulanan)

Anda boleh membuat pinjaman terhadap:

Untuk membeli hartanah yang bernilai:
RM 3,000
RM 900
RM 175,560
RM 195,067
RM 5,000
RM 1,500
RM 292,600
RM 325,111
RM 7,000
RM 2,100
RM 409,640
RM 455,156
RM 8,000
RM 2,400
RM 468,160
RM 520,178
RM 10,000
RM 3,000
RM 585,201
RM 650,223
RM 12,000
RM 3,600
RM 702,241
RM 780,268
Nota: Hartanah unutk jualan dan harga yang diberikan kepada iProperty.com pada 8 hingga 10 April 2012 (sumber: Personal Money)

     Tengok pada jadual cadangan ni, jumlah gaji bersih adalah RM 3,000…memang beruntung sangat kepada sesiapa yang bekerja sebagai pegawai kerajaan sebab boleh buat loan dengan kerajaan…interest pun rendah dan boleh buat banyak…tapi…ada tapinya…makin tinggi jumlah loan yang dibuat, maka bertambah jugak lah komitmen bulanan kita…pikir-pikirkanlah sebelum buat sesuatu keputusan tu yek…kena ambik kira sekali untuk pembiayaan yang lain-lain, pampers susu anak, bil-bil bulanan, belanja harian dll supaya takde lah kita terduduk tiap-tiap hujung bulan memikirkan hutang piutang yang banyak…zaman sekarang ni, betapa ramainya tak sampai hujung bulan gaji dah abis…jimat cermat tu penting yek…(peringatan buat diri sendiri jugak)...