Wednesday, May 29, 2013

Bila rindu bertamu

Ya Allah...rindunya untuk menjadi kekasihMu.. (Pic taken from En. Google)

Salam ukhwah fillah pada semua....

Bila tengok gambar kaabah ni,serta merta rindu bertapak dalam  diri...teringin nak menjejakkan kaki lagi di tanah yang penuh barakah ni...harap ada kesempatan untuk ke sana...

Teringat perbualan ringan antara aku dan en hubby...en hubby nak mengerjakan umrah sebelum melancong ke tempat-tempat yang lain...insyaAllah, dengan izin Allah beserta niat kita, harap segera dimakbulkan dan kita dapat menjadi tetamuNya...Apa yang penting sekali target tu kena ada...kena kumpul duit dari sekarang nak bawak anak-anak sekali kalau boleh...

Nota kaki: mak saudara hubby dah selamat pergi dan balik dari tanah suci...giliran mak dan ayah ku pulak ke sana...semoga perjalanan umrah mereka dipermudahkan dan doakan untuk anak menantu dan cucu di sini...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Restoran MabiQ - memang best..

Salam dan selamat sejahtera buat semua...

              Nak promote restoran best buat orang-orang yang suka makan macam daku ni..Kat Kuantan ni memang banyak restoran best dan makanan yang sedap-sedap, antaranya Restoran Ana Ikan Bakar, Kedai Satay Zul, Sara Thai, Kedai nasi lemak Zaman, Kedai Keropok Mokna yang memang dah femes dan banyak lagi la...
          
          Ni daku nak promote satu lagi restoran yang best jugak iaitu Restoran MABIQ.. Restoran ni sangat simple dan terletak agak 'terceruk' sikit dari jalan besar...Seriously daku yang dah duk lama kat Kuantan ni tak pernah sampai kat restoran ni walaupun sangat-sangat dekat dengan umah...First time makan kat Restoran MABIQ ni, terus buat daku jatuh hati...Menu paling popular kat restoran ni ialah 'paeh patin' iaitu ikan patin yang dibakar bersama dengan tempoyak...memang sedap....daku memang tak berapa nak makan tempoyak ni, tapi bila rasa masakan ni, terus rasa jatuh hati...

 Perjalanan nak masuk ke restoran ni...Dari jauh dah nampak signboard MABIQ

'Paeh Patin' yang dah abis ku telan..



Bersama keluarga mertua...memang licin semua pinggan..

                    Harga bagi 'Paeh Patin' ni dalam anggaran RM6-RM8 je...memang murah...air pun murah jer...layan sendiri, satu gelas RM1...kebanyakkan pekerja yang bekerja kat sini (setahu daku la) pelajar MABIQ ni jugak...masakan kat sini memang sedap...ada daging salai masak lemak lagi tau....daku suka sangat-sangat...memang orang kata berkat makan makanan yang dimasak oleh orang yang solat dan menutup aurat ni kan...Daku tak sempat nak 'snap' iklan jawatan kosong untuk pembantu restoran ni...salah satu ciri-ciri yang dia nak iaitu cukup solat 5 waktu...

                     Pada yang nak ke sini, kena ikut laluan ke Lumpur....naik jambatan yek daripada simpang empat kat bandar tu....dari jambatan terus je sampai la jumpa traffic light dekat Yayasan Pahang tu....belok kiri masuk laluan depan Yayasan Pahang...pastu terus je sebab dari situ dah nampak signboard MABIQ...ikut je signboard tu...nanti sampai la kat restoran yang best ni....

Nota Kaki lima inci: Makan masa perut kosong, memang lagi berselera kan...boleh bertambah-tambah lagi...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 27, 2013

Serun + gerun

Salam dan selamat bercuti kepada semua...

Best kan dapat bercuti 3 hari untuk yang kerja swasta or office n paling best untuk golongan CIKGU, leh cuti 2 minggu..yeay... (padahal....cuti la sangat...tuisyen, tanda paper, isi markah online untuk SAPS dan SPPBS)....

Entry ni entry tertangguh...Duk taip pastu padam, taip lagi...puas mengarang ayat yang bersesuaian...hehe...

Nak share satu kisah dengan semua...Genap 1tahun anak daraku Hannan, daku bawa ke Klinik Kesihatan or KK...bukan pasaraya KK tu yek macam kak Cho Zila ingat tu....(tergelak sorang-sorang daku baca komen k Cho Zila aritu..hehe)...Balik semula ke kisah yang daku nak cerita ni...lepas tunggu beberapa minit, nurse pun panggil nama Hannan untuk di check 1tahun dan cucuk sekali....

Daku masuk dan terus duduk kat kerusi...nurse tanya macam-macam...tapi daku tak berapa nak kusyuk dengan soalan nurse tu...yang daku duk kusyuknya dengar doktor bercakap...

"Puan duk diam-diam yek..."

"Saya nak jahit sikit je ni...saya dah cucuk ubat dah..."

"Sikit je lagi yek puan.."

Tak lama lepas tu, daku dengar tangisan yang kecil...pastu diikuti dengan erangan yang agak kuat...oh...memang seram....dengar suara tu pun tau orang tu berada dalam kesakitan yang amat sangat...Daku  tak peduli dah soalan nurse tapi daku pulak yang tanya pada nurse apa yang berlaku...Nurse dengan 'slumber' cakap, "oh tu ke...ganas sangat masa dalam pantang..duk jalan sana sini...jahitan terbukak la..kan dah kena jahit semula..." Tu rupanya ceritanya...tak lama lepas tu, doktor keluar dari balik langsir...Jahitan dah siap...Keluar pulak nurse dan tak lama lepas tu seorang perempuan muda cina keluar dengan kain batik...sian daku tengok...

Nurse-nurse kat dalam bilik tu masing-masing duk bagi nasihat pada si ibu ni...rupa-rupanya si ibu ni baru je beranak 6 hari lepas....datang ke KK tu pun dengan DRIVE SENDIRI...serun daku dengar...boleh dia drive sendiri...daku dulu lepas 3 bulan pun takut lagi nk tekan pedal minyak..huhu...katanya suami dia busy dan takde orang yang nak tolong dia...bilik dia kat tingkat atas, so dia hari-hari ulang alik naik turun tangga untuk keperluan dia dan baby...memang bising la nurse-nurse semua bila dia abis cerita tu...memang pengajaran pada semua...lepas bersalin, memang kena jaga luka jahitan tu betul-betul...kalau kena jahit semula mesti lagi sakit kan....

Daku tumpang dengar je la...boleh dijadikan pengajaran untuk diri sendiri...Balik lepas cucuk Hannan tu, terngiang-ngiang lagi esakan dan erangan perempuan tu...terbawak-bawak rasanya dalam mimpi...tak nak la jadi camtu....

Nota kaki lima inci: Ingat kisah ni, terus usap-usap perut..hehe...

Wednesday, May 22, 2013

Doa Dhuha

Salam di pagi yang barakah ni...

Jom sama-sama kita amalkan doa dhuha ni...Kekangan masa dan ke'bz'an kadang-kadang kita tak sempat nak buat solat dhuha kan...so, kita baca doa dhuha ni moga pagi kita penuh barakah dan rezki pun mudah masuk...aminn...

video
Doa dhuha oleh UNIC...

Monday, May 20, 2013

Cukup ke

Pic dari google...

Terfikir kejap bila tengok pic kat atas ni...termenung pun ye jugak...memang kalau diikutkan,'expenses' kita lebih dari bajet kat atas ni kan...ada lagi ke rumah sewa yang harga rm300 kat bandar-bandar...bajet untuk tol xtermasuk tu...alahai...keciknya la nilai 2k sekarang ni kan...

Nota berkaki kaki: dah puas bajet dah,tapi still macam xcukup jugak...alahai...bila la nak naik gaji ni....
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, May 16, 2013

Kunjungan setia ke KK

Salam all...

Permulaan hari yang ceria dan indah...Alhamdulillah...Entry kali ni nak share sikit tentang permasalahan yang daku hadapi nak masuk 3bulan ++ ni...Masa pertama kali buat buku pink aritu, daku dah di'detect' ada masalah HB rendah (10.7)...Masa 1st pregnancy dulu, HB daku memang cantik je, atas 11 dan tak pernah di bawah aras tu...Bila masuk yang kedua ni, jadi pulak masalah ni...So, daku terus meng'google' cara-cara nak menaikkan HB ni...

Macam-macam cara la nak menaikkan HB ni daku tengok...ada yang kata kena makan bayam banyak-banyak...so, terus daku ke kedai beli bayam...Masak dan makan sampai rasa nak muntah...Tapi bila check kat KK untuk check seterusnya paras HB still sama...Try pulak makan kerang, tempe, ikan bilis, jambu batu, hati ayam dan macam-macam la...tapi macam tak berbaloi je pada aku..penat telan semua...

Lastly, baru daku realise sesuatu...rupa-rupanya daku salah makan vitamin yang doktor bagi tu...masa awal preggy, daku amik vitamin tu selepas makan dengan kadar semuanya kena telan 2 biji....memang stress rasa sebab patut 1biji untuk tiap vitamin but daku kena telan 2...tapi bila daku tukar cara pengambilan vitamin daku, iaitu ambil sebelum makan di kala perut kosong...lepas setengah jam baru daku makan...dan guess what, HB daku memang mencanak naik dengan jayanya...syukur ya Allah...dari 10.7 terus naik ke 12.2....senyum lebar dah daku tengok keputusan tu...

Daku tak payah jadi pengunjung setia KK lagi dah...cukup untuk 1 bulan sekali untuk check up....Syukur sangat-sangat....so, pada sesiapa yang ada masalah macam daku ni, tengok semula cara pengambilan vitamin yang korang amalkan di samping banyakkan pengambilan sayur, ikan dan buah-buhan...

Nota Kaki: Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik...Bangga leh jadi cikgu ni =)

Monday, May 13, 2013

12 05 setahun berlalu

Pesanan penaja buat diri sendiri...hasil google...

       Alhamdulillah...Setahun genap umur anak daraku yang seorang ni, Nur Saidatul Hannan binti Solahuddin...kesyukuran dipanjatkan atas nikmat dan rezki buah hati dalam keluarga sakinah ku bersama suami tercinta...

Terima kasih ya Allah...

Fresh dari 'oven'

          Teringat setahun yang lepas daku merasa kesakitan sebelum kelahiran yang ditunggu ni...masih segar di ingatan pengorbanan suami yang tercinta menemaniku di labour room di saat daku menanggung kesakitan yang amat sangat...sebak dan pilu berganti di saat terkenang betapa  cemasnya suami di kala diberitakan bahawa isteri terpaksa di'usung' menaiki ambulans dan dimasukkan ke wad, betapa penat lelahnya suami berulang alik dari hospital ke rumah setelah puteri sulung kami dilahirkan...yang pasti semua tu menjadi memori terindah bagiku...Terima kasih ya Allah atas nikmat terbesar ini dan atas kurniaan suami yang memahami...

Hari ini 12.05.2013 genap setahun peristiwa dan kisah itu berlalu...

Happy birthday buat buah hati ummi dan abi...moga membesar sebagai anak yang solehah, taat pada Allah, cerdik, bijak dan sentiasa membahagiakan ummi dan abi...aminn..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, May 3, 2013

Panggilan...

Sengaja memilih tajuk yang jauh dari tajuk semasa...'Panas' sekarang dengan pelbagai topik yang berkaitan pilihanraya...sengaja ku pilih tajuk yang jauh menyimpang...

Kita terus pada tajuk....

'mak', 'mama', 'ma', 'ummi', 'ibu' semuanya membawa maksud yang sama,panggilan untuk yang melahirkan..lagi dramatik panggilan 'bonda'...sekarang ramai yang lagi senang dengan panggilan 'mama' or 'ibu' or 'ummi'...terus terang daku katakan, dulu2 ku memang teruja dengan panggilan 'mama' ni...lembut bila ada kawan2 yang panggil maknya dengan panggilan ni...

Tapi bila usia dh menginjak..pandangan dan pendapat aku makin berubah...masih ku ingat seawal beberapa bulan kandungan pertama aku dulu, nasihat lembut singgah di telinga...'takyah ber'mama' 'papa' la yek nanti'...senyuman kuukir sebab memang ku tekad panggilan untukku nanti adalah 'ummi'...lagi lembut dan yang paling ku suka kerana 'ummi' daripada bahasa yang indah iaitu bahasa arab,bahasa al-quran...

Suatu ketika semasa di tempat kerja,seorang teman menegur...'anak panggil izzah ape?'mama' yek'...daku menjawab smbil berseloroh, 'panggil 'ummi'...xnak la london sangat'...tersenyum je si kakak tadi...

Pada aku tak salah panggilan apa yang disebut, janji si anak hormat pada mak n ayah dia...fokus kita sekarang nak didik anak2 kita ke arah islam...insyaAllah,moga Allah perkenankan hajat kita ni...moga anak2 kita tak terjebak dengan segala perkara negatif dan melalaikan...

Published with Blogger-droid v2.0.10