Thursday, December 27, 2012

Semalam dan Semalam


Keriangan vs kekecewaan....
Kegembiraan vs kesedihan....
Kejayaan vs kegagalan...
Kebahagiaan vs kedukaan....

Banyaknya sejarah yang dah kita tulis dalam diari hidup kita ni kan...sejam ke sejam, sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan, dan setahun ke setahun...masa makin bergerak, umur makin berganjak...tapi diri masih berada di takuk yang sama...nauzubillah....bukan nak kata pada sesiapa tapi lebih pada diri aku sendiri ni ha...yelah..kadang-kadang kita rasa kita hebat, tapi tak perasan yang kita sebenarnya diperbodohkan oleh diri sendiri...kadang kita rasa kita kuat, tapi hakikatnya kitalah manusia yang paling lemah...

Jangan sesekali mendongak ke langit...kita ni kan HAMBA...Hamba kepadaNya, Sang Pencipta kita...lumrah hamba kena sentiasa tunduk, akur dan patuh pada arahan...Jangan pulak kita yang LEBIH...bila disuruh untuk solat, puasa, tunai zakat dan haji, maka kita kena tunaikan...tu kan amanah dan tanggungjawab kita...ni tidak...dah beranak pinak,solat entah ke mana, puasa apatah lagi...nak dapat anak soleh solehah, tapi mak ayah sendiri entah kemana haluannya...solat sendiri entah ke mana, ni kan pulak untuk berjemaah...nauzubillah...jangan kita tergolong dalam golongan yang tak elok ni...

Tu satu hal...hal yang kita nampak remeh je kan,tapi impaknya tersangatlah besar...aku bagi contoh...Kisah seorang pelajar yang tak solat...disuruh solat oleh gurunya...reaksi si pelajar tadi, dengan muka masam dan mencuka menghabur kata-kata kesat,"cikgu pedulik apa, mak ayah saya pun xsuruh...diorang sendiri pun tak sembahyang"...oh...terpempan dan terkesima si cikgu ni tadi...ni bermakna, pengaruh si ibu dan ayah yang tak solat dah merebak kepada si anak...bila suruhan Allah pun dia tak lakukan, ni kan pulak bila manusia yang mengarah....betul tak...

Jadi, sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik dan lebih bagus...biarlah apa orang nak kata..nak buat baik ni memang macam-macam dugaan...

Nota kaki: Yang sembahyang tu belum tentu masuk syurga...
                Tapi yang tak sembahyang tu memang confirm masuk neraka...wallahua'lam... 

Friday, December 21, 2012

LIMA sebelum LIMA

Alhamdulillah setelah berhempas pulas selama beberapa minggu, akhirnya daku sudah terlepas dari beban 'bz'...memang nikmat kan bila kita dah selesai dengan tugas kita...sebab tu kita kena sentiasa beringat sebelum datangnya lima perkara..

SIHAT sebelum SAKIT
KAYA sebelum MISKIN
LAPANG sebelum SIBUK
MUDA sebelum TUA
HIDUP sebelum MATI

dan bila daku dah lapang ni, memang bersyukur sangat-sangat..ni pun antara nikmat yang ALLAH dah bagi pada kita...so, bila dah lapang ni, boleh la merancang untuk merehatkan minda yang sebelum ni dah sarat pikirkan macam-macam..kihkih..bajet bz sangat la ni...

Nota Kaki: Merangka-rangka percutian sebelum habis cuti sekolah ni...

Wednesday, December 12, 2012

Cara nak remove virus dari blog

Salam alaik...

Semalam rasa ngeri sangat-sangat sebab blog daku terkena virus Malware...nasib baik daku leh lagi bertenang dan meng'google' cara untuk remove virus jahat ni...seriously, memang rasa tension sebab virus ni..yelah, blog daku ni dah lama dan bukan femes pn sampai nak kena 'hack' oleh virus ni...


Sesak nafas jgk tengok nota ni semalam...huhu...


Setelah jenuh jugak meng'google', last-last daku terjumpa blog MR FIZ ni..daku buat macam yang diajar, dan ikut semua step-step yang diberi..

1. log in -> dashboard -> design -> edit HTML -> proceed -> tick Expand widget template
2. ctrl + F
3. taip ( nikbir @ ripway @ mommypinky85) - ada yang bagitau nama blog yang sebarkan virus pada blog kita ni..
4. dah jumpa, DELETE trus
5. PREVIEW blog then SAVE

Daku try cara ni tapi tak menjadi..tak jumpa pun link malware tu...so, aku google lagi sampai jumpa blog SOLEHAH SHAMSUDDIN ni..dia bagi cara ke dua untuk hilangkan virus ni...caranya:

1. log in -> dashboard -> layout -> bloglist
2. Untick pada kotak 'icon'...biarkan dia kosong'
3. SAVE kan la last skali..

Alhamdulillah lepas guna cara ni blog ku dah bebas dari virus jahat ni...so,lepas ni nak kena lebih berhati-hati...Pada yang pernah kena virus tu,try cara kat atas ni yek....kredit jugak buat MR FIZ dan SOLEHAH SHAMSUDDIN...thanks pada info yang korang dah sediakan...memang berguna sangat-sangat pada aku...

Thursday, December 6, 2012

Hanya untuk yang HALAL je yek

Salam...

Saje nak share something yang bagus daku jumpa masa melancong ke Padang, Indonesia bulan 9 aritu... Memang sungguh bagus dan Malaysia patut tiru ni...apa dia...tengok gambar kat bawah ni...


Nampak tak nota ni? Ni antara isi kandungannya..

"Management tidak membenarkan menerima tamu yang bukan suami isteri untuk menginap dalam satu kamar dan tidak dibenarkan membawa minuman beralkohol"...

Kali pertama melangkah masuk hotel ni dan ternampak banner ni, memang aku kagum sangat dan puji usaha yang dibuat oleh Hotel Bunda ni...memang TERBAIK la...aku suka sangat...memang aku suggest sangat  hotel-hotel kat Malaysia buat macam ni...baru lah aktiviti tak bermoral boleh dicegah dan dibanteras...

Nota kaki: Bukit Tinggi, Padang Indonesia memang best sangat nak dilawati tau....penduduknya majoriti ISLAM...so,memang takde masalah bab makan-makan ni...aku tempah tiket sendiri je guna Air Asia,pastu ambil pakej dari travel ejen kat Indonesia...huhu...memang nak 'repeat' pergi lagi la kalau ada rezki..hehe...