Thursday, February 23, 2012

Bestnya bergelar seorang wanita

          Saja nak bawa tajuk mengenai wanita dalam entri kali ni…sebab apa,salah satu faktornya kerana aku adalah seorang wanita =)

 bercahaya bumi dengan kehadiran wanita2 solehah....(google punyer sumber)

          Memang betul…terlalu banyak nikmat yang Allah bagi kepada wanita ni…salah satunya ialah wanita diberi kelepasan pada setiap bulan…dapat cuti free lagi dalam mengerjakan solat dan puasa…Tapi dalam pada pelepasan tu, masih ada lagi yg curi2 xnk solat…alasan yang famous, lum mandi wajib lagi la..padahal semuanya dah diajar masa kita kt sek dulu2 lg...dalam kitab fiqh pn ada diajar….so, wahai wanita, jangan lah meringan-ringankn  solat dan segerakanlah dalam mandi hadas…

          Apabila seorang wanita itu berkahwin, ketaatannya adalah pada si suami….peluk suami dapat pahala, senyum pada suami pn dapat pahala, masak untuk dia, menyenangkan dia, dan pendek kata bila seorang isteri itu berkhidmat untuk suaminya dengan penuh ikhlas dan kasih sayang, insyaAllah semuanya akan diberi pahala oleh Allah taala…

wanita solehah adalah hiasan dunia (jumpa di mana pic comel ni?cnfirm la google...hehehe)

          Tapi…..dalam pada kehebatan dan keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada seorang wanita, masih ramai lagi yang belum sedar…wanita ni senang nak masuk syurga dan senang juga untuk masuk neraka…Satu contoh disini, bila seorang isteri itu memalingkan wajahnya daripada suaminya dan tanpa redha suami, maka malaikat akan melaknat si isteri…nauzubillah….so, para isteri kalau nak buat apa-apa pastikan suami anda redha dan bagi keizinan dahulu..bagi isteri yang berjauhan dengan suami waima yang duduk sekali, mintalah izin suami bila nak ke mana-mana or nak buat apa-apa….pastikan suami kita sentiasa redha dengan kita… apabila maut menjemput kita, insyaAllah kita sentiasa di bawah redha Allah dan redha suami…

          Banyak lagi rahmat yang Allah bagi kepada wanita…apabila seorang wanita itu mengandung maka diberi kebaikan padanya…tu belum masuk bab bersalin, menjaga bayi, menyusukan bayi lagi….terlalu banyak keistimewaan yang Allah bagi kepada kita…Jadi, bersyukurlah anda kerana dilahirkan sebagai seorang wanita….Yang terpenting, Taatlah kepada Allah, kepada suami (bagi yang dh berkahwin), dan kepada kedua ibu bapa….moga kita sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa beryukur dan mengingati Allah…insyaAllah…

Akhirul Kalam :  sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri dan berazam untuk jadi seorang isteri yang solehah…amin…..

sumber:google

Kepada En. Suami: pandu dan bimbinglah isterimu ini supaya isterimu ini menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada Allah…Tegurlah isterimu ini jika ada salah dan silap…pandulah aku ke arah redha Allah….Semoga jodoh kita berkekalan bukan hanya di dunia tetapi di alam sana iaitu akhirat…amin ya Rabbal A’lamin….

Tuesday, February 21, 2012

Sejuknya mata tengok budak-budak ni

Semalam Alhamdulillah berkesempatan tengok cerita ‘adik-adikku’ kat tv 1…sejuk mata memandang, sejuk telinga mendengar kemantapan persembahan anak-anak kecik ni..yang paling sejuk hati bila mendengar bacaan al-Quran yang dialunkan oleh para peserta…sedap suara masing-masing…terdetik di hati, sejuk ibu yang mengandungkan mereka ini….

Cute kan budak ni....geram macam nk picit2 jer pipi dia...hehe (sumber google)

Harap-harap anak aku nanti boleh jadi macam mereka…yang paling penting pandai mengaji dengan tajwid yang betul…itu harapan seorang ibu kepada anaknya…zaman sekarang ni terlalu ramai yang xmengenal huruf-huruf al-Quran..jauh skali nak membacanya…yang paling diorg kenal adalah wajah-wajah artis, keyboard dan hset…nauzubillah….mintak dijauhkan daripada semua tu….

So, sebagai ibu bapa (peringatan buat diri aku sendiri jgk), kenalkanlah anak-anak anda dengan kalimah suci Allah, ajarilah mereka solat, mengaji dan semua ilmu fardhu ain…bila kita mati esok, merekalah yang akan membacakan Al-Quran untuk kita, memandikan kita, mengkafankan kita dan mengimamkan solat jenazah untuk kita….bertindaklah daripada sekarang….jangan bila bila kita dah mati baru kita nak menyesal… masa tu semuanya dah xberguna…

Nota Kaki: semua ibu bapa mengimpikan anak yang soleh dan solehah..tapi sejauh mana tindakan kita dalam merealisasikan impian tu???Tepuk dada Tanya iman….

Andai Rasulullah bersama kita

Sambutan maulud nabi still lagi diadakan sehingga sekarang…syahdu bila mendengar selawat ke atas Rasulullah…pilu dan sebak bila mendengar kisah baginda yang terlalu kasih dan sayangnya kepada umatnya…kisah Rasulullah apabila tiba saat kewafatannya, masih lagi memikirkan pasal umatnya…
”ummati….ummati..ummati….”
Kalimah yang terlafaz daripada junjungan mulia Rasulullah s.a.w…Rasul terlalu sayangkan ummatnya..betapa bimbangnya Rasulullah kepada kita…tetapi kita sendiri tidak bimbangkan diri sendiri….masih xmenyayangi diri sendiri….betapa jauhnya kita dengan tuhan…betapa alpanya kita padanya…jika dihitung-hitung, berapa banyak kebaikan yang kita dah buat untuk diri sendiri bagi menjamin kehidupan kita di alam sana jika dibandingkan dengan kejahatan yang kita dah buat…nauzubillah…minta diampunkan segala kesalahan dan kealpaan kita di dunia ini…mohon diberi hidayah dan peluang untuk terus membuat kebaikan di dunia ini…aminnn…

Manusia yang paling dekat dengan Rasulullah di hari kiamat kelak adalah mereka yang sentiasa berselawat kepadanya….Dimanakah kita???sekali ingat, baru nak selawat…itu pn kadang-kadang….yang paling teruk, bila sambutan maulidur rasul baru nak berselawat….mintak dijauhkan daripada semua tu…harap-harap kita termasuk dalam golongan hamba Nya yang sentiasa mengingati Allah dan berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w…

Cara menambah kecintaan kepada Rasulullah:

-          1)Sentiasa berselawat kepadanya
-         2)  Baca sirah nabi dari kulit ke kulit..xkenal maka xcinta
-         3)  Sentiasa berdoa semoga dipenuhkan dengan kecintaan kepada Rasulullah

Teringat lagu masa kanak-kanak dulu selalu nyanyi:

“Anak nabi kita ada 7 orang, 3 lelaki 4 perempuan….Kassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum”….

Betapa besarnya penangan lagu ni….sampai sekarang masih ingat dan Alhamdulillah sebab lagu ini aku ingat lagi senarai nama anak-anak Rasulullah…

(Baru lepas tengok cerita LAU KANA BAINANA, orang gi interview orang-orang arab tapi ada yang sebut xtau siapa anak-anak nabi….so,jadilah manusia yang berilmu dan jangan jadikan diri anda sebagai seorang yang jahil…wallahu a’lam)

Saturday, February 18, 2012

Dah 1 thn dah

             Alhamdulillah dah genap 1thn usia perkahwinan aku dengan yang tersayang...kejap je rasa masa berlalu....sedar xsedar setahun dah aku berkhidmat sebagai seorang ISTERI...alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran atas ilahi sebab masih diberi kesempatan ni....

              Tarikh yang sama setelah setahun ni, adik ipar plk menamatkan status bujangnya...(*nnti leh la plan gi anniversary sama2...hehehe)..tahniah buat adik ipar n isteri...moga berbahagia slalu n cepat2 dapat baby....amin...

* Nota Kaki: Moga perkahwinan yang terbina berkekalan dn sentiasa di bawah rahmat ALLAH selalu....Still lg dlm usaha untuk perbaiki diri sendiri...moga En hubby dpt trima sgala baik n kurang isterimu ini...hehe....xlama lg insyaALLAH bakal bertiga.....