Thursday, February 23, 2012

Bestnya bergelar seorang wanita

          Saja nak bawa tajuk mengenai wanita dalam entri kali ni…sebab apa,salah satu faktornya kerana aku adalah seorang wanita =)

 bercahaya bumi dengan kehadiran wanita2 solehah....(google punyer sumber)

          Memang betul…terlalu banyak nikmat yang Allah bagi kepada wanita ni…salah satunya ialah wanita diberi kelepasan pada setiap bulan…dapat cuti free lagi dalam mengerjakan solat dan puasa…Tapi dalam pada pelepasan tu, masih ada lagi yg curi2 xnk solat…alasan yang famous, lum mandi wajib lagi la..padahal semuanya dah diajar masa kita kt sek dulu2 lg...dalam kitab fiqh pn ada diajar….so, wahai wanita, jangan lah meringan-ringankn  solat dan segerakanlah dalam mandi hadas…

          Apabila seorang wanita itu berkahwin, ketaatannya adalah pada si suami….peluk suami dapat pahala, senyum pada suami pn dapat pahala, masak untuk dia, menyenangkan dia, dan pendek kata bila seorang isteri itu berkhidmat untuk suaminya dengan penuh ikhlas dan kasih sayang, insyaAllah semuanya akan diberi pahala oleh Allah taala…

wanita solehah adalah hiasan dunia (jumpa di mana pic comel ni?cnfirm la google...hehehe)

          Tapi…..dalam pada kehebatan dan keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada seorang wanita, masih ramai lagi yang belum sedar…wanita ni senang nak masuk syurga dan senang juga untuk masuk neraka…Satu contoh disini, bila seorang isteri itu memalingkan wajahnya daripada suaminya dan tanpa redha suami, maka malaikat akan melaknat si isteri…nauzubillah….so, para isteri kalau nak buat apa-apa pastikan suami anda redha dan bagi keizinan dahulu..bagi isteri yang berjauhan dengan suami waima yang duduk sekali, mintalah izin suami bila nak ke mana-mana or nak buat apa-apa….pastikan suami kita sentiasa redha dengan kita… apabila maut menjemput kita, insyaAllah kita sentiasa di bawah redha Allah dan redha suami…

          Banyak lagi rahmat yang Allah bagi kepada wanita…apabila seorang wanita itu mengandung maka diberi kebaikan padanya…tu belum masuk bab bersalin, menjaga bayi, menyusukan bayi lagi….terlalu banyak keistimewaan yang Allah bagi kepada kita…Jadi, bersyukurlah anda kerana dilahirkan sebagai seorang wanita….Yang terpenting, Taatlah kepada Allah, kepada suami (bagi yang dh berkahwin), dan kepada kedua ibu bapa….moga kita sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa beryukur dan mengingati Allah…insyaAllah…

Akhirul Kalam :  sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri dan berazam untuk jadi seorang isteri yang solehah…amin…..

sumber:google

Kepada En. Suami: pandu dan bimbinglah isterimu ini supaya isterimu ini menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada Allah…Tegurlah isterimu ini jika ada salah dan silap…pandulah aku ke arah redha Allah….Semoga jodoh kita berkekalan bukan hanya di dunia tetapi di alam sana iaitu akhirat…amin ya Rabbal A’lamin….

No comments: