Tuesday, October 30, 2012

sayang mertua, mertua sayang

Siapa yang tak nak disayangi dan menyayangi..betul tak? formula yang mudah, kalau kita sentiasa menyayangi, insyaAllah diri kita pun akan disayangi oleh orang lain... tapi kalau diri sendiri pun takde sifat penyayang ni, jangan harap la orang lain sayang pada anda juga... what you give you get back...

Entry ni nak share skit daripada slot dr Muhaya di ikim...

Antaranya ialah, sentiasa tanamkan sifat positif terhadap mertua, insyaAllah kita pun akan jadi positif jugak....orang yang sentiasa nampak kesalahan dan kekurangan orang ni sebenarnya orang yang banyak sikap negatif....mereka ni tak sayang pada diri sendiri...

Memang betul apa yang dikatakan oleh beliau, tapi itula...kata-kata ni memang senang nak dilafazkan tapi nak praktikkan tu yang berat skit....satu lagi yang aku tertarik bila beliau menegur sikap pemanggil yang banyak nak salahkan mertua dan konon-konon nak bagi nasihat pada mereka...yelah kan, mertua ni dah lama makan asam garam...kata beliau," kita ni terlalu banyak nak nasihat orang...asyik nampak orang lain je yang salah...tapi tak nampak salah kita dan kita sentiasa rasa yang kita ni betul dan sempurna....so, banyak-banyak muhasabah dan bersangka baik pada orang lain dan bukan nak tengok pada kekurangan orang lain je"...memang rasa blush la kalau aku si pemanggil tu....huhu...

kredit pic hasil google di SINI

NOTA KAKI: Alhamdulillah atas nikmat mertua yang baik dan sentiasa menyokong dalam apa jua benda yang dibuat...pendek kata boleh buat kawan la....=)

Monday, October 29, 2012

warna warni kehidupan


Tak pernah ada orang yang hidupnya sentiasa senang...tak pernah jugak jumpa orang yang hidupnya sentiasa susah...yang pasti tiap orang tu akan merasa pahit dan manis dalam hidup ni...alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian yang diberi...

Mode: bahagia bila tengok senyuman dari insan2 yang tersayang...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 19, 2012

Jangan lupa solat yek

Assalamualaikum...

Kenapa yek solat ni jadi berat sangat2 pada sesetengah orang yek...dalam banyak situasi sekarang ni kita tengok orang dah tak malu bila terang2 dia tak bersolat tapi jadi janggal bagi orang yang bersolat ni...pelik dan 'awkward' bagi yang bersolat tak kisah di office,trminal bas,hospital or kat mana2 la...tapi bagi yang tak bersolat ni jadi perkara biasa pulak...pelik...dunia dah jadi semakin pelik...

Rata2 kat mana2 memang akan ada golongan yang tak solat ni...terang2 nabi bagitau suruh ajar anak bersolat bila umur dia 7tahun dan kalau dah 10 tahun still tak solat?maka pukullah sebagai peringatan pada anak tu...tapi kan...yang dah jadi bapak budak dan mak budak yang masih lagi liat nak solat ni,macammana yek....hehe...tak tau nak kata apa kan...pada pengamatan aku la,ibubapa yang tak bersolat akan melahirkan anak yang juga tak solat...anak2 ni selalunya tergolong dalam kumpulan bermasalah dan mempunyai akhlak yang rendah...nauzubillah...mintak dijauhkan pada zuriat kita...

So,apa2 pun solat tu paling penting...sama2 lah kita perbaiki solat kita...keutamaan solat bagi lelaki adalah berjemaah di masjid dan bagi wanita pula adalah bila masuknya waktu...diri ini masih lagi berusaha untuk jadi yang terbaik...

Ingat yek...perkara pertama yang akan ditanya nanti di padang masyar adalah solat kita...maka percantik dan perindahkanlah solat kita...moga kita menjadi mukmin yang sempurna solatnya...amin...:-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 16, 2012

Allah knows the BEST...

Mood: menunggu dengan sabar...moga kali ini ada rezeki buatku, anak dan suami...insyaAllah tiap yang telah tersurat akan ku redha...

Ya Allah...hambaMu ini memohon untuk diperkenankan doanya dan hajatnya...kerna ku tahu Engkaulah jua sebaik-baik perencana..:-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 13, 2012

JOM JADI GENG BUI


Jom join sama-sama memeriahkan segmen NI...cara-caranya:


1) letak header blog bui ni dalam entry
2) letak tajuk JOM JADI GENG BUI
3) tinggalkan link entry di ruangan komen entry tersebut

SEBELUM 11.59 mlm 30 Oktober 2012 yek..

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 9, 2012

Tadah tangan ucap Alhamdulillah


Salam semua....

Alhamdulillah sebab masih lagi bernafas di bumi Allah ni...syukur sebab diberi nikmat yang pelbagai (nikmat hidup,nikmat sihat,nikmat makan dan minum dan banyak lagi la)...banyaknyer la kan nikmat yang kita dapat samada kita sedar atau tak...

Dalam pada kita tengok orang sakit,syukur sebab kita sihat...dalam pada kita tengok orang susah,alhamdulillah yang tak terhingga sebab kita diberi kesenangan dan tak melarat...yang paling penting kita sentiasa beringat dan bersyukur...kena ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,muda sebelum tua,lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati...dah takde amalan lagi dah bila dah mati kecuali amal soleh, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang akan doakan kita nanti...

Jadi sama2 tadah tangan dan ucap syukur alhamdulillah atas semua nikmat yang Allah bagi...formula terpenting, jangan tengok lebih orang pada kita, tapi tengoklah kurang mereka berbanding kita...kita takkan kenal erti syukur jika kita tak tengok kesusahan yang orang lain alami...kita takkan rasa nikmat tangan dan kaki sehingga kita lihat mereka yang kudung....wallahua'lam...

~ ucap alhamdulillah dalam segala hal...terima kasih ya Allah ~

Nota kaki: picture mereka2 yang bertungkus lumus mncari rezki untuk keluarga...tersentuh hati melihat warga tua yang sebaya dengan nenek2 kita dan anak2 yang masih kecil ni...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 8, 2012

kan cantik bertudung tu


Tutup aurat tu tutup betul2 yek kawan2...menutup aurat tu wajib dan kena sempurna lah tutup tu...bila dah tutup rambut,aurat yang lain pun kena tutup jugak yek...

Kena ingat tu yek kawan2...aurat kita maruah kita...kita sendiri yang kena jaga maruah kita sendiri...:-)
Nota kaki: bila seseorang muslim tu lupa,yang lain kena ingatkan...kita nak masuk syurga ramai-ramai kan,..so,kena usaha dari sekarang...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 5, 2012

Giveaway 2 in 1 (05.10.2012 ~ 04.11.2012)

Entry ni dibuat khas sbb daku nak join giveaway yg dibuat oleh kak maya...nak tau pasal giveaway ni leh klik kat SINI...



jom semak syarat-syarat untuk join giveaway ni...

1) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia (Semenanjung, Sabah & Sarawak). 

2) Anda haruslah follower kedua-dua blog SIMPLY MOI & E-MAYAONLINESHOP   [Jika belum lagi menjadi follower kedua-dua blog, anda harus berbuat demikian sekarang]


3) Anda kena letak Banner di atas dalam blog anda & linkkan banner tersebut ke blog SIMPLY MOI ini.. Ingat ye! Blog SIMPLY MOI ini bukanlink ke online biz blog (e-mayaonlineshop) tu:) Dalam entry anda tersebut, anda harus mengajak readers dan followers anda untuk menyertai Giveaway ini dengan copy paste saja syarat-syarat di sini:)

4) Selepas itu, dalam entry penyertaan anda tersebut, anda kena lengkapkan penyataan ini:- JIKA SAYA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG KATEGORI PERTAMA, SAYA MEMILIH _____(Sebutkan pilihan nama produk)______ KERANA _____(Sebutkan 1 khasiat produk yang dipilih - satu sahaja)

5) Jika anda mempunyai akaun FACEBOOK, anda perlu LIKE fanpage E-MAYAONLINESHOP (saya check ye satu persatu sapa LIKE & linkkan ke akaun blogger di sini ...heheh) sapa yang tadek akaun facebook tu, mungkin akan dipertimbangkan untuk dipilih sebagai pemenang tapi tiada jaminan, insya Allah..:)

6) Syarat terakhir : Letakkan link penyertaan anda di ruangan komen beserta dengan pengesahan Nama Profile di FB 



so daku nak lengkapkan pernyataan ni:

Jika saya dipilih sebagai pemenang kategori pertama, saya memilih Jus kurma Plus Kismis kerana jus ini adalah gabungan yang terbaik bagi makanan tambahan yang diperlukan oleh tubuh badan. Kurma dapat meingkatkan daya ingatan, mengatasi masalah sembelit, dan yang terpenting ianya terbaik buat ibu yang baru bersalin dan saya juga mampu berkongsi manfaat yang terdapat dalam jus ini bersama-sama bayi saya memandangkan saya menyusui bayi saya sendiri...=)

so, jom kita join ramai-ramai... Acik kecik yang kt mesir tu...jom join skali...

Thursday, October 4, 2012

Oh....

Bila ari Isnin menjelma...

- muka blur...monday blues....rasa macam terpaksa dan dipaksa pegi keje...


Bila dah Jumaat...

- automatik muka berubah ceria...hati berbunga-bunga...yelah kan....esoknyer dah cuti berganda...yuhuuu....

Tuesday, October 2, 2012

Naik lagi dan lagi...

Ayya...lepas satu,satu naik..dlu harga myk naik...pstu gula,ni nk naikkan tarif letrik plk...aduhai...sungguh2 boleh buat stress dan pening kepala...maka belanjawan bulanan akan makin parah...makin susah la nak kawal belanjawan dan kewangan lepas ni...kalau dulu bawak rm50 ke pasar raya memang boleh beli macam2..tapi sekarang dengan rm50 tu padan beli susu anak je...jauhnyer beza dulu dan sekarang yek...nasib baik daku ni keje gomen dengan pendapatan tetap bulanan...bagi yang keje petani,nelayan dan seangkatan dengannya tu macam mana lah diorg survive dengan keadaan sekarang agaknya yek...tak terjangkau rasanya...huhu...nak baca berita penuh pasal kenaikan harga tarif letrik tu boleh baca kat SINI yek...

Note: smua benda nak naik...gaji naik,harga barang pn naik skali...ni lum tambah dgn 'naik' angin lg ni...hehe...
Published with Blogger-droid v2.0.9

ALAHAI....

Apa perasaan anda kalau ada anak murid yang macam ni....

(abaikan grammar yang salah tu....terlalu banyak yang patut dibetulkan)

Entah dia masih lagi kebudak-budakan atau dia tak puas lagi bermain masa usia dia kecik-kecik dulu...tak paham sungguh daku...umur dah boleh jadi bapak budak, tapi masih lagi keanak-anakan...

Monday, October 1, 2012

Resepi kek karamel


Atas permintaan kawan-kawan, kat sini daku sertakan resepi untuk kek karamel ni...aku panggil puding kek jer...hehe..jom try ramai-ramai....kat bawah ni hasil dari air tangan daku....rupa tak berapa nak menarik,tapi rasa tu ok la..=)

walaupun rupanya tak begitu menarik,tapi licin jugak la...hehehe...

BAHAN 1
1.       2 sudu besar gula pasir
( Masukkan gula dalam Loyang yang kita nak gunakan nanti…masak dengan api yang perlahan..biar sampai semua gula hancur,kemudian tutup api dan biarkan seketika )

BAHAN 2
1.       3 biji kuning telur
2.       50 gram gula kastor
3.       Esen vanilla
4.       ½ susu cair
( Campurkan semua bahan dan gaul perlahan sampaila dia jadi sebati..jangan sampai kembang pulak yek…kemudian masukkan/tapiskan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi )

BAHAN 3            
1.       3 biji kuning telur
2.       50 gram gula kastor
3.       1 sudu the baking powder
4.       45 ml minyak masak
5.       140 gram tepung gandum
6.       135 ml air biasa
( Pukul telur kuning dengan gula kastor, masukkan minyak masak, air biasa dan pukul sebati…kemudian masukkan baking powder dan tepung gandum…pukul semua dan ketepikan )

BAHAN 4
1.       6 biji putih telur
2.       50 gram gula kastor
( Pukul putih telur sampai kembang dan masukkan gula kastor…pukul pada kelajuan paling tinggi sampaila telur dan gula tu jadi ringan dan macam kapas )

-          Masukkan Bahan 3 dan 4 dalam satu bekas dan kacau sebati.
-          Bahagikan aduanan kepada beberapa bahagian untuk warna. (kuning, hijau, merah)
-          Masukkan aduanan berselang seli warna dalam loyang yang berisi puding/karamel dan gula hangus tadi…aduanan kek ni akan terapung pada pudding tadi…
-          Bakar menggunakan kaedah double boiling pada suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 1 jam
-          Dah siap bakar, tunggu biar sejuk skit baru ditelangkupkan…
-          Lepas tu masukkan dalam peti sejuk…sungguh sedap dimakan sejuk-sejuk…