Monday, August 26, 2013

Ummi Kena Kuat

Betullah kan apa yang kita selalu dengar dan apa yang selalu orang lain cakap, anak yang dikandung akan mewarisi sikap dan perangai semasa si ibu mengandungkannya..Kalau si ibu semasa mengandung tu menjadi seorang yang cepat marah, sedikit sebanyak anak yang dikandung bakal mewarisi sifat tu jugak…Kalau si ibu ni seorang yang sangat sabar, insyaAllah anak yang bakal lahir tu jugak akan jadi macam si ibunya…Sebab tu la mak-mak kita selalu sangat pesan, masa mengandung jaga percakapan, jaga perilaku, jaga akhlak dan jaga segala-galanya…

Dua tiga bulan yang lepas daku menerima berita sedih yang rasanya tak mampu sungguh nak kutanggung berseorangan…Penantian membawa khabar duka…sungguh masa tu rasa hiba dan sedih…Result pertukaran yang ditunggu tak memihak padaku…ALLAH…berat menerima berita ni…beban kecewa memang tak tertanggung rasa…Masa menerima berita ni, memang daku tak mampu nak tahan rasa kecewa dan sedih…Air mata memang tak yah nak cakap, dah tak terbendung…Dalam pada daku sibuk melayan rasa, ada tangan kecil dan suara halus menyapa…Hannan tengah duduk setentang denganku sambil mulut tak henti-henti bersuara…mungkin kalau nak diterjemahkan boleh membawa maksud, “Ummi dah lah tu..Ummi kena kuat”…

Daku macam baru tersedar dengan kehadiran Hannan…Makin galak dan laju air mata ni mengalir…malam tu dengan Hannan sekali duk meraung sebab tengok ummi dia menangis…Baru daku sedar, masa daku mengandungkan Hannan dulu memang emosiku bergolak…kadang suka kadang sedih dan Hannan sendiri seolah-olah memahami diri ummi dia ni walaupun dia baru berusia 1tahun setengah.. Besarnya KuasaMu ya Allah…

Anak bijak dan solehah..maklumla,tak lama lagi nak jadi kakak dah..=)

Kaklong Hannan senyum simpul....

Apapun, daku dah terima semuanya sebagai takdir dan ujian..Mungkin ada hikmah terselindung yang lebih besar menanti daku sekeluarga…Kadang-kadang kita akan dapat apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan…Perancangan Allah itu adalah yang terbaik…Mungkin Dia takkan penuhi apa yang kita inginkan sehinggalah kita tunduk dan sentiasa redha padaNya, dan pada masa tu lah rintihan kita akan didengar dan permintaan kita akan dipernuhi…insyaAllah…



Nota Kaki: tak nak jadi manja-manja sangat..tak nak sedih-sedih…sebab nak bagi baby yang dalam tummy ni jadi kuat dan tahan dugaan…

Friday, August 23, 2013

Bersihkan jiwa dengan makanan

Salam semua...salam syawal...

Seronok bila bercakap tentang makanan ni kan...Maklumla, bulan syawal yang memang meriah dengan makanan dan hidangan yang pelbagai... Bulan yang terkenal jugak dengan rumah terbuka...Sebut pasal rumah terbuka ni, mestilah ada kaitan dengan makanan jugak kan...Kalau daku ke rumah terbuka ni, daku cari satay dan lontong je..kalau ada menu ni, memang daku berselera la nak makan..kalau takde tu, lambat la sikit...

Sejauh mana kita mengambil berat tentang makanan dan pemakanan seharian kita ni...Mesti ramai yang lebih utamakan makanan yang berkhasiat, tak berlemak, bukan 'fastfood' dan pendek kata makanan sihat la...Tapi, berapa ramai daripada kita melihat dari sudut pelaksanaan sebelum sesuatu makanan tu dimasak dan penyediaannya?Siapa yang memasak?Bagaimana aurat orang yang memasak tu?Pernah tak kita pikir semua tu? Maaf bercakap...Ramai daripada kita tak pernah dan tak ambil endah tentang semua ni...Asal nama makanan, semua dimakan...Tak kisah siapa yang memasak, janji nampak sedap 'confirm' akan ditelan...


Gambar hiasan...Cari pic makanan dalam laptop, ni je yang ada..hehe..

Pada daku, nak bentuk sesebuah rohani, pemakanan kena jaga...Bila terjaga makanan yang masuk dalam perut kita ni, insyaAllah jiwa dan rohani kita pun mudah nak dibentuk...Sebab tu, kita digalakkan memasak sendiri makanan kita..Nak-nak orang yang bergelar 'ibu' ni...Memang takde masakan yang tersedap dalam dunia ni melainkan masakan ibu kita sendiri...setuju kan?Daku pun kadang-kadang walau pandai masak sesuatu tu, mesti nak rasa masakan mak sendiri...yelah kan, nak la jugak manja-manja kucing dengan mak walaupun dah jadi mak budak ni..hehe...

Pernah jadi di sebuah sekolah tahfiz di Semenanjung Malaysia, seorang wanita menyedekahkan makanan buat semua pelajar...Nak tau apa yang berlaku lepas tu...Esoknya, semua budak-budak ni liat nak bagun subuh...puas ustaz-ustaz duk kejut, tapi masing-masing seolah-olah kena gam mata diorang dan lemah badan...Ustaz ni pelik la dan kaji makanan terakhir yang diorang makan...Rupa-rupanya, makanan terakhir ni daripada sedekah si perempuan tadi yang tak sempurna menutup auratnya...Lepas daripada kejadian tu, ustaz ni memang tak terima sebarang sedekah makanan dah...Ni kisah benar yang kawanku ceritakan padaku...

So, makanan ni memang kena hati-hati....siapa yang memasak makanan tu pun kita kena tengok...Kalau boleh, janganlah beli makanan yang dimasak or dijual oleh orang yang tak tutup aurat...Kita nak jaga anak-anak kita, rohani diorang dan jiwa diorang...Bila terjaga makanan anak-anak kita ni, insyaAllah senang kita nak bentuk anak-anak kita nanti...Kalau boleh, tiap kali kita nak masak untuk family kita, selawatlah banyak-banyak...masa nak basuh beras, basuh sayur, masukkan garam, kacau makanan dan semua hal masa tengah masak la....Kena sentiasa beringat sebab makanan tu akan jadi darah daging diorang...wallahua'lam...

Nota kaki: Tengah berusaha bagi yang terbaik pada family sendiri =)

Wednesday, August 14, 2013

Dugaan terhebat

Sekadar berkongsi kisah dengan semua...bukan kisahku tapi kisah lain yang penuh pengertian...

Tahun 2011...

Mendapat khabar berita mak saudara hubby terjatuh dalam bilik air dan dimasukkan ke hospital...Tahun pertama daku bergelar isteri..mendengar perkhabaran ni,ahli keluarga sebelah hubby bergegas ke kelantan melawat ibu saudara yang koma...Menitis air mata ketika melawat beliau yang terbaring kaku di icu...bergilir-gilir kami masuk ke wad untuk melihat keadaan beliau..pada ketika tu,daku masih ingat keadaan beliau yang sangat lemah...

Tahun 2012...

Dari minggu berganti bulan,dari bulan berganti tahun...keadaan ibu saudara hubby masih belum pulih...doktor meletakkan harapan tipis untuk beliau sembuh..tahun kedua beliau sakit,daku dan hubby menjengah untuk melawat dan melihat keadaan beliau...memang sedih bila melihat separuh daripada tempurung kepala telah tiada akibat pembedahan yang berulang..badan yang berisi semakin kurus akibat rawatan hospital..ingatan pula hampir tiada...hanya mata yang terbuka melihat kami yang datang melawat..renungan kosong daripada beliau membuatkan daku sedikit sebak...

Tahun 2013...

Ramadan penuh pengertian...betapa terkejutnya daku dan suami tika melawat beliau...bukan saja beliau telah sembuh walaupun bukan 100% malah beliau kembali mendapat memori yang telah hilang dulu...betapa besar Kuasa Allah...betapa gigih dan berusahanya anak2 beliau dalam berdoa dan ikhtiar untuk merawat ibu mereka...sebak daku bila suami memeluk ibu saudaranya dan dengan jelas beliau menyebut nama suami...sungguh daku menangis dalam hati memuji kebesaran Allah...jika Allah berkehendak,memang tiada yang mustahil bagiNya...

**Bila teringat kisah ni,betapa daku terasa malu...Baru diuji sikit,daku terus rasa mengalah...melihat kekuatan yang ditunjukkan oleh ibu saudara hubby ni,membuatkan daku makin bersemangat untuk hadapi cabaran yang mendatang...Allah telah tunjukkn betapa BerkuasaNya dia..yang pasti,kita kena meletakkan seluruhnya pada Allah..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, August 1, 2013

Puasa mengajar kita erti SABAR

Alhamdulillah...

Syukur yang tak terhingga sebab masih diberi peluang menghargai kehidupan dan Ramadhan kali ni...Syukur jugak sebab sehingga harini dapat berpuasa penuh bersama anugerah Allah yang sedang membesar dengan sihat dalam 'tummy' ni...Alhamdulillah..

Rutin bulanan sepanjang 'preggy' ni adalah kunjungan ke KK...arini ada check up macam biasa...bagi ibu-ibu mesti dah tau kan rutin ni...yelah, check BP, check HB, check berat, check perut dan segala check la kan...Daku sengaja pergi lewat ke klinik...agak-agak nurse ni nak keluar rehat baru daku menjengukkan diri ke sana..yelah kan...kalau pergi dari pagi, memang berasap la nak menunggu...Sampai je kat klinik, memang tak ramai orang..yang ada hanyalah 2 orang patients iaitu seorang perempuan muda dan seorang pakcik...daku duduk dengan sopan di sebelah perempuan muda ni sambil menunggu nama dipanggil...macam biasa, daku akan keluarkan handpon sambil-sambil mengisi masa lapang supaya tak terasa sangat masa untuk menunggu tu...sambil-sambil main game dan berFB, daku terdengar perempuan muda ni berborak dengan pakcik ni...Rupanya dia dah menunggu dari pukul 9 pagi semata-mata nak berjumpa dengan doktor...ku pandang sekeliling sekali lagi...memang 2 patients tu je yang ada dan orang yang ke 3 adalah diriku ini...Daku ringankan mulut bertanya kepada si perempuan muda ni tujuan untuk berjumpa doktor...Jawapannya ialah kerana penyakit gatal or maybe elergic di tangan kanan perempuan ni....

Bertabah sungguh perempuan ni kan...Masa daku datang pun dah pukul 12 tengah hari dan dia dah menunggu lebih kurang 3 jam ++ nak jumpa dengan doktor..dan semata-mata nak check tangan dia je...oh...kalau daku la, memang daku rela ke klinik swasta lagi daripada nak menunggu berjam-jam lamanya kat sana...kalau betul ramai patients, leh diterima akal lagi...ni ada 2 patients je pun..tu pun kena tunggu berjam-jam...sungguh-sungguh menguji dan yang paling daku respect, perempuan muda ni sungguh-sungguh SABAR...

SO, memang betul la kan..Bila kita berada dalam ibadah puasa ni, secara automatik kita akan jadi lebih SABAR...memang jadi pengajaran pada diri daku dan semestinya daku kena contohi sifat SABAR yang perempuan muda ni amalkan supaya baby dalam 'tummy' ni leh warisi sekali sifat yang mulia ni...wallahua'lam...

Nota Kaki: Perkataan SABAR senang nak diungkap, tapi bila nak amalkan memang terasa berat n payah kan..=)