Monday, June 24, 2013

Aura negatif..please go away...

Lama menyepi bukan menghilang...jauh sekali nak bawa diri...cuma menenangkan fikiran yang masih lagi berbolak balik...tak berapa tenang dengan pelbagai hal yang mendatang...Pn fifi dah rindu ke...hikhik...

Lately memang rasa nak kan ketenangan je...maklumla orang kata orang preggy ni kena sentiasa terkawal emosinya...tak boleh nak tension-tension, tak boleh nak marah-marah jauh sekali nak susah hati...so, daku dalam proses tu la sekarang ni...ke mana-mana sentiasa nak amik aura positif je...tak nak negative vibration berpusar-pusar duk keliling daku..tolong go jauh-jauh yek...

Kesihatan...Alhamdulillah semuanya ok...berat badan la yang tak berapa nak konsisten..jap naik, jap turun...HB semua ok, tekanan darah pun ok....Rabu ni tak sabar nk scan and tengok baby dalam perut ni...

Nota Kaki: mana yek destinasi best nk tenang-tenangkan minda ni...

Friday, June 7, 2013

Mood ke Laut

Cuti dah nak abis...sungguh-sungguh rasa tak best...kalau boleh nak cuti panjang-panjang lagi...

Hannan pun dapat penyakit sama macam ummi dia jugak...hehe...

Hannan buat muka kiut miut kunun....

Thursday, June 6, 2013

Komen Cari Pasal aka Cari Gaduh

Rajinnya update blog yek...maklumla, tengah bercuti-cuti sekarang ni...so, ada banyak masa la nak merapu dalam blog tersayang ni...kertas periksa anak-anak murid tersayang belum abis tanda lagi...cikgu dah naik pening baca ayat-ayat merapu...so, better cikgu pulak yang nak merapu...

Saje nak share sikit dengan korang-korang semua...perkara ni kadang-kadang berlaku kat kita....daku bagi contoh:

Contoh 1:
Alahai...malasnya la nak gi keje esok...jom ponteng ramai-ramai..
Respond:
Tak nak keje, berenti je la..jadi suri rumah sepenuh masa...

Contoh 2:
Double line la pregnancy test saya buat pagi tadi
Respond:
Sian ke anak tu, kecik lagi dah nak ada adik..tu la, rancang la patut nya...

Contoh 3:
Saya kena czer masa lahirkan baby dulu..
Respond:
Budak yang keluar ikut tingkap ni kan, tak pandai nak berdikari...

Contoh 4:
Saya nak mintak pindah la bos..penat ulang alik jauh-jauh laki bini..
Respond:
Nape dulu tak kawen je dengan orang sini...

Oh...Nape la ada manusia yang memberi respon yang sebegini kan...Kalau tak jadi pada diorang memang sedap mulut la boleh kata macam-macam...cuba kalau situasi kat atas tu jadi kat diorang...agak-agak jadi bisu terus tak diorang yek...

P/s: Kadang-kadang kita kena letakkan diri kita di tempat orang lain..bak kata omputih, "put yourself into others shoes"..

Tuesday, June 4, 2013

Cerita Tengah Malam

Salam all..

Seram tak baca tajuk entry..hehe..saje bikin suspen kan...

Tapi yang sebenarnya memang seram dan suspen pun...kisah yang daku takkan lupa sampai bila-bila...takut pun ada jugak bila duk pikir sorang-sorang...

Kisah bermula
Alkisah adik ku yang sorang ni...kisah bermula bila dia nak balik ke terengganu bersama dengan isteri dia ni...Cadangnya dia nak balik pukul 1 tengahari dari Kuantan...anjak pulak pukul 2, terus anjak pukul 3 ptg dan last-last pukul 6 ptg baru dia gerak balik...Dalam pukul8 lbh, dia call bagitau kereta 'break down' dekat sebelum sampai Bandar Mutafibillah....So, mak ayah daku decide nak gi tengok diorang sebab dah tau kos nak baiki kereta tu ratus-ratus jugak dengan keadaan adikku yang sorang ni dalam poket ada rm100++ je...

Dalam pukul 9 malam lebih, kitorang bertolak pergi...Jauh jugak perjalanan nak sampai kat diorang ni...kitorang sampai kat bengkel yang baiki kereta tu dalam pukul 11++ jugak la...daku memang tunggu berdua dengan Hannan dalam kereta...lepas settle payment semua, kitorang decide nak terus ke Terengganu dengan adikku dan isteri..

Sekali lagi
Tapi, tak sampai beberapa kilometer, kereta break down sekali lagi...kat tengah-tengah kebun sawit yng gelap gulita pulak tu...pelik sebab dah baiki, still rosak jugak...ayahku just 'jumper' dan kereta tu boleh bergerak semula..tak sampai 1km, berenti semula kereta tu...kitorang ambil langkah patah balik ke bengkel kereta tu walaupun tahu masa dah menganjak ke tengah malam dan kemungkinan untuk bengkel tu tutup pun agak besar...2, 3 kali jugak kereta tu di'jumper' untuk membolehkan ianya bergerak...sebab dah tak larat asyik nak kena 'jumper' jer, kitorang tinggalkan je kereta tu tepi jalan dan terus ke bengkel untuk panggil 'pomen' untuk baiki kereta tu..dalam hati, jangan la bengkel tu tutup...

Pengakhiran yang baik
Nasib kitorang memang baik sebab sampai je kat bengkel, mekanik tadi still keje..lepas beberapa perbincangan, diorang pun 'follow' kitorang ke tempat kereta tadi...sambil-sambil mekanik ni baiki, adikku yang tolong temankan diorang sebab kesian diorang sanggup jugak datang baiki walaupun masa tu dah lebih dari tengah malam...agak lama jugak diorang duk membaiki...daku dan yang lain-lain ni memang duk dalam kereta je...lepas settle semua, kitorang patah balik semula ke Kuantan memandangkan Kuantan destinasi yang terhampir dan risau kejadian yang sama berulang...

Di sebalik kisah
On da way tu, kitorang singgah di kedai tepi jalan...masing-masing mengantuk dan nak bagi driver segar, kitorg minum-minum dulu kat kedai...ha...masa kat kedai ni la adikku bukak cerita...masa si mekanik ni baiki kereta dia, dia bagitau petang hari yang sama ada sebuah lagi kereta jenis yang sama, dan warna yang sama rosak kat tempat yang sama adikku 'break down' tu...kerosakan pun adalah kerosakan yang sama...seram pulak daku dengar...pastu adikku menambah, memang dah ramai yang kena 'usik' masa melalui jalan gelap tu...ada yang kena tahan la, ada yang nak menumpang la dan macam-macam lagi la...malam tu jugak rupanya si mekanik ni (ada 2 orang), salah sorang daripada diorang takut nak balik umah dan bermalam kat bengkel tempat diorang keje tu....patut la masa dekat bengkel, ku lihat mekanik ni macam teragak-agak nak pergi...Hannan pulak semacam je masa kitorang tunggu mekanik ni baiki kereta..tapi lepas kereta bertolak dan berjalan barulah Hannan boleh tido...Tapi memang nasib kitorang baik jugak la sebab kitorang tak nampak or dengar pape...kalau tidak, memang tersadai la kereta adikku tu tak 'terbaiki' agaknya...

Ni memang pengalaman berharga la bagi daku...sampai Kuantan lebih kurang pukul 4++ pagi...masing-masing mengantuk dan letih sangat...memang tido tak sedar diri la..hehe...Adikku pulak pagi-pagi lagi dah siap nak balik ke Terengganu semula dan alhamdulillah selamat sampai ke sana tanpa melalui pengalaman yang sama....

Nota kaki: bila nak jalan jauh dan kereta buat hal, tu yang paling takut sekali kan...nak-nak kalau kereta 'break down' tengah-tengah malam kat tempat-tempat gelap dan orang lain semua tak nak berenti tolong..oh...memang menakutkan...moga tak jadi lagi perkara yang macam ni....

Monday, June 3, 2013

Aktiviti Bila Cuti Sek

Salam..

Bila time cuti sekolah, memang confirm akan berderet-deret jemputan kahwin yang bakal kita dapat kan... Daku pun tak terkecuali..tapi memang tak sempat nak hadirkan diri untuk semua jemputan..

Paling istimewa majlis perkahwinan my BFF, Siti Jawahir dengan pasangannya Mohd Rahim...moga berkekalan hingga ke syurga yek...

Geng-geng Ex SMKAP 3rd Batch....siap jadi reunion lagi tu..hehe... 

Malam akad nikah...background cantik lagi tu...cik Hannan 'lanyak' atas katil pengantin....

Nota Kaki: macam-macam cerita bila dapat kumpul ramai-ramai ni...seronok rasa...