Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun


InsyaAllah..jom kita stand by doa ni untuk sama-sama kita baca petang ni...

MOGA kedatangan tahun yang baru ni :
- membawa seribu rahmat kepada semua suamiku, keluargaku, kawan-kawanku dan semua muslimin
- memberi rezeki yang melimpah ruah dari segala aspek, kepada diri kita, keluarga, sahabat dan semua
- menjadikan kita HAMBA Allah yang lebih bersyukur, redha, ikhlas dan lebih baik daripada sebelumnya
AMIN YA RABBAL A'LAMIN..

Tuesday, October 30, 2012

sayang mertua, mertua sayang

Siapa yang tak nak disayangi dan menyayangi..betul tak? formula yang mudah, kalau kita sentiasa menyayangi, insyaAllah diri kita pun akan disayangi oleh orang lain... tapi kalau diri sendiri pun takde sifat penyayang ni, jangan harap la orang lain sayang pada anda juga... what you give you get back...

Entry ni nak share skit daripada slot dr Muhaya di ikim...

Antaranya ialah, sentiasa tanamkan sifat positif terhadap mertua, insyaAllah kita pun akan jadi positif jugak....orang yang sentiasa nampak kesalahan dan kekurangan orang ni sebenarnya orang yang banyak sikap negatif....mereka ni tak sayang pada diri sendiri...

Memang betul apa yang dikatakan oleh beliau, tapi itula...kata-kata ni memang senang nak dilafazkan tapi nak praktikkan tu yang berat skit....satu lagi yang aku tertarik bila beliau menegur sikap pemanggil yang banyak nak salahkan mertua dan konon-konon nak bagi nasihat pada mereka...yelah kan, mertua ni dah lama makan asam garam...kata beliau," kita ni terlalu banyak nak nasihat orang...asyik nampak orang lain je yang salah...tapi tak nampak salah kita dan kita sentiasa rasa yang kita ni betul dan sempurna....so, banyak-banyak muhasabah dan bersangka baik pada orang lain dan bukan nak tengok pada kekurangan orang lain je"...memang rasa blush la kalau aku si pemanggil tu....huhu...

kredit pic hasil google di SINI

NOTA KAKI: Alhamdulillah atas nikmat mertua yang baik dan sentiasa menyokong dalam apa jua benda yang dibuat...pendek kata boleh buat kawan la....=)

Friday, October 19, 2012

Jangan lupa solat yek

Assalamualaikum...

Kenapa yek solat ni jadi berat sangat2 pada sesetengah orang yek...dalam banyak situasi sekarang ni kita tengok orang dah tak malu bila terang2 dia tak bersolat tapi jadi janggal bagi orang yang bersolat ni...pelik dan 'awkward' bagi yang bersolat tak kisah di office,trminal bas,hospital or kat mana2 la...tapi bagi yang tak bersolat ni jadi perkara biasa pulak...pelik...dunia dah jadi semakin pelik...

Rata2 kat mana2 memang akan ada golongan yang tak solat ni...terang2 nabi bagitau suruh ajar anak bersolat bila umur dia 7tahun dan kalau dah 10 tahun still tak solat?maka pukullah sebagai peringatan pada anak tu...tapi kan...yang dah jadi bapak budak dan mak budak yang masih lagi liat nak solat ni,macammana yek....hehe...tak tau nak kata apa kan...pada pengamatan aku la,ibubapa yang tak bersolat akan melahirkan anak yang juga tak solat...anak2 ni selalunya tergolong dalam kumpulan bermasalah dan mempunyai akhlak yang rendah...nauzubillah...mintak dijauhkan pada zuriat kita...

So,apa2 pun solat tu paling penting...sama2 lah kita perbaiki solat kita...keutamaan solat bagi lelaki adalah berjemaah di masjid dan bagi wanita pula adalah bila masuknya waktu...diri ini masih lagi berusaha untuk jadi yang terbaik...

Ingat yek...perkara pertama yang akan ditanya nanti di padang masyar adalah solat kita...maka percantik dan perindahkanlah solat kita...moga kita menjadi mukmin yang sempurna solatnya...amin...:-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 9, 2012

Tadah tangan ucap Alhamdulillah


Salam semua....

Alhamdulillah sebab masih lagi bernafas di bumi Allah ni...syukur sebab diberi nikmat yang pelbagai (nikmat hidup,nikmat sihat,nikmat makan dan minum dan banyak lagi la)...banyaknyer la kan nikmat yang kita dapat samada kita sedar atau tak...

Dalam pada kita tengok orang sakit,syukur sebab kita sihat...dalam pada kita tengok orang susah,alhamdulillah yang tak terhingga sebab kita diberi kesenangan dan tak melarat...yang paling penting kita sentiasa beringat dan bersyukur...kena ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,muda sebelum tua,lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati...dah takde amalan lagi dah bila dah mati kecuali amal soleh, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang akan doakan kita nanti...

Jadi sama2 tadah tangan dan ucap syukur alhamdulillah atas semua nikmat yang Allah bagi...formula terpenting, jangan tengok lebih orang pada kita, tapi tengoklah kurang mereka berbanding kita...kita takkan kenal erti syukur jika kita tak tengok kesusahan yang orang lain alami...kita takkan rasa nikmat tangan dan kaki sehingga kita lihat mereka yang kudung....wallahua'lam...

~ ucap alhamdulillah dalam segala hal...terima kasih ya Allah ~

Nota kaki: picture mereka2 yang bertungkus lumus mncari rezki untuk keluarga...tersentuh hati melihat warga tua yang sebaya dengan nenek2 kita dan anak2 yang masih kecil ni...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 8, 2012

kan cantik bertudung tu


Tutup aurat tu tutup betul2 yek kawan2...menutup aurat tu wajib dan kena sempurna lah tutup tu...bila dah tutup rambut,aurat yang lain pun kena tutup jugak yek...

Kena ingat tu yek kawan2...aurat kita maruah kita...kita sendiri yang kena jaga maruah kita sendiri...:-)
Nota kaki: bila seseorang muslim tu lupa,yang lain kena ingatkan...kita nak masuk syurga ramai-ramai kan,..so,kena usaha dari sekarang...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 25, 2012

Nak sangat,kan dah kena..hehe...


Tertarik aku dengan kisah yang dibawa oleh akak ustazah tadi..

Seorang makcik bertanya soalan kepada ustazah tersebut…lebih kurang macam ni la soalannya..
“Bolehkah bersalam-salaman dengan sepupu lelaki dan abang ipar serta mencium pipi?”

Jawapan si ustazah ni, “tak boleh..sama hukum dengan lelaki ajnabi yang lain..”

Mendengar je jawapan ustazah ni, makcik tersebut seperti tidak berpuas hati lalu dia pun berkata… “Takkan tak boleh kot ustazah…saya dah lama buat (bersalam dengan sepupu lelaki) dari dulu lagi..tiap kali nak balik mesti bersalam-salaman dan cium pipi dulu…”

Ustazah ni dengan nada berhikmah menjawab lagi, “sememangnya tak boleh..apa yang jadi amalan tu seeloknya tidak diulangi…buat dan amalkan perkara yang betul sahaja..”

Si makcik berkata,”tapi,nanti apa kata diorang kalau saya tak salam dan cium pipi macam selalu dah…mesti diorang kecik ati dengan saya nanti.”

Jawapan keras daripada akak ustazah ni,”manusia kecik ati awak nak jaga, tapi kalau Allah yang kecik ati macammana..lebih baik la kita jaga batasannya..kalau kita nak jaga jugak hati dan perasaan orang lain daripada kecik ati dengan kita,so sama-samalah kita jumpa dia di neraka nanti…wallahua’lam..” 

terpana terus si makcik tadi…tak berani dah nak kata apa-apa..hehe…tu la dia…ada je jawapan kalau nak mengelak daripada apa yang digariskan dalam Islam..Undang-undang Islam yang Allah dah bagi ni bukan saja-saja tau…semuanya ada hikmah di sebalik nya dan untuk menjaga kemaslahatan manusia kat muka bumi ni…sama-sama kita renungkan…


Nota kaki: Kita selalu memikirkan persepsi orang tanpa memikirkan persepsi Sang Pencipta…sibuk nak jaga pandangan orang pada kita dengan mengabaikan padangan Allah…sama-samalah berubah ke arah yang lebih baik…(saya bukan baik sangat, tapi sedang berusaha ke arah kebaikan, insyaAllah)

Friday, August 3, 2012

Betapa cantiknya Islam ni

Sesungguhnya Islam tu adalah sebuah agama yang sungguh cantik....agama yang memang bersesuaian dengan semua keadaan...islam bukan suatu agama ketinggalan jauh sekali agama yang kolot...agama Islam yang kita anuti ni memang dah sangat-sangat cantik n indah dengan segala hukum-hakam dan peraturan yang Allah dah tetapkan...daripada sekecik-kecik hal sampaikan sebesar-besar hal smuanya Islam dh bagi garis panduan...

Dalam entry kali ni aku nak bawakkn betapa cantiknya islam ni...cuba tengok pic bawah ni yek....

Taken from xingat dah sebab dah save lama dalam laptop =)

Nampak tak daripada gambar kat atas tu...nape aku cakap gitu,hehehe...biasala...dh dekat-dekat nak raya ni masing-masing berebut giliran la nak balik kampung...so, sesiapa yang bergelar isteri tu, renungkanlah kata-kata kat atas tu...aku tau,bukan semua org perfect, termasuk diri aku sendiri but apa salahnya kita try sama-sama berusaha ke arah yang lebih baik....nak masuk syurga kan..so, kena la struggle lebih...hehe...

Cepatnya masa berlalu

Kita dah hampir di pertengahan ramadhan dah ni...harini dh memasuki 14 ramadhan dan bermakna ramadhan dah nak meninggalkan kita semua...memang rasa sekejap sangat masa berlalu...pejam celik pejam celik dah nak raya nanti...

kat sini aku bukan nak highlightkan kat raya tu, tapi aku nak highlightkan pada ibadah kita....betapa teruk nya kita ni kan...padahal bulan ramadhan ni Allah dah janjikan untuk segala pengampunan..dibuka seluas-luasnya pintu keampunan untuk kita bertaubat,but kita macam xkisah je...teruknya la,masyaAllah...bukan aku nak tunding saper-saper tapi aku lihat pada diri sendiri ni...banyaknyer la dosa yang dah dibuat sepanjang hidup atas muka bumi ni...harapnya sempat mengumpul pahala sebelum dipanggil menghadapNya nanti...

Jadi, dalam bulan baik ni,elok sangat la kita sama-sama kumpulkan pahala kita...insyaAllah....memang adat kan kalau dh kejar pahala memang rasa berat n malas je, tapi bila kejar dosa memang cepat n rajin jer...sama-sama kita renungkan n semoga kita sentiasa berada bersama-sama orang-orang mukmin insyaAllah n tak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi...


Thursday, July 26, 2012

Semua suka Ramadhan


Seronok bila masuk bulan Ramadhan ni...bulan yg Allah dah janjikan dengan segala keistimewaan dan kelebihan...macam-macam fadhilat Ramadhan yang tersedia buat hamba-hambaNya...

Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang berbeza dari bulan-bulan yang lain...bulan yang takkan ada pada bulan lain...bulan yang sangat best, menarik,meriah dan istimewa...dalam bulan ni semua orang berpusu-pusu dan berkejar-kejat nak kumpul pahala...pendek kata semua orang suka bulan puasa ni or bulan Ramadhan...Nape semua suka?ni antara sebab-sebabnya:

1) ada bazar Ramadhan - segala jenis lauk ada jual...kuih muih tak payah citer la..sebut je nak makan apa,semua ada kat bazar ni..

2) boleh kuruskan badan - niat mesti kerana Allah, tapi kuruskan badan tu hanya sampingan...

3) boleh jimat - alasan ni memang tak boleh terima sebab kalau selalu makan tengahari habis rm6-rm7 je, tapi dalam bulan puasa ni makin banyak pulak habis....boleh sampai rm20 untuk sorang makan!!!

4) masjid penuh - awal-awal Ramadhan je penuh, masa tu semua tengah berkobar-kobar lagi nak terawih, hujung-hujung puasa makin kurang...silap-silap tinggal tok imam dengan bilal jer....

5) masa untuk berubah - bulan ni la kita boleh tengok ramai yang amik peluang untuk berubah...alhamdulillah..tak nak pakai seksi-seksi lagi dah, nak mula pakai tudung dll..harap-harap berkekalan dan bukan hanya buat dalam bulan Ramadhan je yek....

Banyak lagi sebab-sebabnya tapi yang paling penting, dalam bulan ni InsyaAllah Allal akan bagi pahala yang berlipat kali ganda pada orang-orang yang sabar dan sentiasa ingat padaNya...sama-sama kita rebut pahala dan hikmah yang Allah dah janjikan pada kita....

*Jom saling ingat mengingatkan...kita ni kadang-kadang lupa*

Wednesday, July 25, 2012

Ingatan dan Peringatan

Salam ramadhan untuk semua..

"Alhamdulillah hari ke 5 kita berpuasa..pejam celik pejam celik tak lama lagi sampaila kita ke penghujung Ramadhan..so, sebelum berakhirnya bulan yang penuh barakah ni, kita pakat-pakat sama-sama memperbanyakkan amalan kita,insyaAllah...

"Dalam bulan Ramadhan ni (bg yang boleh solat), jom kita sama-sama solat terawih...cukup buat kt rumah pun xpe...bukan asal nama terawih je mesti dekat masjid...kena ingat yek semua...solat terawih tu bukan WAJIB buat sampai 20 rakaat...cukup sekadar buat 8 rakaat pun dah cukup...Dalam hadith nabi ada sebut:

"Maksudnya: "Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."    
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

kena ingat tu, jangan sampai solat terawih cukup 20 rakaat tapi solat fardhu satu rakaat pn tak buat...tak elok la macam tu..kena utamakan yang wajib dulu, kemudian kita tambah dengan yang sunat...insyaAllah berganda-ganda pahala yang kita dapat..nak-nak di bulan yang penuh barakah ni...jasmani, kita isi dengan makanan dan rohani pulak kita isi dengan ibadah...so,sama-sama kenyang...barulah seimbang...
wallahua'lam..=)

*sama-sama kita perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik...*

Thursday, June 21, 2012

Rezeki

"Rezeki yang Allah bagi pada kita, bukan kepunyaan kita semuanya tetapi ada hak yang kita kena tunaikan.."

     Rezeki ada banyak bentuk...Rezeki ni bukan dalam bentuk duit je tapi antaranya ialah jodoh, pekerjaan , sambung belajar, anak dll..

Berkepuk-kepuk duit...rambang mata eden..hehe...(gambar sekadar hiasan je yek) 

    Fokus aku adalah rezeki dalam bentuk wang ringgit..kita kena sentiasa ingat yang duit yang kita dapat hasil daripada kerja yang kita buat hari-hari tu adalah bukan milik mutlak kita...ianya adalah hak Allah taala...berbeza dengan orang barat yang mana mereka percaya duit yang mereka dapat adalah hak milik mutlak mereka...

    Jadi, duit yang kita dapat hasil daripada penat lelah kita bekerja sehari-hari tu sebenarnya ada bahagiannya yang tersendiri...contohnya, untuk anak-anak kita dll...so, jangan lupa keluarkan zakat sedikit daripada pendapatan yang kita dapat...paling elok,bersedekahlah sebab duit kita takkan berkurang sebab bersedekah tapi insyaAllah Allah akan melipat gandakan rezeki kita lagi...wallahua'lam...sama-sama kita renungkan...

Sunday, June 17, 2012

Kawen muda vs Mati muda

Ramai yang fikir dan sentiasa membincangkan pasal 'kahwin ketika muda'...tapi berapa ramai di antara kita yang fikirkan 'mati ketika muda'...

Memang aku tak nafikan,tajuk kawen lagi menarik daripada mati..bila sebut je pasal kawen,mata yang mengantuk pun akan segar...hati terus berbunga-bunga tambah-tambah bila mengenangkan kekasih hati...angan-angan terus jer terpasang...'baju apa yang bakal dipakai masa nikah nanti', 'pelamin macammana yang nak ditempah', 'tema warna apa yang nak guna' dan macam-macam lagi la..tapi bila sebut pasal mati, hati terbayang kubur, kafan, keranda dll...hati terus resah mengenangkan dosa-dosa dulu, minda terus bergerak memikirkan amalan-amalan yang dah dibuat...berapa ramai agaknya antara kita yang dah betul-betul bersedia untuk menghadapi mati...kalau sebut kawen2 ni, "dah ready ke nak kawen ni?" ramai yang akan jawab, "ye","of course", "mestilah...dah lama tunggu ni"....tapi bila sebut pasal mati??? dah ready ke kita ni??wallahuaklam...

Sejauh mana kita sebagai manusia beringat sentiasa yang mati tu akan datang bila-bila masa je samada kita bersedia ataupun tidak...Teringat sahabat yang telah kembali ke rahmatullah suatu ketika dahulu...pada ketika tu umur beliau baru memasuki 17 tahun...malah tak sempat untuk menduduki spm...tersentak hati pada waktu tu...cepatnya dia pergi... kerdilnya diri ni...

Note: Kena cepat-cepat kumpul 'pahala' supaya senang di SANA nanti..insyaAllah..pesanan untuk diri sendiri dan juga sahabat...


Friday, June 15, 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Sekejap jer masa berlalu dan sedar tak sedar kita dah pun bertemu semula dengan Jumaat...bagi kaum adam Jumaat ini dapatlah mereka sama-sama berkumpul untuk mendengar khutbah dan solat jumaat berjemaah...sekurang-kurangnya ada juga pengisian ilmu dan tazkirah buat diri bila mendengar khutbah yang dibaca oleh khatib..tapi bagi kaum hawa,memang nak tak nak terpaksa mencari sendiri pengisian rohani buat diri supaya tak tergelincir serta sentiasa mengingati Allah...

Alhamdulillah sekarang ni bermacam-macam ilmu yang boleh kita cari terutamanya melalui access internet..taip jer tazkirah atau ceramah,memang akan keluar berbagai-bagai...jadi,untuk kaum hawa,jom pakat-pakat kita isi rohani kita supaya hidup kita sihat dan seimbang...

Nota: fizikal diisi dengan makanan dan rohani juga perlukan makanan supaya hidup kita seimbang...wallahua'lam.... (peringatan buat diri sendiri juga)


Monday, May 28, 2012

Taubatlah sentiasa

Tazkirah pada hari ini...insyaAllah bila kita sentiasa mengingati Allah dan sentiasa beringat atas segala perbuatan kita, maka perbuatan, pertuturan kita insyaAllah akan terkawal....




Tajuk Nasyid : Taubat Seorang Hamba
Artis : Irsyadee
Feat : Hafiz Hamidun
Album : Petunjuk Sepanjang Jalan

Hati hitam mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa…

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…..
Taubatku ini…..

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…
Taubatku ini…

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x….
Taubatku ini…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini…

*tersangat suka lagu ni...sebak bila dengar bait2 lirik dia....terasa kerdilnya dan banyaknya dosa diri ini..='(

Tuesday, March 13, 2012

Renungan

BERBELANJALAH tapi jgn sehingga BOROS

BERJIMATLAH tapi jgn smpai KEDEKUT

Tiba2 teringat kata2 ni...dengan erti kata lain,wasatiah lah (bersederhana) dalam setiap perbuatan, kata-kata, tingkah laku, berpakaian dll....

Wallahua'lam..

Thursday, February 23, 2012

Bestnya bergelar seorang wanita

          Saja nak bawa tajuk mengenai wanita dalam entri kali ni…sebab apa,salah satu faktornya kerana aku adalah seorang wanita =)

 bercahaya bumi dengan kehadiran wanita2 solehah....(google punyer sumber)

          Memang betul…terlalu banyak nikmat yang Allah bagi kepada wanita ni…salah satunya ialah wanita diberi kelepasan pada setiap bulan…dapat cuti free lagi dalam mengerjakan solat dan puasa…Tapi dalam pada pelepasan tu, masih ada lagi yg curi2 xnk solat…alasan yang famous, lum mandi wajib lagi la..padahal semuanya dah diajar masa kita kt sek dulu2 lg...dalam kitab fiqh pn ada diajar….so, wahai wanita, jangan lah meringan-ringankn  solat dan segerakanlah dalam mandi hadas…

          Apabila seorang wanita itu berkahwin, ketaatannya adalah pada si suami….peluk suami dapat pahala, senyum pada suami pn dapat pahala, masak untuk dia, menyenangkan dia, dan pendek kata bila seorang isteri itu berkhidmat untuk suaminya dengan penuh ikhlas dan kasih sayang, insyaAllah semuanya akan diberi pahala oleh Allah taala…

wanita solehah adalah hiasan dunia (jumpa di mana pic comel ni?cnfirm la google...hehehe)

          Tapi…..dalam pada kehebatan dan keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada seorang wanita, masih ramai lagi yang belum sedar…wanita ni senang nak masuk syurga dan senang juga untuk masuk neraka…Satu contoh disini, bila seorang isteri itu memalingkan wajahnya daripada suaminya dan tanpa redha suami, maka malaikat akan melaknat si isteri…nauzubillah….so, para isteri kalau nak buat apa-apa pastikan suami anda redha dan bagi keizinan dahulu..bagi isteri yang berjauhan dengan suami waima yang duduk sekali, mintalah izin suami bila nak ke mana-mana or nak buat apa-apa….pastikan suami kita sentiasa redha dengan kita… apabila maut menjemput kita, insyaAllah kita sentiasa di bawah redha Allah dan redha suami…

          Banyak lagi rahmat yang Allah bagi kepada wanita…apabila seorang wanita itu mengandung maka diberi kebaikan padanya…tu belum masuk bab bersalin, menjaga bayi, menyusukan bayi lagi….terlalu banyak keistimewaan yang Allah bagi kepada kita…Jadi, bersyukurlah anda kerana dilahirkan sebagai seorang wanita….Yang terpenting, Taatlah kepada Allah, kepada suami (bagi yang dh berkahwin), dan kepada kedua ibu bapa….moga kita sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa beryukur dan mengingati Allah…insyaAllah…

Akhirul Kalam :  sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri dan berazam untuk jadi seorang isteri yang solehah…amin…..

sumber:google

Kepada En. Suami: pandu dan bimbinglah isterimu ini supaya isterimu ini menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada Allah…Tegurlah isterimu ini jika ada salah dan silap…pandulah aku ke arah redha Allah….Semoga jodoh kita berkekalan bukan hanya di dunia tetapi di alam sana iaitu akhirat…amin ya Rabbal A’lamin….

Tuesday, February 21, 2012

Sejuknya mata tengok budak-budak ni

Semalam Alhamdulillah berkesempatan tengok cerita ‘adik-adikku’ kat tv 1…sejuk mata memandang, sejuk telinga mendengar kemantapan persembahan anak-anak kecik ni..yang paling sejuk hati bila mendengar bacaan al-Quran yang dialunkan oleh para peserta…sedap suara masing-masing…terdetik di hati, sejuk ibu yang mengandungkan mereka ini….

Cute kan budak ni....geram macam nk picit2 jer pipi dia...hehe (sumber google)

Harap-harap anak aku nanti boleh jadi macam mereka…yang paling penting pandai mengaji dengan tajwid yang betul…itu harapan seorang ibu kepada anaknya…zaman sekarang ni terlalu ramai yang xmengenal huruf-huruf al-Quran..jauh skali nak membacanya…yang paling diorg kenal adalah wajah-wajah artis, keyboard dan hset…nauzubillah….mintak dijauhkan daripada semua tu….

So, sebagai ibu bapa (peringatan buat diri aku sendiri jgk), kenalkanlah anak-anak anda dengan kalimah suci Allah, ajarilah mereka solat, mengaji dan semua ilmu fardhu ain…bila kita mati esok, merekalah yang akan membacakan Al-Quran untuk kita, memandikan kita, mengkafankan kita dan mengimamkan solat jenazah untuk kita….bertindaklah daripada sekarang….jangan bila bila kita dah mati baru kita nak menyesal… masa tu semuanya dah xberguna…

Nota Kaki: semua ibu bapa mengimpikan anak yang soleh dan solehah..tapi sejauh mana tindakan kita dalam merealisasikan impian tu???Tepuk dada Tanya iman….

Andai Rasulullah bersama kita

Sambutan maulud nabi still lagi diadakan sehingga sekarang…syahdu bila mendengar selawat ke atas Rasulullah…pilu dan sebak bila mendengar kisah baginda yang terlalu kasih dan sayangnya kepada umatnya…kisah Rasulullah apabila tiba saat kewafatannya, masih lagi memikirkan pasal umatnya…
”ummati….ummati..ummati….”
Kalimah yang terlafaz daripada junjungan mulia Rasulullah s.a.w…Rasul terlalu sayangkan ummatnya..betapa bimbangnya Rasulullah kepada kita…tetapi kita sendiri tidak bimbangkan diri sendiri….masih xmenyayangi diri sendiri….betapa jauhnya kita dengan tuhan…betapa alpanya kita padanya…jika dihitung-hitung, berapa banyak kebaikan yang kita dah buat untuk diri sendiri bagi menjamin kehidupan kita di alam sana jika dibandingkan dengan kejahatan yang kita dah buat…nauzubillah…minta diampunkan segala kesalahan dan kealpaan kita di dunia ini…mohon diberi hidayah dan peluang untuk terus membuat kebaikan di dunia ini…aminnn…

Manusia yang paling dekat dengan Rasulullah di hari kiamat kelak adalah mereka yang sentiasa berselawat kepadanya….Dimanakah kita???sekali ingat, baru nak selawat…itu pn kadang-kadang….yang paling teruk, bila sambutan maulidur rasul baru nak berselawat….mintak dijauhkan daripada semua tu…harap-harap kita termasuk dalam golongan hamba Nya yang sentiasa mengingati Allah dan berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w…

Cara menambah kecintaan kepada Rasulullah:

-          1)Sentiasa berselawat kepadanya
-         2)  Baca sirah nabi dari kulit ke kulit..xkenal maka xcinta
-         3)  Sentiasa berdoa semoga dipenuhkan dengan kecintaan kepada Rasulullah

Teringat lagu masa kanak-kanak dulu selalu nyanyi:

“Anak nabi kita ada 7 orang, 3 lelaki 4 perempuan….Kassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum”….

Betapa besarnya penangan lagu ni….sampai sekarang masih ingat dan Alhamdulillah sebab lagu ini aku ingat lagi senarai nama anak-anak Rasulullah…

(Baru lepas tengok cerita LAU KANA BAINANA, orang gi interview orang-orang arab tapi ada yang sebut xtau siapa anak-anak nabi….so,jadilah manusia yang berilmu dan jangan jadikan diri anda sebagai seorang yang jahil…wallahu a’lam)

Friday, December 9, 2011

Bila Rindu Menguasai diri...mak abah.....

Semalam tersentuh hati baca warkah "untuk ibu" kt hset hubby...tersentuh sgt rasa hati bila tgk video tu...smpai kena tegur dengan my hubby sbb mata bengkak..hehehe...

Betul kan apa yang orang slalu kata...bila ada dpn mata,kita xkisah pn...tp bila benda or orang tu dh xde baru la kita sibuk2 nk rindu or tangiskan...so, aku xnk jd mcm tu...as long as aku still ada parents (skrg dh jd 2 sebab cmpur mertua), insyaALLAH aku akan berbakti sebaik mungkin utk diorg yang aku sayang sgt2 ni...walaupun hanya mertua, itu tetap dikira mak ayah yang wajib kita hormat macam kita hormatkan mak dan ayah kandung kita....

Sumber dari Mr Google

Teringat alahan teruk yang aku alami suatu hari dulu....masa tu asyik berulang ke toilet je penangan poisoning food...masa tu teringat yang mak alami masa ngandungkan aku dulu..trus aku tnya mak.."macam ni punya teruk ke alahan yg mak rasa masa ngandungkn angah dulu?"..mak senyum jer smbil angguk..alahai....smpai mcm tu skali yek....mak tambah lagi..."lagi teruk masa tu sebab mak tengah smbung blaja n abah pn jauh"...besarnya pengorbanan mak masa tu kan...terasa berdosa diri ni sbb kadang-kadang xnk ikut cakap mak....

Patut la "Syurga di bawah tapak kaki ibu"...itu baru bab mengandungkan kita...lum campur masa kita dh dilahirkan...masa kita sakit pening masa kecik2 dulu....bila nak jadi mak ni barulah aku rasa apa yang mak pernah tanggung dulu...harap2 anak yang bakal dilahirkan ni jd anak yang soleh solehah dan sentiasa dengar kata mak dan ayah dia...aminnn...

~ Nota Kaki ~ Jadilah anak yang baik dan berbakti pada kedua ibu bapa sementara diorg masih ada ni...nnti menyesal xsudah...

Thursday, December 8, 2011

Lidah....sendiri kena jaga...

Kata kata umpama pedang,
tersilap tikaman,
mungkin tidak akan memancutkan darah di badan,
tapi memusnahkan jiwa seseorang.
berkatalah menggunakan minda,
bukan mengguna nafsu semata.

             Kata-kata kat atas ni adalah copy paste dr sumber facebook..betul apa yg ditulis tu...Dalam Islam sendiri mmg dh diberikan penekanan supaya sentiasa berkata-kata yg elok serta memuliakan orang lain..dlm erti kata yg lain,bukan main sedap mulut jer nk cakap...kadang-kadang tu mmg kita (termasuk la aku sendiri) akan berasa bengang or marah bila ada yang memperkatakan sesuatu tentang kita or mempertikaikn kemampuan kita...mmg aku akui kadang-kadang kita akan tersilap langkah,terus berkata-kata hingga menyakitkan org tu plk...tapi kan lagi elok kalau kita just diam dan x membantah...xper la...Diam bukan bererti kalah tp dr berdebat 'lidah' dengan orang yg sebegitu bukan ker jelas menampakkan kebodohan kita sendiri...ohhh..tidak....xde org yg sanggup nk gelarkan diri dia bodoh...so, pikir2 kanlah sebelum berkata2 tu...seperti yang tersebut dalam hadith :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
[رواه البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya seorang hamba apabila berbicara dengan satu kalimat yang tidak benar (baik atau buruk), hal itu menggelincirkan dia ke dalam neraka yang lebih jauh antara timur dan barat.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 6091 dan Muslim no. 6988 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Wallahua'lam...

~Nota Kaki~ Berfikir sebelum berkata2 dan bertindak..kelak diri sendiri yang binasa....(cuba menjadi yang terbaik,insyaAllah)