Tuesday, September 25, 2012

Nak sangat,kan dah kena..hehe...


Tertarik aku dengan kisah yang dibawa oleh akak ustazah tadi..

Seorang makcik bertanya soalan kepada ustazah tersebut…lebih kurang macam ni la soalannya..
“Bolehkah bersalam-salaman dengan sepupu lelaki dan abang ipar serta mencium pipi?”

Jawapan si ustazah ni, “tak boleh..sama hukum dengan lelaki ajnabi yang lain..”

Mendengar je jawapan ustazah ni, makcik tersebut seperti tidak berpuas hati lalu dia pun berkata… “Takkan tak boleh kot ustazah…saya dah lama buat (bersalam dengan sepupu lelaki) dari dulu lagi..tiap kali nak balik mesti bersalam-salaman dan cium pipi dulu…”

Ustazah ni dengan nada berhikmah menjawab lagi, “sememangnya tak boleh..apa yang jadi amalan tu seeloknya tidak diulangi…buat dan amalkan perkara yang betul sahaja..”

Si makcik berkata,”tapi,nanti apa kata diorang kalau saya tak salam dan cium pipi macam selalu dah…mesti diorang kecik ati dengan saya nanti.”

Jawapan keras daripada akak ustazah ni,”manusia kecik ati awak nak jaga, tapi kalau Allah yang kecik ati macammana..lebih baik la kita jaga batasannya..kalau kita nak jaga jugak hati dan perasaan orang lain daripada kecik ati dengan kita,so sama-samalah kita jumpa dia di neraka nanti…wallahua’lam..” 

terpana terus si makcik tadi…tak berani dah nak kata apa-apa..hehe…tu la dia…ada je jawapan kalau nak mengelak daripada apa yang digariskan dalam Islam..Undang-undang Islam yang Allah dah bagi ni bukan saja-saja tau…semuanya ada hikmah di sebalik nya dan untuk menjaga kemaslahatan manusia kat muka bumi ni…sama-sama kita renungkan…


Nota kaki: Kita selalu memikirkan persepsi orang tanpa memikirkan persepsi Sang Pencipta…sibuk nak jaga pandangan orang pada kita dengan mengabaikan padangan Allah…sama-samalah berubah ke arah yang lebih baik…(saya bukan baik sangat, tapi sedang berusaha ke arah kebaikan, insyaAllah)

8 comments:

Kesuma Angsana said...

gd one tq share yek

~aYu~ said...

hmm... betul tu.. tq for share..

LydSunshine said...

Itu la. Alasan yg org beri selalu mcm tu. Takut org kecik hati. Apa la sngt org tu nak kecik hati kalo setakat tak bersalam.

Hilmirda Daud said...

Kalau dah jadi amalan susah sikit nak di tinggalkan.

izzah said...

Ssh sikit org melayu ni...adat n kebiasaan yg diorg agung2 kn...hukum islam smua tolak ke tepi...ada plk gitu..iskh2.....

nita said...

saya juga bukan baik sangat tapi sedang berusaha ke arah kebaikan...InsyaAllah

thanks for sharing ^_^

izzah said...

u r most welcome =)

Nora Karim said...

kalau kita betul nak berubah, kita akan cuba cari jalan untuk ke arahnya... Moga Allah permudahkan kita untuk menuju ke jalan kebaikan...