Tertarik aku dengan kisah yang dibawa oleh akak ustazah
tadi..
Seorang makcik bertanya soalan kepada ustazah tersebut…lebih
kurang macam ni la soalannya..
“Bolehkah bersalam-salaman dengan sepupu lelaki dan abang
ipar serta mencium pipi?”
Jawapan si ustazah ni, “tak boleh..sama hukum dengan lelaki
ajnabi yang lain..”
Mendengar je jawapan ustazah ni, makcik tersebut seperti
tidak berpuas hati lalu dia pun berkata… “Takkan tak boleh kot ustazah…saya dah
lama buat (bersalam dengan sepupu lelaki) dari dulu lagi..tiap kali nak balik
mesti bersalam-salaman dan cium pipi dulu…”
Ustazah ni dengan nada berhikmah menjawab lagi, “sememangnya
tak boleh..apa yang jadi amalan tu seeloknya tidak diulangi…buat dan amalkan
perkara yang betul sahaja..”
Si makcik berkata,”tapi,nanti apa kata diorang kalau saya
tak salam dan cium pipi macam selalu dah…mesti diorang kecik ati dengan saya
nanti.”
Jawapan keras daripada akak ustazah ni,”manusia kecik ati
awak nak jaga, tapi kalau Allah yang kecik ati macammana..lebih baik la kita
jaga batasannya..kalau kita nak jaga jugak hati dan perasaan orang lain
daripada kecik ati dengan kita,so sama-samalah kita jumpa dia di neraka
nanti…wallahua’lam..”
terpana terus si makcik tadi…tak berani dah nak kata
apa-apa..hehe…tu la dia…ada je jawapan kalau nak mengelak daripada apa yang
digariskan dalam Islam..Undang-undang Islam yang Allah dah bagi ni bukan
saja-saja tau…semuanya ada hikmah di sebalik nya dan untuk menjaga kemaslahatan
manusia kat muka bumi ni…sama-sama kita renungkan…
Nota kaki: Kita selalu memikirkan persepsi orang tanpa
memikirkan persepsi Sang Pencipta…sibuk nak jaga pandangan orang pada kita
dengan mengabaikan padangan Allah…sama-samalah berubah ke arah yang lebih
baik…(saya bukan baik sangat, tapi sedang berusaha ke arah kebaikan,
insyaAllah)
8 comments:
gd one tq share yek
hmm... betul tu.. tq for share..
Itu la. Alasan yg org beri selalu mcm tu. Takut org kecik hati. Apa la sngt org tu nak kecik hati kalo setakat tak bersalam.
Kalau dah jadi amalan susah sikit nak di tinggalkan.
Ssh sikit org melayu ni...adat n kebiasaan yg diorg agung2 kn...hukum islam smua tolak ke tepi...ada plk gitu..iskh2.....
saya juga bukan baik sangat tapi sedang berusaha ke arah kebaikan...InsyaAllah
thanks for sharing ^_^
u r most welcome =)
kalau kita betul nak berubah, kita akan cuba cari jalan untuk ke arahnya... Moga Allah permudahkan kita untuk menuju ke jalan kebaikan...
Post a Comment