Wednesday, March 30, 2016

Don't fail to plan

Salam alaik..

Alhamdulillah..permulaan yang baik untuk hari ni...hari ni pun dah memasuki hari rabu dan dah masuk pertengahan minggu...Kita pun dah nak melangkah ke bulan April dan bakal meninggalkan Mac untuk beberapa hari ni...SO, seikhlasnya, berapa banyak plan anda yang dah anda selesaikan untuk tahun 2016 ni?

Sekadar pertanyaan, dan aku yakin dan sungguh2 yakin yang ada antara kita yang sememangnya tak pernah ada plan dalam hidup..Ingat yek..Hidup yang di 'plan' akan lebih tersusun dan terancang...Bagi yang belum ada plan, baik lakarkan plan anda mulai harini..Ingat yek, plan anda tu mestilah bukan setakat 1tahun, tapi biarlah sehingga 10 hingga 20 tahun akan datang...dan yang lebih baik dan TERBAIK, rancang sekali 'plan' anda sehingga sampai akhirat..Kenapa aku kata gitu? Sebabnya, manusia ni kadang-kadang merancang untuk duniawi je dan lupa hidup selepas mati.. Ingatan untuk diri aku dan untuk yang lain, jom kita rancang sekali untuk hidup kita di akhirat nanti...

Kalau kita ambil contoh Sultan Muhammad Al-Fateh (pembuka / sang Penakluk) yang membuka kota Kostantinopel dulu, bukan setakat beliau je yang merancang, tetapi perancangan tu sebenarnya dah dimulai dengan ayahanda beliau sendiri iaitu Sultan Murad sejak Sultan Muhammad Al Fateh masih kecil lagi..Hebat sungguh kan perancangan bagi orang-orang yang hebat ni..Kita ni, bukan takat takde planning untuk anak-anak, bahkan untuk diri sendiri pun tercicir entah ke mana..Wake up guys..come up...make sure you set for your plan and make sure it can be achieved some day...Jangankan kerana diri kita yang gagal merancang, kita biarkan orang lain yang tolong planning untuk diri kita..takmo..takmo...takmo gitu yek..Ingat seperkara..Tiada sesiapa pun yang tahu kehendak diri kita melainkan kita sendiri..Jika sekadar membiarkan orang lain yang merancang bagi pihak kita, kita sememangnya merancang untuk gagal...2 kali gagal dah tu, yang pertama gagal untuk planing, dan ke 2 planning untuk gagal...

Akhirul kalam Jom ubah minda, setting semula, planning semula supaya kita boleh menjadi hamba Allah yang bukan takat berjaya di dunia, tapi jugak kat akhirat sana..wallahua'lam..

p/s: Anak sedara pun ayah aku duk panggil Umar al-Fateh..walaupun nama sebenar dia xde al-fateh tu...

Thursday, March 24, 2016

Bila suami rajin

Tajuk tak teragak..hehe..

Alhamdulillah...syukur pada Allah jika dikurniakan suami yang ringan tulang tolong isteri buat kerja-kerja rumah...Pada suami yang tak berapa nak rajin tolong tu, try buat perkara di bawah ni..in sha Allah, si dia nanti mesti akan sedia nak tolong isteri..Tak payah suruh pun nanti dia akan tolong..Tak percaya, cuba lah..

1. Puji suami..siapa yang tak suka dipuji kan..suami bila kita puji, dia pun suka...lagi bertambah happy dan paling penting rumah tangga pun akan harmoni...Bila suami gembira, mesti dia kan ringan tulang nak tolong kita..

2. Bagitau kehendak kita...bagitau pada suami yang kita nak dia bantu kita seadanya..tolong buat kerja-kerja rumah yang simple atau uruskan anak misalnya..suami kadang-kadang tak tahu dan tak reti macammana cara nak bantu kita..bagi dia, isteri dia boleh buat semua perkara dan tak perlukan bantuan dia...so, kena pada cara kena cakap pada suami dan in sha Allah lepas tu, kerja kita akan jadi lebih ringan dan mudah...

3. Tunjuk cara..Macamman tu?senang je..katalah nak mintak tolong suami kemaskan bilik..tunjukkan pada dia cara-cara untuk kemas tu..bantal letak kat mana...cadar plk macammana,...mula-mula suami mesti kekok tapi lambat laun dia sndiri akan terbiasa..

4. Doa....puji dah..cakap dah..tunjuk dah,...last skali mestilah doa..doakanlah supaya kerajinan suami berterusan dan kalau yang kurang rajin, doakan supaya lebih rajin di masa akan datang..

Tu je untuk kali ni...adios...

Kanggaru 2 ekor yang tersusun kemas...Bagus en Suami...memang sayang plus-plus sungguh2 ni..=)

Tuesday, March 15, 2016

Allah Maha Tahu

Salam Alaik..

Permulaan hari yang ceria, yang penuh barakah dan cerah...Alhamdulillah...Pagi-pagi ni rasa penuh semangat untuk memulakan tugas yang belum terlaksana lagi..Harini nak share something dalam radio IKIM pagi ni yang disampaikan oleh Imam Muda Asyraf..


Allah bagi apa yang kita perlu dan bukan beri apa yang kita mahu..

Sememangnya betul..katakan kita berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah perkenankan doa kita untuk mendapatakn kereta, walhal kita sebenarnya lebih memerlukan rumah daripada segalanya..maka Allah tidak memperkenankan doa kita dan memberi rumah kerana kita lebih memerlukannya..Kalau itu yang berlaku, maka kita kena lebih muhasabah diri kita kerana kita manusia yang dhaif dan sememangnya tidak tahu perkara yang Allah tahu dan selindungkan buat kita...Selain dari itu, mintalah dari Allah dengan bersungguh-sunguh umpama bayi kecil yang merengek mahukan susu..Mintalah dari Allah se'humble' yang boleh dan menangislah untuk itu...In sha Allah, doa kita akan dimakbulkan samada di dunia mahupun di akhirat..

Kalau dilihat dalam kisah aku sendiri, aku dan suami merancang untuk mengerjakan umrah pada tahun 2014..Masa tu Husna baru lahir..Semangat untuk pergi sana memang berkobar2..Suami pun sama sebab masa tu adalah kali pertama bagi dia..Dipendekkan cerita, masa tu heboh dengan virus Mers CoV yang menyebabkan kematian yang banyak..Pada masa tu, kanak-kanak, orang tua dan yang berpenyakit adalah antara orang yang berpotensi kena virus tu..Aku dan suami masa tu merancang untuk pergi Umrah bersama Hannan dan adik ipar.. 3 hari sebelum pergi, aku dikhabarkan yang visa untuk kami tidak diluluskan...Rasa kecewa, sedih memang bercampur baur..Perasaan teruja nak ke Tanah suci tu dah terbang entah ke mana...Tak dapat nk digambarkan dengan kata-kata..dengan duit yang dah dibayar, dengan beg yang dah siap berkemas..Belum campur lagi dengan perkhabaran kepada saudara mara dan sahabat2..Tapi dah bukan rezki kami agaknya dan ada hikmah di sebalik kejadian ni...Hujung minggu tu, aku ajak suami ke Cameron Highland dan Pulau Pinang kemudian terus ke Kuala Lumpur untuk urusan refund duit yang dah dibayar..Balik tu, aku muhasabah diri semula dan bagi aku, Allah tak pilih aku dan suami untuk menjadi tetamu Dia pada tahun itu...Sesungguhnya hikmah yang terbesar aku dapat pada tahun berikutnya..Alhamdulillah pada tahun ni 2016, rezeki suami untuk ke tanah suci Mekah...In sha Allah, kalau diberikan rezeki dan kesempatan, aku doa moga2 ada rezeki aku dapat mengerjakan umrah bersam-sama dengan suami tercinta pada masa akan datang...aminn..

p/s: harini masuk hari ke 5 En suami di Tanah suci...

Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami sekeluarga...aminn...

Monday, March 14, 2016

Langkawi, Malaysia

Throwback Langkawi Januari 2016..

Masa ni lepas pantang adik Hasif..Time for travel...

Kat kawasan atas kereta kabel..ni muka kakak Hannan yang tengah merajuk sebab penat..

Ikan duyung dengan anak duyung..kikiki

Van pinjam aka sewa sepanjang berada di Langkawi..

Semestinya kena ada potret family ke Langkawi..

Adventurous time..hahaha..si kecik Hasif pun naik boat..


Happy together-gether..Husna berpaling masa ni...

Kakak Hannan dan Kakak Husna dengan patung helang...

Muzium 3D..Adik Hasif diperkotak katikkan...Sian dia..Pasrah je tengok muka..hihi..

Pegang kuat bie..Jangan lepaskan tali tu..

Hello Kak Husna..hello..hello...

Nampak kepala botak je adik Hasif ni..hehe..


Antara pulau yang cantik di Langkawi..Tak ingat nama pulau dia..

Yang pasti, travel pertama untuk tahun 2016, adalah travel yang best sebab planning ke Langkawi ni dah lama, baru ni terlaksana..coklat semua xsempat nk snap pic...abis masuk ke dalam perut dlu dah...hehe..Papepun, next destination harap2 akan memberikan nostalgia yang lebih indah...chewah..Aku paling happy kalau dapat travel2 ni..biarpun berulang daru Kuantan ke KL then balik semula ke Kuantan....hahaha..ni tahap kaki asyik nak jalan n tak leh duk diam...

Jangan abai anak pada Taska

Salam alaik..

Mood untuk update blog terlalu membuak-buak sekarang ni...tak tahu angin datang dari mana, entah kuasa apa yang aku dapat sehingga terasa macam nak update blog je..hahaha...(teruk sungguh aihhh)

Harini saja nak bukak sedikit minda para ibu bapa tentang taska dan peranan diorang...

Pagi ni aku ditanya oleh seorang sahabat, 
"Sebelum Hannan dan Husna pergi taska, diorang mandi ke? Bukan ke tak payah mandikan,just bawak baju diorang dan Taska yang akan mandikan anak-anak kita?Tak gitu ke?"tanya beliau tanpa rasa bersalah...

Bagi aku yang dah beranak tiga ni, takde masalah bagi ibu bapa yang nak or tak nak mandikan anak-anak...Cuma, masing-masing boleh bayangkan, pagi-pagi si anak kecik ni akan diangkut masuk ke kereta (kes tak mandikan anak) dalam keadaan si anak ni masih tido..Sampai je taska, anak tadi diangkat masuk dan menyambung tido di taska,...waktu sekian-sekian dikejut untuk mandi dan makan..So, apa tanggungjawab kita sebagai mak bapak...Peranan or tanggungjawab tu satu, tapi ada lagi perkara penting yang kita tak perasan...Waktu mandi ni lah waktu kita nak bermesra dengan anak..nampak simple..kadang-kadang kita tergesa-gesa mandikan anak sebab kita pun lambat nak masuk office...tapi dalam sehari tu, waktu tu lah waktu 'emas' kita bersama dengan anak..siap mandi, kita pakaikan baju, kemudian sikatkan dan pakaikan bedak...Cuba renungkan bila anak kita ni nanti dah besar bersekolah, mesti takde lagi dah masa kita untuk siapkan mereka ke sekolah...

Moral of the story, jangan letakkan tanggungjawab yang sepatutnya anda (mak bapak) tanggung kepada cikgu-cikgu..Jangan esok-esok, anak akan lebih menyayangi cikgu daripada mak ayah dia sendiri..Ubah sebelum terlambat...Anak-anak perlukan ibubapa lebih daripada segalanya...Ingatan jugak untuk aku dan suami...wallaua'lam...

Get ready to school....Muka masing-masing sembap lagi ni.. =)

Acheh, Indonesia

Salam all..

Baru nak update cerita yang agak nak basi..hehe... Yelah kan..cerita pergi Acheh masa bulan 8 2015, tapi tahun 2016 baru nak update..

Update sekadar sebagai ingatan pernah pergi sana dan kenangan dalam hidup... Kami anak beranak pergi ramai-ramai.. Dengan abg ipar aku, adik ipar, mertua dan nenek suami..kira ramai la yang join rombongan ni aritu..Perancangan haritu, En suami dengan Hannan je yang nak join ke sana memandangkan aku tengah mengandungkan Hasif masa tu...Lepas timbang balik terasa macam ditinggalkan pulak oleh En suami..Aku decide nak join sekali...Last minit masa tu dan semua mesti dah leh bayangkan harga tiket bila last minit booking ni kan..hehe..Tapi, masa tu aku tak ambik kisah sebab En Suami yang tolong bayarkan harga tiket..kuikui (gelak jahat)..

Masa terbang aritu, aku macam was-was sebab ikut kiraan tarikh nak pergi tu, aku genap 30 minggu..So, bermula lah sesi google menggoogle pasal kehamilan dan penerbangan ni.. Terjumpalah kt website AirAsia NI..Seorang ibu hamil boleh manaiki kapal terbang setelah mendapatkan nasihat dari doktor dan terbukti dia sihat...Masa ni AirAsia tetapkan syarat kandungan mesti tidak lebih dari 35 minggu..aku pun kira horray la sebab aku baru 30 minggu..hehe..tapi aku memang dah stand by dengan surat doktor yang mengatakan aku sihat dan boleh menaiki kapal terbang..aku ambik surat daripada doktor swasta dan doktor kerajaan..saja standby..hehe..kat airport pulak, tak perlu risau sebab kita kena kemukakan surat doktor tu je dan kena sign borang ibu hamil di kaunter AirAsia..Oh ye,ibu hamil tak leh web check in or mobile check in yek...kena check in di kaunter sebab nak sign dan serahkan surat doktor tu...(panjang pulak penerangan)

Pengalaman masa trips ke Acheh ni memang sangat-sangat menginsafkan...Kita boleh tengok tinggalan tsunami dan kebesaran Allah...Yang pasti, aku rasa damai dan tenang masa melawat ke sana..moh la layan pic..Citer lama, otak pun tak berapa nak ingat segala details masa kat sana aritu...hahaha..leh pulak gitu kan..

Mak buyung baru keluar dari perut pesawat...

 Subhanallah..seberat-berat kubah masjid ni sampai tersadai kat tengah bendang...Kubah ni memang tak dialihkan sejak tersadai dan dianggarkan seberat 5tan...cuba tengok keliling dia bukit bukau..Kuasa Allah memang Maha Besar..

En suami dalam masjid Habiburrahman..Masjid ni antara masjid yang terjejas sedikit semasa tsunami dlu..oh ye...kalau tengok kat belakang tu ada ramai orang kan...masa kitorang sampai ni, ada pasangan pengantin baru yang bernikah dalam masjid ni..sempat la kitorang dengar khutbah nikah dan tengok acara akad nikah..pic pengantin tak sempat nak snap sebab pengantin dah lari ambik pin outdoor..

helikopter polis yang terjejas akibat tsunami..

Kapal nelayan yang tersangkut atas rumah orang kampung..

Kat sini kerajaan Acheh dan bina laluan khas untuk naik ke boat yang tersadai..Mak buyung tak larat nak mendaki masa ni..hehe...

Kapal jentera elektrik..Pun sama teralih dari laut lebih kurang 5km..memang tak mampu nak di bawak semula ke laut..Kalau nak tau, mengikut kata jurucakap aritu, kat bawah kapal ni, ada lebih kurang 4-5 bijik rumah...Jangan tak caya..aku panjat sampai atas kapal ni tau..tahap kepanasan masa kat atas kapal ni memang tak mampu nak diungkap..

Tut tut rasanya nama dia..hehe..xingat dah..masa ni kitorang saje buat lawatan ke rumah anak-anak yatim di Acheh..

The only mosque yang terselamat masa tsunami aritu..kalau tengok pic Acheh selepas tsunami ada sebijik masjid yang tersergam tu, ha, nilah masjid tu...luaran dia still ok..tapi kalau masuk kat dalam dia, memang ada sisa2 kesan tsunami dlu..(ni mak buyung tengah duk melayan 2 puteri yang bermacam hal)

Dalam masjid yang terjejas..

Photo family di Masjid Habiburrahman, ACheh..







Trip Kundasang, Sabah

Saje nak throwback family trip belah aku ke Kundasang, Sabah..

Alkisahnya, aku ni mengidam sangat nak ambik gambar kat tempat lembu tenusu di Kundasang, Sabah...Hajat hati aku masa tu, aku sampaikan kepada En suami..Masa tu, konon-konon kitorang je nak ke sana..Kebetulan pulak pada masa tu, AirAsia ada buat promosi..Aku terus khabarkan ke mak ayah aku pasal tiket murah tu.. Dan yang paling bestnya, mak bermurah hati nak sponsor tiket semua orang ke sana..memang rasa nak berhoooray la kalau mak dah setuju macam tu..

So, aku la orang yang bertanggungjawab tempah tiket ke sana.. Pukul2 pagi aku bangun untuk tempah masa tu.. Dalam hati bajet settle dalam setengah jam.. Tapi, dekat kul5 pagi baru aku settle..hahaha...Esoknya pergi keje memang ting tong...

Masa ke Sabah masa tu, aku tengah preggykan Hasif dalam 12 minggu.. Kalau ikut risiko, ada jgk perempuan preggy yang tak tahan pada tekanan kapal terbang..Aku? Alhamdulillah sepanjang penerbangan memang takde masalah, terasa senak kat perut pun takde...

Sampai kat sana, kitorang sewa exora sebijik..cukup untuk orang dewasa 7 orang dan 3 kanak-kanak..Kitorang sampai-sampai je terus cari makan dekat tepi sungai...cantik sangat tengok pemandangan laut yang membiru..
Husna yang kiut miut lagi time ni..Pic dalam exora je ada..

Pic Ramai-ramai lepas mengisi perut yang berdondang sayang...adik tolong ambik pic..Sian adik xde dlm pic ni...

Lepas makan, kitorang terus menuju ke rumah terbalik..Niat di hati nak singgah Jambatan Tamparuli (Jambatan gantung yang panjang dan on da way ke Kundasang), tapi tak sempat pun singgah memandangkan hari dah makin nak gelap..bayaran masuk ke Rumah Terbalik tu RM10 untuk setiap orang..Bagi aku agak tidak berbaloi sebab mahal dan rumahnya ada satu je..dah tu tak leh ambik pic dalam rumah..huhu..Tengah jalan ke Kundasang (lebih kurang 40 minit perjalanan), sempat la kitorang singgah ambik angin dan makan durian..huhu..teringat-ingat lagi durian yang gebu dengan isi yang tebal tu...


Melayan 3 orang budak kecik yang happy berlari larian kat rumah terbalik ni..Kalau nak tau, hanya dibenarkan ambil pic kat luar rumah je..dalamrumah, kamera memang strictly prohibited...tak dibenarkan langsung..huhu

Singgah tepi jalan makan durian..hahaha...sempat lagi tu..

Sampai je kat homestay yang kitoang booking, memang semua dah zzzz..maklumla..jauh nooo perjalanannya..hikhik...Oh ye...kitorang stay dekat Homestay Izz, facebook izzhomestay ..Best dan ok jugak sebab tenang dan dekat je nak naik gi tempat lembu tu..kedai makan pun dekat2 area situ je....dan paling best, dia dekat sangat dengan gerai buah-buah dan sayur sayuran segar...fresh macam kat Cameron dan Bukit Tinggi, Indonesia tu..

Esoknya bermula pengembaraan ke tempat ikan mula-mula...pastu baru kitorang ke tempat lembu yang aku nak gi sangat tu...moh layan gambar lembu kat bawah ni..serius meamng canti, damai dan tenang sangat...aku memang tak puas duk sanap-sanap je pic masa kt sini tau...macam-macam aksi duk posing masa ni...hehe..

Massage kaki...jangan tak massage...

Lembu macam ala-ala New Zealand ni..

Kak Hannan kat kedai jual tenusu murah...Susu fresh dari ladang dengan harga murah pulak tu...

Trip kali ni memang agak singkat..En suami pun masa ni pergi sehari je full..Dia naik flight awal daripada kitorang yang lain sebab dia terpaksa menghadiri kursus dia..memang tak boleh nak skip-skip masa ni..terpaksa la aku meneruskan pengembaraan bersama dua puteri sehari tanpa suami...

Masa ni on da way nak hantar En Suami ke airport..

Kakak dengan mak yang tengah ralit dan kusyuk pilih mutiara nak bagi hadiah pada orang..aku memang tak berapa nak minat...tengok je la dari jauh...

Ni Pic last day di Sabah..Dah nak terbang balik ke Semenanjung..Hingga ketemu lagi Sabah di bawah Bayu...

Friday, March 11, 2016

Semoga dapat umrah yang mabrur..

Salam alaik...

Harini 11 mac 2016.. Pukul 3.10 pagi tadi Alhamdulillah en hubby dan abah selamat sampai ke Mekah Al-Mukarramah... Pada Hannan dan Husna pun banyak kali aku duk bagitau yang abi dia gi Mekah dan buat umrah..Setakat arini, takde lagi diorang duk cari-cari atau sebut nangis nak abi, alhamdulillah.. Maybe sebab aku duk sebut banyak kali agaknya...Harap-harap diorang behave la semasa ketiadaan abi diorang ni... Kalau tak, maunya haru aku nak melayan dua puteri dan seorang putera ni,,,

Gambar sebagai bukti pada Hannan dan Husna..Kalau xde gambar ni, payah nak buktikan pada si puteri 2 orang tu..

Ready ke sekolah hari Jumaat...
\
p/s:Dah sampai sekolah arini, Hannan dan Husna taknak turun kereta..nak kuih katanya..terpaksa la pusing semula cari kedai kuih..huhu...ada-ada je anak2 ni...

Thursday, March 10, 2016

Tips nak dapat anak lelaki?

Pertama sekali aku nak cakap, anak tu adalah anugerah Allah yang paling tinggi nilai dia...Bukan semua orang dapat nikmat ni..ada orang diuji dengan takde anak, tapi harta melimpah ruah...ada orang yang diuji dengan anak ramai, tapi harta cukup makan...ada jugak yang anak ramai dan rezki duit pun melimpah ruah...Tiap orang lain ujian lain dugaan.. Jangan terlalu tengok pada orang sampai kita lupa apa yang kita dah ada...Ingat tu yek...

Ok..Panjang lebar dah bebel tadi...Nak masuk pada topik perbincangan...Macammana cara nak dapatkan anak lelaki...

Tips nya:
1) Letakkan Allah nombor 1...
    Sebelum kita usaha, sebelum kita rancang dan gigih nak jalankan segala mak nenek petua yang ada dalam simpanan nota kita, kita kena doa banyak-banyak supaya segala yang kita nak dan rancang tu adalah yang terbaik untuk kita...

2) Mintak suami kita perbanyakkan makan daging...hahaha..teringat bila en hubby kata, kalau makan daging banyak sangat risau kena gout plak nanti..hehe...jangan la sampai macam tu sekali...Makan tu kena beringat la...

3) Ginseng Cina...Petua ni aku dapat dari kawan keja...dia bagitau ginseng ni banyak jual kat kedai cina tradisional..sejauh mana tu wallahua'lam..aku tak pernah cuba lagi..cuma satu yang dia bagi amaran, kalau dah minum ginseng ni nnti bila preggy akan preggy anak laki je...susah nak dapat anak pempuan...xtau la tu..kot2 sapa yang tau leh la bagitau aku yek...

4) Bersama waktu subur isteri...Pandai2 la rancang yek dan bila lepas bersama tu kalau boleh si isteri baring mengiring sebelah kanan..

Banyak lagi tips yang lain..ada yang aku pernah dengar dan paling kelakar setakat ni, "Honeymoon tempat tinggi dapat anak laki, Honeymoon kat pantai dapat anak pempuan"...

Tu je setakat ni..kot2 ada yang nak tambah, dialu-alukan dan kot apa yang aku taip kat atas ni salah ke, so tolong perbetulkan...aku manusia biasa..tak lari dari buat silap...wallahua'lam...

taska

"Bangun pagi...Gokok gigi...
Cuci uka,..Erus mandi...
Akai aju..,Inum ucu...
Egi olah...enang ati..yeayy.."
(lagu nyanyian Kakak Husna)

Ceria kan bila anak-anak kita nyanyi...bagi aku banyak dah 'improvement' kakak Husna lepas pergi sekolah ni... Banyak dah perkataan yang dia boleh sebut walaupun kadang-kadang tak berapa nak jelas dan 'berbutir'... Cuma satu je lagi yang sampai sekarang susah nak ubah, Husna tak berapa nak berani dan kurang yakin...Contohnya haritu aku tinggalkan Husna dengan Hannan kat tempat main yang berbayar tu..ala, mainan bola2 belon tu semua.. Aku lari lepas tu dan pantau dari jauh.. Lepas je aku hilang dari pandangan, automatik Husna menangis dan duk panggil2 aku..alahai anak....Dari satu sudut, bagus jugak macam tu sebab dia takkan berani bila dengan oarang yang tak dikenali, tapi dari sudut yang lain tak berapa ok la sebab akan jadikan dia kurang yakin dengan diri sendiri dan tak berani...Harap2 nya lepas ni dia akan lebih yakin la...Yakin boleh untuk Husna sayang..

Hannan pulak, makin hari makin seronok pergi sekolah.. Kadang-kadang bawak balik kerja rumah... Macam kelakar je bila budak umur 4tahun dah ada kerja rumah.. Bila hari yang cikgu dia bekalkan kerja tu, sebelum bukak pintu rumah lagi dia akan pegang buku dia sekali dengan warna pensil...Semangat sungguh tengok...Ada satu hari tu, cikgu dia bekalkan kerja 'cut and paste'...ada la 2 muka surat yang bercop 'kerja rumah'... aku bimbing dia buat dari a sampai z..lepas siap tu, aku simpan semua buku dan gam dia dalam beg dan aku masuk dalam bilik sebab nak tidurkan Hasif..Sejam lepas tu, aku keluar bilik, tengok buku sekolah Hannan ada depan tv dan paling bestnya, semua helai buku tu siap belaka...hahaha...marah jugak mulanya sebab dia tak paham arahan..tapi bila tengok 'keterujaan' dia nak buat kerja tu, terus rasa lucu pulak...takpelah..janji Hannan membesar dengan bijak yek sayang...

Kakak Hannan

Kakak Husna

Si kecik dan montel Hasif pulak duduk taska yang berlainan dengan kakak-kakak dia...bagi aku, even taska yang aku hantar anak-anak ni jauh dari rumah tapi service dia tiptop dan aku puas hati..sanggup ulang alik lagi daripada hantar ke taska yang dekat dengan rumah...Mak-mak mesti paham kan apa yang aku maksudkan...kalau xpaham,kiv je la...hehe...