Monday, March 14, 2016

Jangan abai anak pada Taska

Salam alaik..

Mood untuk update blog terlalu membuak-buak sekarang ni...tak tahu angin datang dari mana, entah kuasa apa yang aku dapat sehingga terasa macam nak update blog je..hahaha...(teruk sungguh aihhh)

Harini saja nak bukak sedikit minda para ibu bapa tentang taska dan peranan diorang...

Pagi ni aku ditanya oleh seorang sahabat, 
"Sebelum Hannan dan Husna pergi taska, diorang mandi ke? Bukan ke tak payah mandikan,just bawak baju diorang dan Taska yang akan mandikan anak-anak kita?Tak gitu ke?"tanya beliau tanpa rasa bersalah...

Bagi aku yang dah beranak tiga ni, takde masalah bagi ibu bapa yang nak or tak nak mandikan anak-anak...Cuma, masing-masing boleh bayangkan, pagi-pagi si anak kecik ni akan diangkut masuk ke kereta (kes tak mandikan anak) dalam keadaan si anak ni masih tido..Sampai je taska, anak tadi diangkat masuk dan menyambung tido di taska,...waktu sekian-sekian dikejut untuk mandi dan makan..So, apa tanggungjawab kita sebagai mak bapak...Peranan or tanggungjawab tu satu, tapi ada lagi perkara penting yang kita tak perasan...Waktu mandi ni lah waktu kita nak bermesra dengan anak..nampak simple..kadang-kadang kita tergesa-gesa mandikan anak sebab kita pun lambat nak masuk office...tapi dalam sehari tu, waktu tu lah waktu 'emas' kita bersama dengan anak..siap mandi, kita pakaikan baju, kemudian sikatkan dan pakaikan bedak...Cuba renungkan bila anak kita ni nanti dah besar bersekolah, mesti takde lagi dah masa kita untuk siapkan mereka ke sekolah...

Moral of the story, jangan letakkan tanggungjawab yang sepatutnya anda (mak bapak) tanggung kepada cikgu-cikgu..Jangan esok-esok, anak akan lebih menyayangi cikgu daripada mak ayah dia sendiri..Ubah sebelum terlambat...Anak-anak perlukan ibubapa lebih daripada segalanya...Ingatan jugak untuk aku dan suami...wallaua'lam...

Get ready to school....Muka masing-masing sembap lagi ni.. =)

3 comments:

aizamia3 said...

Dari kecik akak dah biasakan anak2 mesti mandi sebelum keluar rumah. Selagi tak mandi, jangan kata nak keluar rumah, sarapan atau tengok tv pun tak boleh.

izzah said...

k aiza: bagusnya kak...mmg sy pn kna contohi akak jgk la ni..

aryan azra said...

Anak2 akk mmg mandi kalau nak ke taska,kadang2 je taknak mandi, itupun sebab mereka yg xnak mandi, skrg dah sekolah memang mandilah dulu