Showing posts with label Jiwang-jiwang. Show all posts
Showing posts with label Jiwang-jiwang. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Warkah Buat Suami

 (Pic diambil dr mr Google)

Ku coretkan nashkah indah ini buat mu suami:

Sesungguhnya petah bicara ini dari sang isteri…yang mengharap kasih nan suci abadi…
Olahan ini nukilan hati…Agar didengar buat pujangga hakiki…
Lantas biarlah smuanya tersemat rapi…Dalam kasih ikatan menuju ilahi..
Anugerah cinta ini hanyalah picisan, agar kau dan aku sentiasa tunduk syukur pada Yang Maha Mengasihi…
Harapanku, agar kuntuman kasih sayang kita mekar menuju syurgawi….Kelak takkan menyesal meninggalkan duniawi…
Untukmu insan istimewa bergelar suami…Ku curahkan kasih sayang dan khidmat yang tidak terperi…
Dikau pujaan, pujangga yang melakar kata…Buat diriku sang isterimu yang sejati…
Dirimu pejuang, nakhoda dan imam dalam hidupku di dunia ini…Akan ku patuh segalanya sampai ke mati…
Insan kerdil ini menadah tangan…Pohon restu, agar ikatan kita sentiasa diredhai…
Nukilan hati dari sang isteri untuk ingatan buat sang suami…..

Friday, November 26, 2010

Untuk bakal teman hidup ku

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, May 18, 2010

TERIMA KASIH wahai KASIH

Terima kasih krn menjadi kepala utkku,
Memberi nasihat,
Menyampaikan azimat buatku,
Terima kasih krn menjadi telinga utkku,
Mendgr tiap luahan,
Mendgr tiap keluhan,
Terima kasih krn menjadi tangan utkku,
Menenangkan aku,
Melindungi aku,
Terima kasih kerana semua itu..
Doakn KASIH kita bertaut selamanya..AMINN..

Aku mahu Kamu...NHIAH n SMN