Friday, September 30, 2011

Lawak..Lawak...

          Suatu hari di sebuah kedai di sekitar Malaysia...seorg kanak-kanak lelaki dlm
lingkungan usia 5-6 thn bersama ayahnya sedang khusyuk memilih air utk dibeli...
peti yg penuh dgn air2 seperti heineken, carslberg,tiger dll tu dibuka oleh si ayah..
secara tiba2 kanak-kanak yg pintar ni bersuara dengan suara yang agak lantang,

"Ayah...Ayah...Dulu ayah minum air mabuk ni kan"...

Terkedu semua yang berada dalam kedai tersebut..Semua tersenyum dan memandang pada sang ayah...Dengan muka merah dan menahan malu, sang ayah ni pn cover...

"Mana ada laa.." Kata sang ayah

 ..Hik..Hik...


Moral Of The Story: Tunjukknlah contoh terbaik pada anak...

Thursday, September 29, 2011

Tips buat Isteri


Ni ada SikiT  tips utk jd isteri yang baik :

1  1)  Sentiasa berterima kasih pd suami – xkisah pd apa yg dia dah buat pd kita cthnya tlg belikan brg kt kedai,tlg jaga anak dll

2)     2)  Sentiasa mntak maaf pd suami – ni paling penting tau esp. sebelum nk tido tu kena mntak maaf dgn suami kot2 la kita ada wat slh pape yg leh buatkan dia sakit ati @ kecil ati

3  3)   Puji suami – bagilah pujian apa2 pd suami cthnya : awk ni rajin la..baiknya suami saya dll…

    4)   Senangkan hati suami – ucapkan perkataan yg baik2 dpn suami, urut dia bila dia penat..

5)   5)  Bersih dan berpenampilan menarik – ni kena buat sentiasa..jgn plk bla keluar umah nk bersolek bagai tp bila kt umah pkai selekeh jer..ada yg siap ada bau2 bawang n tumis lg..xelok la mcm tu..dengan suami kena la sentiasa bersih dan wangi..barulah suami sentiasa saying..

6)      6) Tak berkira / Tak kedekut – ni termasuk semua la ni..xberkira dari segi tenaga, duit, ilmu dll..dalam umah tangga ni kena ada give n take..jgn kita asyik nk TAKE jer tanpa ada GIVE..

7)   7)   Sentiasa tersenyum – penting ni sbb bila isteri sntiasa senyum, suami pn rasa tenang jer..umah tangga pn harmoni

      8)  Sentiasa bersama suami – xkisah dikala suami senang or susah, isteri msti sentiasa bersama2 dgn suami…Sebab apa, suami sntiasa perlukan sokongan drp isteri dia..jgn bila suami senang, duk berkepit jer..bila suami ssh bayang pn hilang…tempat isteri kan dengan suami, so susah senang kenala sama2…

      9) Ringan tulang – tolong suami bila diperlukan, bila dia blk kerja tu bg layanan terbaik kt suami, buatkan air, urutkan lenguh2 bdnnya dll..


1 10) Sentiasa berdoa supaya kita dpt jd isteri yg baik – lepas solat tu mntak doa moga kita suami isteri dpt jd yg terbaik n jd ibu bapa yg terbaik jgk.

Ni antara tips2 nya.. Ada byk lagi tp ni jer yg berjaya dicatatkan.. 


Kepada ygdh kawen , dpt la amalkan tips2 ni…
Kepada yg bakal kawen, tuntutla ilmu umah tgga ni byk2 spaya senang di kmudian hari…
Kepada yg belum berkahwin, xper..ni ilmu dunia & insyaAllah ilmu akhirat jgk yg bakal anda guna nnti..


~ Ding Dong ~ : Sentiasa nk jd yg terbaik di mata sang suami…amin…

Universal Studio

(Pic dr Encik Google)

Teringinnya nk gi ke Singapore esp kt tmpat yg best ni...Universal Studios Singapore..


(Ni pn sama Sumber: Google)

Menarik2...teringin sangat2 nk gi tempat ni...
singapore je la y paling dkt dgn Malaysia..Kalau nk pergi kt Universal Studio kat 
Hollywood  ke,Japan ke or kt Florida sana mmg xmampu la...
Teringin nk jumpa character2 kartun n amik pic byk2 ngan diorg..hehehe..(berangan jer lbh)..
kena kumpul duit byk2 spaya boleh melancong ke sini...

Jom Surabaya

           Siapa nk gi Indonesia? Sila angkat tangan..nk promote skit Surabaya ni..tempat ni tersgt la best bagi aku la cmpare dgn tmpat2 lain kt indonesia yg aku dh pergi… Alhamdulillah dh pernah menjejakkan kaki kt sana akhir thn lepas (masa tu pegang status CIK lg).. Antara yang best kat sana ialah :


1) Tempat sejarah – kawasan makam Sunan Ampel, kawasan Makan Wali Songo, Masjid Cheng Hoo n byk lagi..


2) Tempat shopping – paling best kt pasar dia tgh2 kota Surabaya (xingat dh nama pasar ni)..aku sempat shopping brg2 utk mjlis kawen aku lg…hehehe…kek lapis dia pn sgt la sedap kt sini..murah2 jer..mmg best..


3) Naik becak – sian tgk pakcik tu kayuh esp bila naik bukit..tp bila turun bukit tu mmg best..laju semacam jer pakcik ni bwk…seram p nada sbb kita yg duk dpn,pakcik ni kayuh kt blakang kita..


4) Rumah Sehat Avicenna – ni lebih kurang mcm klinik..yg menarik kt sini, pesakit akan dirawat pd mlm hari…pesakit akan diminta bgn di sepertiga malam, mandi2 bersihkan diri kemudian akan naik ke tgkat atas rumah sehat ni utk sama2 solat tahajud..mmg berkesan..pesakit yg xlarat akan disuruh smbahyang dlm keadaan yg dia mampu samada duduk, mengiring dll..Alhamdulillah berkesempatan menjalani rawatan ni..mmg lama masa rawatan ni..solat tahajud dan solat hajat memakan masa lbh drp 3jam..bangun pukul 1pg,siap solat dkt subuh…


5) Naik bas Surabaya Heritage Track – Free jer..nnti bas ni bwk pusing2 dlm kota Surabaya ni..


6) Toko Buku – oh…sunguh2 best sbb mcm2 buku ada dijual kt sini..kbykkan buku Inggeris diterjemahkan ke bahasa Indonesia..sgt murah buku2 yg dijual ni..kitab2 agama mmg byk..
Kesimpulannya,mmg best la..terasa nk pegi lagi..insyaAllah..hrp2 dptla peluang pegi ke Surabaya lagi..


~Wiit..Wiit…~ Rasa nk lompat2 jer bila tau promosi Air Asia..murah sgt2 tiket ke Surabaya..tapi akan dtg kot dpt gi..buat masa skrg ni xleh lg…huhu…


Wednesday, September 28, 2011

Perkataan Mempengaruhi Hormon Kita..

Betul ke yek.. boleh jadi pertikaian ni.. Tapi nilah hakikatnya… 
                Alhamdulillah hari tu aku berpeluang mengikuti ceramah oleh seorang prof yang terkenal dengan program "Mata Ke Hati" kat Astro tu.

                Dalam ceramah tu prof dr muhaya da bgtau yang perkataan yang kita tuturkan tu mempengaruhi hormon kita.. contohnya; tak nak, tak boleh, susah dll tu akan buat kita jadi lemah.. semua ini sebab flow yang beliau bagi ni:

Fikiran  ->  Emosi  -> Tindakan  ->  Perbuatan  ->  Hasil

Cthnya: bila kita FIKIRkan sesuatu yang baik dan +ve, EMOSI kita juga akan jadi baik dan happy. So, TINDAKAN kita adalah tersenyum dan senyum itu juga adalah PERBUATAN kita..bila kita senyum pada org lain maka HASILnya org lain pn akan tersenyum pada kita..   

                        So, dalam fikiran kita kena adalah fikiran yang baik-baik jer sbb bila kita fikirkan yang xelok, benda tu akan terzahir dan terlahir pada perkataan dan perbuatan kita dan itu juga adalah virus minda yang boleh merosakkan. 

                        Sebab tu lah dalam Islam, kita disuruh sentiasa ucapkan perkataan-perkataan yang elok2 jer sebab nnti akan terzahir pada diri kita sendiri.. bila kita slalu sebut benda baik-baik contohnya, terima kasih, syukur, happy dll tu smua akan jd doa pada kita.. Rasulullah sendiri slalu ingatkan umatnya spaya slalu ucap perkataan2 yang baik2 sebab perkataan tu mempengaruhi hormon kita dan juga suatu doa.
Jadinya, dalam dunia ni elakkan lah 4 perkara ni spaya kita sentiasa bahgia kat dunia ni, insyaAllah..

1)       Merungut
2)      Mengeluh
3)      Menyesal
4)     Mengumpat


“Dunia Dalaman Saya Menentukan Dunia Luaran Saya” (Prof Dr Muhaya bt Muhamad)

 ~ Ding Dong ~ :::  Nak jadi baik2 slalu..aminn…

Membina Keluarga Rabbani

Petikan ceramah Prof Dr Muhaya bt Muhamad

Penyampaian yg menarik drp Prof Dr Muhaya

       Dalam proses pembentukan keluarga yg bahagia,aman,sentosa dan penuh dengan barakah, smuanya mesti bermula di rumah. Konteks rumah di sini semestinya daripada ibu bapa. Ya, ibu bapa yg berperanan paling penting dalam membentuk keluarga tu sendiri. Sebagai contoh, bila kita nk bina masjid, maka kita bukan nak bina FIZIKALnya sahaja tapi mesti ditambah dengan RUH supaya masjid yg terbina itu membangun penuh dengan jiwa, harmoni dan makmur dan bukan untuk kecantikan semata-mata. Ini sama jg dlm pembentukan insan atau keluarga. Kita bukan nak lihat hanya pd fizikal, tapi mesti ditambah dengan ruh supaya insan yang terbina itu menjadi insan berakhlak dan berbudi pekerti mulia.

       Bagi pembentukan anak, ruh nya mesti dibangunkan begitu juga fizikalnya. Dari segi fizikal smua dh sedia maklum tapi dari segi ruhnya, anak-anak ini mestilah diberikan senaman iman. Contoh termudah adalah solat 5 waktu sehari semalam. Drp solat ini, anak-anak bukan shj terdidik dari segi disiplin diri tetapi juga pembangunan sahsiah, akhlak dan rohaniah anak tu.

       Selain daripada itu jgk, adalah menjadi FITRAH semulajadi manusia tu, kalau kta sentiasa bercakap benar,baik dan jujur maka RUH nya akan menjadi kuat tapi kalau sebaliknya, kalau kita suka bercakap bohong,  menipu, khianat, bercakap perkara yang tidak elok maka RUH kita juga akan terjejas menjadi lemah.

        Kesimpulannya ibu bapa perlu mempunyai ilmu sebelum mendidik anak-anak. Selalulah puji anak-anak supaya minda mereka sentiasa positif dan jauh daripada elemen negatif. Ibu bapa juga perlulah berakhlak mulia supaya dapat dicontohi oleh anak-anak, sentiasa melakukan ibadah, adakan tazkirah, sentiasa berjemaah samada berjemaah solat atau makan serta perkara-perkara baik yang lain. Yang terpenting, terapkan solat 5 waktu pada diri setiap anak. Ingatlah bahawa  

** ANAK ITU ADALAH ANUGERAH DAN AMANAH DARIPADA ALLAH..

~ Ding Dong ~
Ramai Merancang Majlis Perkahwinan Tapi Tak Ramai Yang Merancang Perkahwinan Tu Sendiri..(sama-sama kita doakan moga kita sentiasa menjadi lebih baik daripada semalam dan hari ini..amin…)

Thursday, September 22, 2011

Dosa paling besar

Sedikit Tazkirah buat peringatan diri sendiri dan sahabat..

3 dosa yang Allah xkan ampunkan..

1)      1) Dosa org yg mensyirikkan Allah..iaitu orang yang menyekutukan Allah dengan benda lain..Nauzubillah..

2)      2) Dosa org yg degil..degil kt sini ialah org yg tahu bahawa sesuatu benda or perkara itu adalah salah dan berdosa tetapi tetap dedil dengan tidak mengikut segala yg ditegah oleh Allah dan segala yg disuruh oleh Nya..

3)      3) Dosa org2 yg Jahil iaitu orang yang sememangnya tidak tahu dan tidak mahu mencari ilmu..orang ini adalah org yg tersangatlah rugi kerana tidak mahu mencari kebenaran dan dia akan sentiasa berada dalam kejahilannya..

Oleh itu,berdoalah moga kita sentiasa bertakwa kepada Allah,patuh segala suruhan dan laranganNya serta tidak tergolong dalam 3 golongan di atas…INGATLAH..menuntut ilmu terutamanya ilmu agama itu adalah FARDHU AIN dan wajib bg setiap muslim..

*Petikan Tazkirah drp FIL

Wednesday, September 21, 2011

Belajarlah Memaafkan


Salam..

Entry kali ini nk cerita skit bab mintak maaf ni…biasalah manusia mmg xlari drp wat silap kan..
Aku sendiri pn xterlepas drp wat silap..kadang2 kita xperasan yg kita dah wat org lain terasa or terguris..so,bila kita realize tu kena cepat2 la mntak mntak maaf..sama jgk kalau kes kita yg terasa or terguris dengan seseorang..cuba2 lah maafkan orang tu..jgn ingat dah dan lupakan trus..nak bg cara-cara skit spaya hati kita sentiasa tenang..

-    Sebelum tido tu,lepas baca ayat kursi,doa dll tu, niatkan dalam hati yg kita nak maafkan smua kesalahan manusia yang dah diorg wat pada kita pada hari tu dan hari2 sebelum tu..

-   Pastu tido lah dengan aman…InsyaAllah bila bangun jer pagi esknya,hati kita akan rasa lapang jer dan tenang sgt2…cubalah…

…~ SABAR ITU INDAH ~…