Friday, December 9, 2011

Bila Rindu Menguasai diri...mak abah.....

Semalam tersentuh hati baca warkah "untuk ibu" kt hset hubby...tersentuh sgt rasa hati bila tgk video tu...smpai kena tegur dengan my hubby sbb mata bengkak..hehehe...

Betul kan apa yang orang slalu kata...bila ada dpn mata,kita xkisah pn...tp bila benda or orang tu dh xde baru la kita sibuk2 nk rindu or tangiskan...so, aku xnk jd mcm tu...as long as aku still ada parents (skrg dh jd 2 sebab cmpur mertua), insyaALLAH aku akan berbakti sebaik mungkin utk diorg yang aku sayang sgt2 ni...walaupun hanya mertua, itu tetap dikira mak ayah yang wajib kita hormat macam kita hormatkan mak dan ayah kandung kita....

Sumber dari Mr Google

Teringat alahan teruk yang aku alami suatu hari dulu....masa tu asyik berulang ke toilet je penangan poisoning food...masa tu teringat yang mak alami masa ngandungkan aku dulu..trus aku tnya mak.."macam ni punya teruk ke alahan yg mak rasa masa ngandungkn angah dulu?"..mak senyum jer smbil angguk..alahai....smpai mcm tu skali yek....mak tambah lagi..."lagi teruk masa tu sebab mak tengah smbung blaja n abah pn jauh"...besarnya pengorbanan mak masa tu kan...terasa berdosa diri ni sbb kadang-kadang xnk ikut cakap mak....

Patut la "Syurga di bawah tapak kaki ibu"...itu baru bab mengandungkan kita...lum campur masa kita dh dilahirkan...masa kita sakit pening masa kecik2 dulu....bila nak jadi mak ni barulah aku rasa apa yang mak pernah tanggung dulu...harap2 anak yang bakal dilahirkan ni jd anak yang soleh solehah dan sentiasa dengar kata mak dan ayah dia...aminnn...

~ Nota Kaki ~ Jadilah anak yang baik dan berbakti pada kedua ibu bapa sementara diorg masih ada ni...nnti menyesal xsudah...

Thursday, December 8, 2011

Lidah....sendiri kena jaga...

Kata kata umpama pedang,
tersilap tikaman,
mungkin tidak akan memancutkan darah di badan,
tapi memusnahkan jiwa seseorang.
berkatalah menggunakan minda,
bukan mengguna nafsu semata.

             Kata-kata kat atas ni adalah copy paste dr sumber facebook..betul apa yg ditulis tu...Dalam Islam sendiri mmg dh diberikan penekanan supaya sentiasa berkata-kata yg elok serta memuliakan orang lain..dlm erti kata yg lain,bukan main sedap mulut jer nk cakap...kadang-kadang tu mmg kita (termasuk la aku sendiri) akan berasa bengang or marah bila ada yang memperkatakan sesuatu tentang kita or mempertikaikn kemampuan kita...mmg aku akui kadang-kadang kita akan tersilap langkah,terus berkata-kata hingga menyakitkan org tu plk...tapi kan lagi elok kalau kita just diam dan x membantah...xper la...Diam bukan bererti kalah tp dr berdebat 'lidah' dengan orang yg sebegitu bukan ker jelas menampakkan kebodohan kita sendiri...ohhh..tidak....xde org yg sanggup nk gelarkan diri dia bodoh...so, pikir2 kanlah sebelum berkata2 tu...seperti yang tersebut dalam hadith :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
[رواه البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya seorang hamba apabila berbicara dengan satu kalimat yang tidak benar (baik atau buruk), hal itu menggelincirkan dia ke dalam neraka yang lebih jauh antara timur dan barat.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 6091 dan Muslim no. 6988 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Wallahua'lam...

~Nota Kaki~ Berfikir sebelum berkata2 dan bertindak..kelak diri sendiri yang binasa....(cuba menjadi yang terbaik,insyaAllah)

tiket air asia 10 sen jer...

Assalamualaikum smua...


           Wah..best jer kan tgk title atas tu...tiket 10 sen jer air asia tawarkan..tp itu la..nk dpt book tu berjam2 rasanya...aku try book dr mlm td smpai kul 1 lbh still xdpt2..huhu..xper la...nk wat cmner...yg penting aku dh survey dh tiket utk ke padang indonesia plk...guess what? tiket utk 2 org dlm 200 ++ ....waa....so cheap sbb harga promo utk sorg dlm rm30 lum cmpur airport tax, tapi infant mmg dh fix rm50...so tgh pikir2 ni utk perancangan thn dpn plk ni...bukan honeymoon dh nnti sbb insyaAllah thn dpn kami dh ber3..yeay....xsbr plk nk tggu saat2 tu...hehehe...


~Nota Kaki~ Promosi 10 sen ni ke Bali n Jakarta jer..bila nk wat promosi 10sen ke Padang plk ni.....huhu... 

Friday, November 25, 2011

Jumaat Terakhir 1432 H

Salam semua...

     Selamat bermuhasabah buat diri pada hari ini...xsangka sekejap jer masa berlalu dan xlama lagi kita akan melangkah ke tahun Hijrah yang baru..so, kena siap2 pasang azam yang baru..Semoga tahun hadapan adalah lebih baik pada tahun ini...

Sedikit Peringatan Buat Diri dan Semua:

Pesanan/Wasiat Hasan Al-Banna
1) Wasiat Pertama:
~ Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.

2) Wasiat Kedua
~ Bacalah al-quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa suadara pada perkara yang tidak memberi faedah.

3) Wasiat Ketiga
~ Berusahalah kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

4) Wasiat Keempat
~ Jangan saudara banyakkan perdebatan dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.

5) Wasiat Kelima
~ Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.

6) Wasiat Keenam
~ Saudara jangan bergurau, kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
- Bergurau itu dibolehkan tetapi keterlaluan dalam bergurau boleh merosakkan dan akan membawa kepada bencana, samalah seperti makanan, kiranya tidak dibubuh garam yang secukup rasa, makanan itu tidak akan menyelerakan.Oleh itu membubuh garam yang sesuai dan secukup rasa adalah penting untuk menghasilkan makanan yang lazat. Kiranya tukang masak memasukkan garam berlebihan dari yang sepatutnya, masinnya akan berlebihan, rosak, tidak digemari, malah lebih tidak menyelerakan dari keadaan pertama tadi.

7) Wasiat Ketujuh
~ Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari ang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.

8) Wasiat Kelapan
~ Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.

9) Wasiat Kesembilan
~ Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbut demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

10) Wasiat Kesepuluh
~ Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

~ Nota Kaki ~ Sama-sama kita berusaha untuk jadi yang lebih baik dan terbaik..aminnn...

Wednesday, November 23, 2011

Jom Tutup Aurat

Salam...

Jom pakat2 kita tutup aurat..macam mana?Jom kita check sama2...
Bukan macam Pic kat atas ni yek...xmau dedah2 rambut ni..xelok..dosa yg kita dapat..tu belum lagi dosa2 kita yg lain..so jadilah macam pic kat bawah ni..

   
(Berjaya jgk buat doodle sendiri walaupun tak secantik mana..hehehe)

Haa..kan comel..tudung pn tutup dada..baju longgar..rambut dah cnfirm2 xnmpak...so...sama2 la kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain...sama2 kita kejar syurga kat akhirat bukan syurga kt dunia ni ye...

~Nota Kaki~ Nak pakai sexy2 boleh tapi dlm bilik jer dgn husband masing2 yek...=)

Monday, November 21, 2011

Kawin..

Salam Semua..

     Slamat bercuti buat cikgu2 sluruh Malaysia..yg xcuti tu,kerja elok2 yek termasuklah my hubby..hehehe...
Post kali ni nk ucapkan setinggi2 tahniah buat mempelai 2 sejoli ni yg baru melangsungkan perkahwinan pada 20.11.2011...sorry sgt2 sbb xdpt nk dtg 2-2 belah pihak...tapi hadiah dh di'pos'kan pd housemate I..hehehe..ucapan buat kalian: Semoga berbahagia dengan kehidupan yang baru ni..pandai2 la bawa diri, bertolak ansur sesama sendiri dan paling penting kena sabar...


Selamat Pengantin Baru buat K.Mid & Faiz...Pic kredit 2 Ramyah...

Tuesday, November 8, 2011


Jom pakat2 kita join segmen ni...sapa yg nak join leh klik disini...

Salam Aidil Adha...

               Alhamdulillah masih diberi kesempatan menyambut Aidil Adha..Tahun ni special skit bg diriku kerana pertama kali menyambut di rumah mertua..Alhamdulillah...sempat jgk mendengar tazkirah yang diberikan oleh FIL ku...segalanya tentang ibadah korban dan diselitkan juga dengan pengisian rohani bagi anak2 dan menantu...

Apa perbezaan antara raya aidil adha dan aidil fitri?

1) Takbir raya bg hari raya aidil adha adalah selama ibadah korban itu sendiri iaitu 4 hari manakala aidil fitri adalah dari malam sehingga terbenam matahari syawal pertama..

2) Aidil Adha adalah waktu untuk berkorban

3) Aidil Adha yang kedua adalah waktu yang tidak boleh berpuasa iaitu disebut jgk hari tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) manakala Aidil Fitri kedua adalah hari sunat bagi berpuasa enam...

~ Sedikit input bekalan dr FIL dan insyaAllah untuk perkongsian dengan kawan2...

Tuesday, October 25, 2011

Jom shopping

      Sempena cuti pjg (kt pahang ni), kakak kesayangan aku ajak la aku bershopping sambil berjalan2 ke GM klang....kitorang yang mmg xtau jalan ni main aci redah jer...hehehe..wat2 pro jalan nak gi sana padahal ni pertama kali kitorang pergi GM klang ni..

     Tujuan asal adalah untuk me'shopping' apa-apa yang patut memandangkan kitorang dah lama tak keluar sama2 jalan2 shopping ni..hehehe..kitorang keluar awal jgk dan sampai pun awal kt GM klang...sebelum bertolak tu, sempat la sesat larat tapi kitorang still jgk sampai awal...hehehe..belum pukul 10 dah sampai kt depan pintu masuk GM klang tu tau...terasa mcm pekerja kat sana plk..kui kui...

Hasil dari encik google

      Memang rambang mata bila masuk ke sini...mcm2 barang dijual...yang paling bestnya, kt sini kena beli byk2 baru dpt harga murah..kalau takat nak beli satu jer,memang xdapat tawar la harganya...

      Bangunan dia adalah dalam 6 bijik kalau xsilap aku...naik lenguh jgk la kaki tumit aku round petak bangunan dia...yang peliknya, akak aku yang sorang ni xlenguh2 pn kaki dia..siap nk tawaf lagi skali jer..... aduii..aku?mmg xlarat la tambah2 sejak berat badan naik ni..mmg xlarat nk jalan lama2...hehehe..

       Sempat la kitorng rembat 8 botol myk wangi...best2...yg bestnyer myk wangi ni kalau beli 2 botol harga dia rm50,tp kalau amik 8 botol leh jadi rm120...so, apa lagi kitorg angkut la sampai 8botol..kui kui...puas ati...leh bwk mandi lagi myk wangi ni...heheeh...

      Byk lagi yg best2 kat sana...disebabkan keghairahan aku + akak aku shopping so, kitorg xsempat nk snap pic...handbag2 LV murah2, baju2 baby, kerongsang mcm2 bentuk n corak, jubah mcm2 corak, hiasan2, rantai2, jam2 banyak lagila..pendek kata mmg rasa nk gi sana lagi...hehehe....tapi kena gi awal la sbb waktu operasi dia dr kul 10am sampai 7 pm jer...

 Beg cute miut yang sempat dirembat dengan harga yang sgt best..

 LV ni dibeli oleh kakak aku...cadangnya nak jgk beli satu dua but xder yang berkenan di hati..huhu..


~ Nota Kaki ~ Nak tggu En Hubby xbz, pastu nk ajak gi shopping kat sini lg..=)

Friday, October 21, 2011

Pengumuman Penting ke???

          Naik berbulu telinga aku…tgh duk sedap2 melayan perasaan kt bilik guru setelah berpenat lelah turun naik ke kelas, tiba2…

“ting tong…”
“Perhatian kepada semua pelajar…saya ……(nama seorang pelajar lelaki)……….. telah putus dengan ……(nama pelajar perempuan tersebut)…..”

              Suasana sepi sekejap macam malaikat baru jer melintas lalu…tak lama lepas tu, terdengarlah hiruk pikuk suara orang beserta dengan beberapa jeritan…

              Ya Allah…xpaham betul aku dengan budak2 ni…suka suki jer guna hak sekolah buat pengumuman yang xmendatangkan sikit pn faedah…

              Motif??entahla…xtau la aku..maybe ada makwe2 cun yang akan kata..’oh..machonyer bdk laki tu’…’Gentlemannyer dia’…wekkk…tolonglaaa…..

              Naik menyampah ada la…tak perlu la sampai nak di’announce’kan kisah cinta xjadi anda tu…simpan tutup mulut rapat2 dah la…betul2 dah mengaibkan anda sendiri tanpa anda sedari…haiisshh…tu la dia bila tindakan xsealiran dengan fikiran..konon dh tingkatan 6 dah besar sangat la tu…konon dah boleh tanggung anak bini makan la tu…aduhaii….pikir la masak2 sebelum buat sesuatu tindakan tu…kelak boleh membinasakan anda sendiri dan tanpa disedari diri sendiri tergolong di kalangan orang-orang yang KURANG BIJAK…

~Nota berkaki-kaki~ Pelik betul dengan budak-budak ni…ingat sekolah tempat bersuka ria ker..leh wat paper diorg suka…betul2 MENYAMPAH…..


Thursday, October 20, 2011

Macam-macam la bdk2 ni...

Salam....
             Hai2....Macam-macam la bdk2 zaman skrg ni yek..kadang-kadang terpikir sorg2 naper la diorg ni xmcm kita2 dulu2..(hehehe...mcm la bagus sgt dulu2)...tapi seriously aku mmg rajin ke sekolah dulu2..ingat lagi masa sekolah rendah...satu hari pun aku xnk ponteng skolah sbb bila akhir tahun boleh dpt hadiah kedatangan penuh...yeay....hehehe...

         Budak2 skrg dh lain...baru-baru ni aku dpt kesempatan suruh anak2 murid gambarkan diri diorg melalui gambar...macam2 gambar aku dapat..tp satu jer yg aku boleh simpulkan...kita adalah apa yg kita fikirkan..jom layan lukisan budak2 ni...

 pic 1 : budak2 baik yg lukis ni

 pic 2 : ni budak yg nakal skit lukis ni

Pic 3 : Lukisan bdk2 paling nakal n sedikit bermasalah

Nota kaki ~ byk lagi pic2 yang kreatif2 yg bdk2 ni hasilkan but xsempat nk upload...huhu..

Thursday, October 13, 2011

Warkah Buat Suami

 (Pic diambil dr mr Google)

Ku coretkan nashkah indah ini buat mu suami:

Sesungguhnya petah bicara ini dari sang isteri…yang mengharap kasih nan suci abadi…
Olahan ini nukilan hati…Agar didengar buat pujangga hakiki…
Lantas biarlah smuanya tersemat rapi…Dalam kasih ikatan menuju ilahi..
Anugerah cinta ini hanyalah picisan, agar kau dan aku sentiasa tunduk syukur pada Yang Maha Mengasihi…
Harapanku, agar kuntuman kasih sayang kita mekar menuju syurgawi….Kelak takkan menyesal meninggalkan duniawi…
Untukmu insan istimewa bergelar suami…Ku curahkan kasih sayang dan khidmat yang tidak terperi…
Dikau pujaan, pujangga yang melakar kata…Buat diriku sang isterimu yang sejati…
Dirimu pejuang, nakhoda dan imam dalam hidupku di dunia ini…Akan ku patuh segalanya sampai ke mati…
Insan kerdil ini menadah tangan…Pohon restu, agar ikatan kita sentiasa diredhai…
Nukilan hati dari sang isteri untuk ingatan buat sang suami…..

Sunday, October 9, 2011

Sopan la skit

Salam....
             Alhamdulillah hari yg ceria ni dapat jgk meng'update' blog ni...syukur pd tuhan sbb diberi kesempatan dpt hirup udara yg segar dan aman ni,alhamdulillah...

                   Nak cerita skit tentang kisah si pembawa kereta yg sgtla tidak sopan...alkisahnya bermula pada suatu petang yang mana aku dan suami berhajat nk shopping barang umah skit...smpai di persimpangan jalan kitorg pn stop la kereta sbb ada lampu isyarat...smbil2 tunggu lampu isyarat tu, kitorg borak2 ketawa2 smpaila lampu yg tadinya merah bertukar kepada hijau...my husband pn mcm biasa masuk gear n mula jalan but dlm tempo yg slow je la sbb kereta kat depan kitorg pun still merangkak-rangkak lagi...tiba2....sebijik keta hitam ni dgn laju trus potong barisan,betul2 dpn kitorg...my husband pn nasib baik sempat brek..ish...mmg xde adab la aku rasa...masa betul2 kereta hitam tu duk dpn kitorg scara kebetulan pulak lampu isyarat dh bertukar smula jadi merah...nasib baik kereta hitam tu xmenghentam kereta kt dpn dia...mengucap pjg aku...bebel jgk la skit...hehehe..

                Bukan takat tu je ketidaksopanan si driver kereta hitam tersebut....smbil2 menunggu lampu isyarat tu, dia tnpa rasa bersalah buang tin minuman kt atas jln raya....hishhhh....manusia jenis macam ni pn ada jgk rupanya...lepas satu tin dibuang, satu lagi tin dbuka dan kali ni dia siap buang lagi buih2 air mabuk ke atas jln raya...nmpak jer air mabuk tu,aku yg duk bebel2 kt si driver ni trus bg signal pd suami spaya jarakkan kereta kitorg dgn kereta hitam tu...dlm hati, risau jgk kalau2 terjadi apa2....

               Pesanan kepada driver2 kt luar sana: sopanlah anda di jalan raya..walaupun anda dh 15 thn ker, 30 thn ke even 50 thn ker bwk keta, tp ingatlah budi bahasa n adab sopan tu kena jaga...jalan raya tu kan kita kongsi sama2...sama2 bayar road tax...Bukan u sorg jer, i pn sama tau.... 

~ Nota kaki : pelik dgn sikap segelintir masyarakat kita ni...nmpak sopan, tapi bila atas jalan raya hilang sgala sopan santun tu....

Saturday, October 8, 2011

SEGMEN : Mari Berkenalan


Ni satu lgi segmen...saper2 nk join,just klik kt SINI...segmen ni aku jumper masa tgh blogwalking..biasa la...xder keje arini..hehehe...

Tarikh tutup : 15hb Oktober 2011 jam 12 tghari..

So, wat blogger2 yg lain,leh la tmbah2 kenalan utk percambahan ilmu kita..insyaAllah...


~ Sajer2 join..maklumla...baru nk berjinak2 dgn dunia blogging ni ~

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI

             
Menarik segmen ni..credit utk Cik May sebab buat segmen ni..

Sangat membantu tmbah blogger baru mcm aku ni yg baru jer nk berjinak2 dgn alam blog ni...

                      So, saper2 yg nk join segmen ni leh klik kt SINI utk tau maklumat yg lebih lanjut..kita pakat2 tmbah kawan2 yek...

Tarikh tutup 31hb oktober 2011...so,tggu apa lg...byk lg masa ni...hehehe....



Tuesday, October 4, 2011

Diri sndiri...Siapa Tentukan??


                 Setiap org pernah gagal..Tiap org msti akan lalui duka dalam hidup..Tiap org akan pernah merasai kejatuhan…tapi xramai yg mampu bangkit drp kegagalan, kejatuhan dan kedukaan yang diorg hadapi…Kenapa terjadinya hal begini?

             Semestinya perasaan kecewa yang terlampau salah satu sebab kenapa org yg gagal ini akan trus gagal..Pernah kita dgr kisah Kolonel Harland Sanders iaitu pelopor Kentucky Fried Chicken? Kisah2 org2 terdahulu kita yg berusaha tnpa pernah utus asa...Kisah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yg sentiasa sabar, usaha dan xpernah berputus asa dalam menyebarkan dakwah Islam…So, klau nk Berjaya,contohilah tokoh2 terkenal yg dh Berjaya dalam hidup diorg…

 Pic drp hasil google dr web iluvislam.com...

Ingat....
 1) Allah menguji hambanya dengan ujian yang mampu ditanggung oleh kita
2)     Kegagalan pertama bukan kegagalan utk slamanya
3)    Kalau org lain boleh, kita jgk boleh
4)    Masa lampau kita hanyalah secebis sejarah
5)     Ubah situasi dan cari jalan utk atasi masalah kita
6)     Think positif
7)     Sentiasa berdoa moga kita sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan kt dunia ni..

Paling penting..Cabarlah diri anda sendiri…tanpa CABARAN anda xkan mampu berganjak…

Monday, October 3, 2011

Tahniah Buat Ekin dan Mawi

Alhamdulillah setelah lama menunggu akhirnya Ekin dah berbadan dua..
Seronok + Happy + Teruja bagi pihak keduanya...
Semoga baby sihat dalam kandungan dan slamat dilahirkan... 
Mesti Ekin dan Mawi happy yek...
Betul la org kata...
Kadang-kadang penantian tu suatu rahmat... 


Sumber:
Harian Metro.. 3 Oktober 2011

Sunday, October 2, 2011

Tips Menceriakan Hari Isnin Anda

      Ni adalah tips campur2 dr akak aku n aku...hehehe..hrp2 leh tlg saper2 yg rasa cam malas2 nk gi keje bila start jer ari isnin...

1) Fikirkan yg anda akan dpt RM1juta esk (isnin)..so, mesti akan happy jer n rajin jer nk gi keje...

2) Fikirkan yg esk adalah hari jumaat..tiap2 hari ari jumaat...so, xde la rasa xbest ari isnin tu...

3) Andaikan yg anda keje ngan artis2 yg best2 n hebat2 blaka mcm Dato' Siti Nurhaliza ker, Rosham Noor ke dll..

4) Cuba bayangkan yg esk tu (isnin) tempat keje anda bakal dilawati oleh org2 TV yg nk wat program...cnfirm anda akan xsbr2 nk gi keje...

5) Cuba anda beli baju baru..yg bling2 lg, pastu bwk gi keje..cnfirm anda akan rasa best nk gi keje...berkobar2 nk gi tmpat keje ngan baju baru...

Ada lg xtips2 lain yek...klu2 ada, cuba2 laa bg idea yek...Harap2 tips ni berjaya la bg korg yek...



~ Aduhai...malasnya la nk gi keje esk....~

Friday, September 30, 2011

Lawak..Lawak...

          Suatu hari di sebuah kedai di sekitar Malaysia...seorg kanak-kanak lelaki dlm
lingkungan usia 5-6 thn bersama ayahnya sedang khusyuk memilih air utk dibeli...
peti yg penuh dgn air2 seperti heineken, carslberg,tiger dll tu dibuka oleh si ayah..
secara tiba2 kanak-kanak yg pintar ni bersuara dengan suara yang agak lantang,

"Ayah...Ayah...Dulu ayah minum air mabuk ni kan"...

Terkedu semua yang berada dalam kedai tersebut..Semua tersenyum dan memandang pada sang ayah...Dengan muka merah dan menahan malu, sang ayah ni pn cover...

"Mana ada laa.." Kata sang ayah

 ..Hik..Hik...


Moral Of The Story: Tunjukknlah contoh terbaik pada anak...

Thursday, September 29, 2011

Tips buat Isteri


Ni ada SikiT  tips utk jd isteri yang baik :

1  1)  Sentiasa berterima kasih pd suami – xkisah pd apa yg dia dah buat pd kita cthnya tlg belikan brg kt kedai,tlg jaga anak dll

2)     2)  Sentiasa mntak maaf pd suami – ni paling penting tau esp. sebelum nk tido tu kena mntak maaf dgn suami kot2 la kita ada wat slh pape yg leh buatkan dia sakit ati @ kecil ati

3  3)   Puji suami – bagilah pujian apa2 pd suami cthnya : awk ni rajin la..baiknya suami saya dll…

    4)   Senangkan hati suami – ucapkan perkataan yg baik2 dpn suami, urut dia bila dia penat..

5)   5)  Bersih dan berpenampilan menarik – ni kena buat sentiasa..jgn plk bla keluar umah nk bersolek bagai tp bila kt umah pkai selekeh jer..ada yg siap ada bau2 bawang n tumis lg..xelok la mcm tu..dengan suami kena la sentiasa bersih dan wangi..barulah suami sentiasa saying..

6)      6) Tak berkira / Tak kedekut – ni termasuk semua la ni..xberkira dari segi tenaga, duit, ilmu dll..dalam umah tangga ni kena ada give n take..jgn kita asyik nk TAKE jer tanpa ada GIVE..

7)   7)   Sentiasa tersenyum – penting ni sbb bila isteri sntiasa senyum, suami pn rasa tenang jer..umah tangga pn harmoni

      8)  Sentiasa bersama suami – xkisah dikala suami senang or susah, isteri msti sentiasa bersama2 dgn suami…Sebab apa, suami sntiasa perlukan sokongan drp isteri dia..jgn bila suami senang, duk berkepit jer..bila suami ssh bayang pn hilang…tempat isteri kan dengan suami, so susah senang kenala sama2…

      9) Ringan tulang – tolong suami bila diperlukan, bila dia blk kerja tu bg layanan terbaik kt suami, buatkan air, urutkan lenguh2 bdnnya dll..


1 10) Sentiasa berdoa supaya kita dpt jd isteri yg baik – lepas solat tu mntak doa moga kita suami isteri dpt jd yg terbaik n jd ibu bapa yg terbaik jgk.

Ni antara tips2 nya.. Ada byk lagi tp ni jer yg berjaya dicatatkan.. 


Kepada ygdh kawen , dpt la amalkan tips2 ni…
Kepada yg bakal kawen, tuntutla ilmu umah tgga ni byk2 spaya senang di kmudian hari…
Kepada yg belum berkahwin, xper..ni ilmu dunia & insyaAllah ilmu akhirat jgk yg bakal anda guna nnti..


~ Ding Dong ~ : Sentiasa nk jd yg terbaik di mata sang suami…amin…