Friday, November 25, 2011

Jumaat Terakhir 1432 H

Salam semua...

     Selamat bermuhasabah buat diri pada hari ini...xsangka sekejap jer masa berlalu dan xlama lagi kita akan melangkah ke tahun Hijrah yang baru..so, kena siap2 pasang azam yang baru..Semoga tahun hadapan adalah lebih baik pada tahun ini...

Sedikit Peringatan Buat Diri dan Semua:

Pesanan/Wasiat Hasan Al-Banna
1) Wasiat Pertama:
~ Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.

2) Wasiat Kedua
~ Bacalah al-quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa suadara pada perkara yang tidak memberi faedah.

3) Wasiat Ketiga
~ Berusahalah kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

4) Wasiat Keempat
~ Jangan saudara banyakkan perdebatan dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.

5) Wasiat Kelima
~ Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.

6) Wasiat Keenam
~ Saudara jangan bergurau, kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
- Bergurau itu dibolehkan tetapi keterlaluan dalam bergurau boleh merosakkan dan akan membawa kepada bencana, samalah seperti makanan, kiranya tidak dibubuh garam yang secukup rasa, makanan itu tidak akan menyelerakan.Oleh itu membubuh garam yang sesuai dan secukup rasa adalah penting untuk menghasilkan makanan yang lazat. Kiranya tukang masak memasukkan garam berlebihan dari yang sepatutnya, masinnya akan berlebihan, rosak, tidak digemari, malah lebih tidak menyelerakan dari keadaan pertama tadi.

7) Wasiat Ketujuh
~ Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari ang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.

8) Wasiat Kelapan
~ Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.

9) Wasiat Kesembilan
~ Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbut demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

10) Wasiat Kesepuluh
~ Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

~ Nota Kaki ~ Sama-sama kita berusaha untuk jadi yang lebih baik dan terbaik..aminnn...

No comments: