Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Truly indeed

"When You Argue With An Idiot
They Drag Your Down To Their Level
And Beat you With Experience"
Kesimpulannya: diam itu lebih elok daripada berkata-kata...jika perdebatan itu terjadi, maka akhlak mestilah didahulukan...peace no war =)

Thursday, March 29, 2012

Otak tepu

Salam....

Kena doa byk2 ni...

"Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan hambamu ini...Aminnn"

         Seriously otak tengah tepu sekarang ni...keje banyak lagi yg belum settle...last 2 week dibekalkan dengan keje untuk wat modul P&P Bi...alahai...1bln lbh masa yg diorg bagi but mcm xterkejar jer dgn keje yg terlalu byk ni....

sumber dr Mr google 
(xmo tension2...xbaik untuk kesihatan..hehe)



Tuesday, October 4, 2011

Diri sndiri...Siapa Tentukan??


                 Setiap org pernah gagal..Tiap org msti akan lalui duka dalam hidup..Tiap org akan pernah merasai kejatuhan…tapi xramai yg mampu bangkit drp kegagalan, kejatuhan dan kedukaan yang diorg hadapi…Kenapa terjadinya hal begini?

             Semestinya perasaan kecewa yang terlampau salah satu sebab kenapa org yg gagal ini akan trus gagal..Pernah kita dgr kisah Kolonel Harland Sanders iaitu pelopor Kentucky Fried Chicken? Kisah2 org2 terdahulu kita yg berusaha tnpa pernah utus asa...Kisah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yg sentiasa sabar, usaha dan xpernah berputus asa dalam menyebarkan dakwah Islam…So, klau nk Berjaya,contohilah tokoh2 terkenal yg dh Berjaya dalam hidup diorg…

 Pic drp hasil google dr web iluvislam.com...

Ingat....
 1) Allah menguji hambanya dengan ujian yang mampu ditanggung oleh kita
2)     Kegagalan pertama bukan kegagalan utk slamanya
3)    Kalau org lain boleh, kita jgk boleh
4)    Masa lampau kita hanyalah secebis sejarah
5)     Ubah situasi dan cari jalan utk atasi masalah kita
6)     Think positif
7)     Sentiasa berdoa moga kita sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan kt dunia ni..

Paling penting..Cabarlah diri anda sendiri…tanpa CABARAN anda xkan mampu berganjak…

Sunday, October 2, 2011

Tips Menceriakan Hari Isnin Anda

      Ni adalah tips campur2 dr akak aku n aku...hehehe..hrp2 leh tlg saper2 yg rasa cam malas2 nk gi keje bila start jer ari isnin...

1) Fikirkan yg anda akan dpt RM1juta esk (isnin)..so, mesti akan happy jer n rajin jer nk gi keje...

2) Fikirkan yg esk adalah hari jumaat..tiap2 hari ari jumaat...so, xde la rasa xbest ari isnin tu...

3) Andaikan yg anda keje ngan artis2 yg best2 n hebat2 blaka mcm Dato' Siti Nurhaliza ker, Rosham Noor ke dll..

4) Cuba bayangkan yg esk tu (isnin) tempat keje anda bakal dilawati oleh org2 TV yg nk wat program...cnfirm anda akan xsbr2 nk gi keje...

5) Cuba anda beli baju baru..yg bling2 lg, pastu bwk gi keje..cnfirm anda akan rasa best nk gi keje...berkobar2 nk gi tmpat keje ngan baju baru...

Ada lg xtips2 lain yek...klu2 ada, cuba2 laa bg idea yek...Harap2 tips ni berjaya la bg korg yek...



~ Aduhai...malasnya la nk gi keje esk....~

Wednesday, September 28, 2011

Perkataan Mempengaruhi Hormon Kita..

Betul ke yek.. boleh jadi pertikaian ni.. Tapi nilah hakikatnya… 
                Alhamdulillah hari tu aku berpeluang mengikuti ceramah oleh seorang prof yang terkenal dengan program "Mata Ke Hati" kat Astro tu.

                Dalam ceramah tu prof dr muhaya da bgtau yang perkataan yang kita tuturkan tu mempengaruhi hormon kita.. contohnya; tak nak, tak boleh, susah dll tu akan buat kita jadi lemah.. semua ini sebab flow yang beliau bagi ni:

Fikiran  ->  Emosi  -> Tindakan  ->  Perbuatan  ->  Hasil

Cthnya: bila kita FIKIRkan sesuatu yang baik dan +ve, EMOSI kita juga akan jadi baik dan happy. So, TINDAKAN kita adalah tersenyum dan senyum itu juga adalah PERBUATAN kita..bila kita senyum pada org lain maka HASILnya org lain pn akan tersenyum pada kita..   

                        So, dalam fikiran kita kena adalah fikiran yang baik-baik jer sbb bila kita fikirkan yang xelok, benda tu akan terzahir dan terlahir pada perkataan dan perbuatan kita dan itu juga adalah virus minda yang boleh merosakkan. 

                        Sebab tu lah dalam Islam, kita disuruh sentiasa ucapkan perkataan-perkataan yang elok2 jer sebab nnti akan terzahir pada diri kita sendiri.. bila kita slalu sebut benda baik-baik contohnya, terima kasih, syukur, happy dll tu smua akan jd doa pada kita.. Rasulullah sendiri slalu ingatkan umatnya spaya slalu ucap perkataan2 yang baik2 sebab perkataan tu mempengaruhi hormon kita dan juga suatu doa.
Jadinya, dalam dunia ni elakkan lah 4 perkara ni spaya kita sentiasa bahgia kat dunia ni, insyaAllah..

1)       Merungut
2)      Mengeluh
3)      Menyesal
4)     Mengumpat


“Dunia Dalaman Saya Menentukan Dunia Luaran Saya” (Prof Dr Muhaya bt Muhamad)

 ~ Ding Dong ~ :::  Nak jadi baik2 slalu..aminn…

Wednesday, September 21, 2011

Pelajar gagal?Salah sendiri or siapa yang perlu dipersalahkan..

Banyak faktor yang mendorong ke arah kegagalan pelajar dalam akademik. Antaranya :


1) Kurang perhatian ibu bapa
- Pelajar yang memperoleh perhatian yang tinggi daripada ibu bapa mereka akan memperoleh pencapaian serta konsep kendiri yang tinggi untuk cemerlang dan bermotivasi tinggi untuk berjaya.

2) Kegagalan institusi pendidikan khususnya guru dalam membimbing dan mendidik para pelajar
- Guru yang bersikap pilih kasih dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar bersikap pasif, terasing serta mempunyai konsep kendiri yang lemah dan terus ketinggalan dalam pelajaran.
- Kaedah yang digunakan oleh guru juga memainkan peranan penting dalam memberi impak terhadap kualiti pembelajaran pelajar.

3) Mengikut teori Fungsionalis, faktor utama yang menjadi punca kepada kelemahan prestasi pelajar ialah sosioekonomi keluarga.
- Mereka berpendapat, pelajar yang datang daripada golongan bawahan sering mendapat keputusan yang rendah jika dibandingkan pelajar daripada kelas atasan. Hal ini kerana, mereka tidak mempunyai role model yang boleh menjadi pendorong mereka. Ibu bapa mereka juga tidak endah akan hal ehwal pelajaran anak mereka.
*Teori ketiga ini macam ssh skit nak diterima sebab ramai dah pelajar-pelajar yang dating drp keluarga nelayan,petani dll yang berjaya dalam SPM dan hidup. Kita ambil contoh adik Nik Nur Madihah,walaupun anak nelayan tapi disebabkan kemiskinan yang dia hadapi tulah yg jadi pendorong dia untuk Berjaya.

4) Sikap dan Attitude pelajar itu sendiri
- Faktor ni paling relevan rasanya sebab terlalu byk yang kita dapat tengok skrg ni pelajar malas dan lebih senang ponteng sekolah n duduk melepak-lepak dengan kawan2 jer..diorang sendiri xrasa rugi dan xfikir masa depan diorang sendiri.

Rasanya byk lagi faktor yang menyebabkan pelajar itu gagal dalam akademik,tapi 4 jer yang dinyatakn kat atas ni..Nak atasi mcm mana?sama-sama kita fikir yek…=)


~Ding Dong~
-kalau dah malas gi sekolah tu,buatlah apa cara dan kaedah untuk atasi masalah gagal akademik ni,mmg xkan jalannya…so,as a student,change ur attitude first..rajin2 la ke sekolah…