Wednesday, September 21, 2011

Pelajar gagal?Salah sendiri or siapa yang perlu dipersalahkan..

Banyak faktor yang mendorong ke arah kegagalan pelajar dalam akademik. Antaranya :


1) Kurang perhatian ibu bapa
- Pelajar yang memperoleh perhatian yang tinggi daripada ibu bapa mereka akan memperoleh pencapaian serta konsep kendiri yang tinggi untuk cemerlang dan bermotivasi tinggi untuk berjaya.

2) Kegagalan institusi pendidikan khususnya guru dalam membimbing dan mendidik para pelajar
- Guru yang bersikap pilih kasih dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar bersikap pasif, terasing serta mempunyai konsep kendiri yang lemah dan terus ketinggalan dalam pelajaran.
- Kaedah yang digunakan oleh guru juga memainkan peranan penting dalam memberi impak terhadap kualiti pembelajaran pelajar.

3) Mengikut teori Fungsionalis, faktor utama yang menjadi punca kepada kelemahan prestasi pelajar ialah sosioekonomi keluarga.
- Mereka berpendapat, pelajar yang datang daripada golongan bawahan sering mendapat keputusan yang rendah jika dibandingkan pelajar daripada kelas atasan. Hal ini kerana, mereka tidak mempunyai role model yang boleh menjadi pendorong mereka. Ibu bapa mereka juga tidak endah akan hal ehwal pelajaran anak mereka.
*Teori ketiga ini macam ssh skit nak diterima sebab ramai dah pelajar-pelajar yang dating drp keluarga nelayan,petani dll yang berjaya dalam SPM dan hidup. Kita ambil contoh adik Nik Nur Madihah,walaupun anak nelayan tapi disebabkan kemiskinan yang dia hadapi tulah yg jadi pendorong dia untuk Berjaya.

4) Sikap dan Attitude pelajar itu sendiri
- Faktor ni paling relevan rasanya sebab terlalu byk yang kita dapat tengok skrg ni pelajar malas dan lebih senang ponteng sekolah n duduk melepak-lepak dengan kawan2 jer..diorang sendiri xrasa rugi dan xfikir masa depan diorang sendiri.

Rasanya byk lagi faktor yang menyebabkan pelajar itu gagal dalam akademik,tapi 4 jer yang dinyatakn kat atas ni..Nak atasi mcm mana?sama-sama kita fikir yek…=)


~Ding Dong~
-kalau dah malas gi sekolah tu,buatlah apa cara dan kaedah untuk atasi masalah gagal akademik ni,mmg xkan jalannya…so,as a student,change ur attitude first..rajin2 la ke sekolah…


No comments: