Showing posts with label rumah Tangga Mawaddah. Show all posts
Showing posts with label rumah Tangga Mawaddah. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

sayang mertua, mertua sayang

Siapa yang tak nak disayangi dan menyayangi..betul tak? formula yang mudah, kalau kita sentiasa menyayangi, insyaAllah diri kita pun akan disayangi oleh orang lain... tapi kalau diri sendiri pun takde sifat penyayang ni, jangan harap la orang lain sayang pada anda juga... what you give you get back...

Entry ni nak share skit daripada slot dr Muhaya di ikim...

Antaranya ialah, sentiasa tanamkan sifat positif terhadap mertua, insyaAllah kita pun akan jadi positif jugak....orang yang sentiasa nampak kesalahan dan kekurangan orang ni sebenarnya orang yang banyak sikap negatif....mereka ni tak sayang pada diri sendiri...

Memang betul apa yang dikatakan oleh beliau, tapi itula...kata-kata ni memang senang nak dilafazkan tapi nak praktikkan tu yang berat skit....satu lagi yang aku tertarik bila beliau menegur sikap pemanggil yang banyak nak salahkan mertua dan konon-konon nak bagi nasihat pada mereka...yelah kan, mertua ni dah lama makan asam garam...kata beliau," kita ni terlalu banyak nak nasihat orang...asyik nampak orang lain je yang salah...tapi tak nampak salah kita dan kita sentiasa rasa yang kita ni betul dan sempurna....so, banyak-banyak muhasabah dan bersangka baik pada orang lain dan bukan nak tengok pada kekurangan orang lain je"...memang rasa blush la kalau aku si pemanggil tu....huhu...

kredit pic hasil google di SINI

NOTA KAKI: Alhamdulillah atas nikmat mertua yang baik dan sentiasa menyokong dalam apa jua benda yang dibuat...pendek kata boleh buat kawan la....=)

Friday, August 3, 2012

Betapa cantiknya Islam ni

Sesungguhnya Islam tu adalah sebuah agama yang sungguh cantik....agama yang memang bersesuaian dengan semua keadaan...islam bukan suatu agama ketinggalan jauh sekali agama yang kolot...agama Islam yang kita anuti ni memang dah sangat-sangat cantik n indah dengan segala hukum-hakam dan peraturan yang Allah dah tetapkan...daripada sekecik-kecik hal sampaikan sebesar-besar hal smuanya Islam dh bagi garis panduan...

Dalam entry kali ni aku nak bawakkn betapa cantiknya islam ni...cuba tengok pic bawah ni yek....

Taken from xingat dah sebab dah save lama dalam laptop =)

Nampak tak daripada gambar kat atas tu...nape aku cakap gitu,hehehe...biasala...dh dekat-dekat nak raya ni masing-masing berebut giliran la nak balik kampung...so, sesiapa yang bergelar isteri tu, renungkanlah kata-kata kat atas tu...aku tau,bukan semua org perfect, termasuk diri aku sendiri but apa salahnya kita try sama-sama berusaha ke arah yang lebih baik....nak masuk syurga kan..so, kena la struggle lebih...hehe...

Suka dengan pic ni

Moga rumah tangga kita sentiasa dalam rahmah wa mawaddah...aminn...

Sejuk mata tengok pic kat atas ni...=)

Friday, November 25, 2011

Jumaat Terakhir 1432 H

Salam semua...

     Selamat bermuhasabah buat diri pada hari ini...xsangka sekejap jer masa berlalu dan xlama lagi kita akan melangkah ke tahun Hijrah yang baru..so, kena siap2 pasang azam yang baru..Semoga tahun hadapan adalah lebih baik pada tahun ini...

Sedikit Peringatan Buat Diri dan Semua:

Pesanan/Wasiat Hasan Al-Banna
1) Wasiat Pertama:
~ Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.

2) Wasiat Kedua
~ Bacalah al-quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa suadara pada perkara yang tidak memberi faedah.

3) Wasiat Ketiga
~ Berusahalah kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

4) Wasiat Keempat
~ Jangan saudara banyakkan perdebatan dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.

5) Wasiat Kelima
~ Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.

6) Wasiat Keenam
~ Saudara jangan bergurau, kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
- Bergurau itu dibolehkan tetapi keterlaluan dalam bergurau boleh merosakkan dan akan membawa kepada bencana, samalah seperti makanan, kiranya tidak dibubuh garam yang secukup rasa, makanan itu tidak akan menyelerakan.Oleh itu membubuh garam yang sesuai dan secukup rasa adalah penting untuk menghasilkan makanan yang lazat. Kiranya tukang masak memasukkan garam berlebihan dari yang sepatutnya, masinnya akan berlebihan, rosak, tidak digemari, malah lebih tidak menyelerakan dari keadaan pertama tadi.

7) Wasiat Ketujuh
~ Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari ang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.

8) Wasiat Kelapan
~ Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.

9) Wasiat Kesembilan
~ Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbut demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

10) Wasiat Kesepuluh
~ Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

~ Nota Kaki ~ Sama-sama kita berusaha untuk jadi yang lebih baik dan terbaik..aminnn...