Sunday, September 30, 2012

1st trial




Tak sangka untuk percubaan kali pertama ni berjaya...yeay...resepi untuk buat puding kek ni memang ada dalam simpanan aku lama dulu dah...memandangkan kesibukan yang melampau di tambah dengan faktor2 sampingan yang lain,maka baru2 ni je ada masa terluang dan berjaya membakar sebijik puding kek...

Walaupun tak ade rupa sangat,tapi bagi beginner aka amatur macam aku ni,pufing kek tu kira jadi la...comel je kan dengan macam2 warna...hehe...rasanya pun boleh tahan..

Jangan tak tau,nak buat kek ni memang menduga sangat2...hehe...dugaan si kecik hannan la...umi dia baru nak pegang mixer,dia dah menjerit mintak diangkat...so,no choice sambil dukung dia sambil pukul kek...paperpun siap jugak sebijik puding kek ni....

(mode:senyum sorang-sorang)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 27, 2012

Tetamu Allah

Sebak rasa dada tengok seorang lelaki menitis air mata depan kaabah... Betapa brtuahnya dia dapat ke tanah suci mekah untuk mengerjakan haji tahun ni...bila la agaknya giliran aku untuk mengerjakan haji yek...terasa rindu pada lambaian ka'abah...ya Allah...sebak rasa malam ni...harap2 berpeluang ke sana suatu hari nanti...

So,start hari ni kena tanam azam dan kumpul duit...bila bermula dengan niat yang baik,insyaAllah Allah makbulkan...amin...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 26, 2012

Nak beli rumah? semak sini dulu…


     Kebetulan terbaca majalah Ringgit keluaran Jun 2012…tertarik daku pada topic ‘Pembelian Hartanah Mengikut Kemampuan Anda’….yelah kan….bila dah bekerja ni, perkara pertama yang kita nak semestinya kereta dan yang kedua adalah rumah atau hartanah…

     Semua orang mesti ada angan-angan dan rumah idaman masing-masing kan…mesti nak rumah yang besar, selesa dan best untuk tinggal…aku dulu berangan nak rumah yang siap ada kolam renang, taman bunga, bilik mesti banyak (sebab nak ada bilik khas untuk baju dan kasut-kasut aku jer)…hehehe…sungguh mat jeninnya agan-agan aku ni kan…

Berbalik semula pada topic asal kita, ada beberapa tips untuk memperoleh rumah idaman kita…

1)      Kena dapatkan pra-kelulusan pinjaman bank
-          Kalau kita buat loan bank, pastikan kita dapatkan dulu pra-kelulusan bank untuk loan kita supaya kita boleh pastikan jumlah loan yang diluluskan dan kenalpasti bajet untuk pembayaran bulanan rumah kita nanti…

2)      Lokasi dan jenis rumah
-          Lokasi rumah kena kaji jugak yek…pastikan  lokasi rumah yang kita beli tu bukannya ‘black area’, kawasan banjir, tanah runtuh dll…tempat pun kita kena selidik jugak…kawasan rumah pilihan kita mestilah ada kemudahan asas dan jalanraya…

3)      Dapatkan dan periksa taksiran harga rumah
-          Sebelum beli rumah tu, pastikan kita check harga rumah semasa samada melalui akhbar ataupun agen-agen hartanah supaya kita tak tertipu…

4)      Periksa dan teliti latar belakang pemaju perumahan
-          Ni in case kalau kita beli rumah yang dibangunkan oleh certain-certain pemaju…tengok pemaju tu samada berpengalaman or tidak sebab dah banyak kes rumah perumahan yang terbengkalai…kalau jadi macam ni, memang kita gigit jari je la..

5)      Hanya beli rumah yang ada value (meningkat nilainya)
-          Pilih rumah yang strategic dari segi lokasinya dan menjadi tumpuan… hal ni penting supaya rumah yang kita beli tu, ada value dan sentiasa naik harganya di pasaran…contoh terbaik rumah-rumah di sekitar bandaraya kuala lumpur…sekejap jer harga rumah dah mencanak-canak naik…

     Sedikit info yang boleh dikongsikan bersama…kat bawah ni, jadual yang dicadangkan untuk pembelian hartanah mengikut kemampuan kita…

JADUAL CADANGAN PEMBELIAN HARTANAH MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA

Jika pendapatan bersih bulanan anda (pendapatan kasar ditolak cukai dan KWSP) ialah:
Kemampuan anda terhadap pembayaran balik pinjaman bulanan (30% daripada pendapatan bersih bulanan)

Anda boleh membuat pinjaman terhadap:

Untuk membeli hartanah yang bernilai:
RM 3,000
RM 900
RM 175,560
RM 195,067
RM 5,000
RM 1,500
RM 292,600
RM 325,111
RM 7,000
RM 2,100
RM 409,640
RM 455,156
RM 8,000
RM 2,400
RM 468,160
RM 520,178
RM 10,000
RM 3,000
RM 585,201
RM 650,223
RM 12,000
RM 3,600
RM 702,241
RM 780,268
Nota: Hartanah unutk jualan dan harga yang diberikan kepada iProperty.com pada 8 hingga 10 April 2012 (sumber: Personal Money)

     Tengok pada jadual cadangan ni, jumlah gaji bersih adalah RM 3,000…memang beruntung sangat kepada sesiapa yang bekerja sebagai pegawai kerajaan sebab boleh buat loan dengan kerajaan…interest pun rendah dan boleh buat banyak…tapi…ada tapinya…makin tinggi jumlah loan yang dibuat, maka bertambah jugak lah komitmen bulanan kita…pikir-pikirkanlah sebelum buat sesuatu keputusan tu yek…kena ambik kira sekali untuk pembiayaan yang lain-lain, pampers susu anak, bil-bil bulanan, belanja harian dll supaya takde lah kita terduduk tiap-tiap hujung bulan memikirkan hutang piutang yang banyak…zaman sekarang ni, betapa ramainya tak sampai hujung bulan gaji dah abis…jimat cermat tu penting yek…(peringatan buat diri sendiri jugak)...

Tuesday, September 25, 2012

Nak sangat,kan dah kena..hehe...


Tertarik aku dengan kisah yang dibawa oleh akak ustazah tadi..

Seorang makcik bertanya soalan kepada ustazah tersebut…lebih kurang macam ni la soalannya..
“Bolehkah bersalam-salaman dengan sepupu lelaki dan abang ipar serta mencium pipi?”

Jawapan si ustazah ni, “tak boleh..sama hukum dengan lelaki ajnabi yang lain..”

Mendengar je jawapan ustazah ni, makcik tersebut seperti tidak berpuas hati lalu dia pun berkata… “Takkan tak boleh kot ustazah…saya dah lama buat (bersalam dengan sepupu lelaki) dari dulu lagi..tiap kali nak balik mesti bersalam-salaman dan cium pipi dulu…”

Ustazah ni dengan nada berhikmah menjawab lagi, “sememangnya tak boleh..apa yang jadi amalan tu seeloknya tidak diulangi…buat dan amalkan perkara yang betul sahaja..”

Si makcik berkata,”tapi,nanti apa kata diorang kalau saya tak salam dan cium pipi macam selalu dah…mesti diorang kecik ati dengan saya nanti.”

Jawapan keras daripada akak ustazah ni,”manusia kecik ati awak nak jaga, tapi kalau Allah yang kecik ati macammana..lebih baik la kita jaga batasannya..kalau kita nak jaga jugak hati dan perasaan orang lain daripada kecik ati dengan kita,so sama-samalah kita jumpa dia di neraka nanti…wallahua’lam..” 

terpana terus si makcik tadi…tak berani dah nak kata apa-apa..hehe…tu la dia…ada je jawapan kalau nak mengelak daripada apa yang digariskan dalam Islam..Undang-undang Islam yang Allah dah bagi ni bukan saja-saja tau…semuanya ada hikmah di sebalik nya dan untuk menjaga kemaslahatan manusia kat muka bumi ni…sama-sama kita renungkan…


Nota kaki: Kita selalu memikirkan persepsi orang tanpa memikirkan persepsi Sang Pencipta…sibuk nak jaga pandangan orang pada kita dengan mengabaikan padangan Allah…sama-samalah berubah ke arah yang lebih baik…(saya bukan baik sangat, tapi sedang berusaha ke arah kebaikan, insyaAllah)

Sunday, September 23, 2012

cepatlah abi...button mana ni....

Asyik abi dengan umi je berfacebook...saya pun nak jugak....
Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 22, 2012

2 insan tersayang

Terima kasih kerana sentiasa mewarnai hidup ku.... Lot of love 4 both of you..:-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, September 21, 2012

Cuti-cuti Padang


          Sempena promosi Air Asia yang tengah hangat ni, daku nak mempromosikan tempat best, menarik dan boleh menenangkan fikiran…iaitu BUKIT TINGGI, INDONESIA…kenapa aku sibuk-sibuk nak promote…hehe…sebab tempat ni sememangnya best..best dari segi kawasannya yang tenang, aman damai dan yang paling best sebab kawasan ni banyak tempat untuk bershopping sakan…banyak telekung, kain sulam, kain tenun dll ada dijual disekitar bukit tinggi ni dan harganya pn murah kalau dibandingkan dengan tempat lain..

          Bukit tinggi ni macam ala-ala Cameron highland la…sangat sejuk especially di waktu hujan…bilik-bilik kat area ni memang tak de aircond yek…kawasan dia memang penuh dengan bukit bukau, menghijau dengan sawah padi dan tanaman-tanaman lain…bukan setakat tu je, kawasan dia memang banyak terdapat rumah minangkabau yang mempunyai sejarah yang tersendiri..terpaku sekejap aku masa mendengar penerangan daripada wakil muzium di rumah gadang / rumah minangkabau…kagum dengan senibina, pemikiran dan bakat yang ada pada orang-orang terdahulu…

Memang seronok dan tak puas melancong ke sini…aku tepek beberapa gambar untuk rujukan pada yang berminat…pictures tell the story…betul kan..=)

 Sekitar Pasar pagi Bukit Tinggi

 Pekerja tengah bakar kuih BIKA or kuih neraka (sape ntah yang reka nama neraka ni)

 toko2 kecil

 kelok lekok...

 sekitar kedai kopi pekena coffemate

rumah minangkabau sekitar tasik Maninjau 

 di toko silver


 jam gadang

 sekitar pasar atas

 plaza bukit tinggi


 restoran di tengah sawah

 istana pagar ruyung (betul dah rasanya)

 aktiviti wajib wanita...hehe..shopping

 lagi kain sulam


 Rangkiang (ni aku fail skit nak ingat…asyik Tanya je pada guide yang duk kat Rumah Gadang tu)

 Rumah gadang

 Air terjun Lembah Anai..(sangat sejuk dan dingin airnya…cantik)

Orang tengah menenun...perusahaan turun temurun..

kalau sapa yang nak ke bukit tinggi ni, kena naik flight ke padang dan dari airport mengambil masa lebih kurang 2jam ke bukit tinggi…aku aritu pegi dengan raunsumatra…tiket beli sendiri..online jer..pakej aku deal sendiri dengan orang sana…makin ramai dalam satu group,harga makin murah….sape yang nak buat family day ke,leh la ke sana…memang berbaloi-baloi..harga tiket pun murah jer…=)

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday

Macam ni pun boleh ker?hehehe...


Tuesday, September 18, 2012

Naik Kapal Terbang FREE

Asal sebut FREE je mesti semua orang suka kan...diriku pn sama...=)

Air asia buat promosi lagi..FREE tambang but hanya bayar airport charges and fees sahaja...booking online dah dibuka start harini untuk dalam malaysia..yang luar negara kena tunggu esok la yek...sape-saper yang yang nak FLY dengan AIR ASIA boleh la buat tempahan sekarang...tau tau website dia, just google je or leh klik pada pic kat bawah ni...


Booking Period :
18 September 2012 - 23 September 2012
Travel Period : 1 April 2013 - 30 September 2013
 

Langkawi RM 26.00
Penang RM 26.00
 Kuala Terengganu RM 26.00
Kota Bharu RM 26.00
Alor Setar RM 26.00
Johor Bahru RM 26.00

Bintulu RM 45.00
Sibu RM 55.00
Sandakan RM 55.00
Kuching RM 55.00
Tawau RM 65.00
Labuan RM 65.00
Miri RM 65.00
Kota Kinabalu RM 65.00


NOTA KAKI: Siapa cepat dia dapat....book sekarang...

Saturday, September 15, 2012

kepelikan melanda

     Baru jer melabuhkan tirai sang UPSR, bakal menyusul nanti adinda PMR dan kekanda SPM..dalam media masa baru-baru ni sibuk siarkan berita tentang anak tak dapat masuk dewan peperiksaan untuk ambik periksa UPSR...terus panggil wartawan mengadu konon cikgu tak bagi izin sebab takut result sekolah jatuh...sejuah mana kebenaran tu, wallahua'lam...aku sendiri tak tau jawapannya...bukanku  nak komen pasal budak tu tak dapat masuk dewan peperiksaan, tapi ku nak suarakan pendapat tentang keprihatinan ibu bapa sekarang ni terhadap anak-anak diorang...

     Anak bertungkus lumus jawab soalan peperiksaan dalam dewan, alhamdulillah ibu bapa tunggu anak di luar dewan, ada yang baca yaasin, ada yang buat solat hajat....alhamdulillah sebab betapa beruntungnya anak tu dapat ibu bapa yang macam ni...sangat prihatin terhadap anak-anak...ada yang siap apply cuti semata-mata nak fokus pada anaknya sepanjang tempoh peperiksaan UPSR, PMR, SPM or STPM dijalankan...sungguh-sungguh prihatin....

    Tapi, berapa ramai agaknya ibu bapa yang ambik berat kalau anak-anak dia tak nak ke sekolah sepanjang hari persekolahan....berapa ramai ibu bapa yang setiap hari akan check buku latihan anak-anak.... berapa ramai ibu bapa yang sama-sama membantu anak menyelesaikan kerja umah...berapa ramai agaknya yek...maybe boleh dihitung-hitung dengan jari jer...

    Ku sendiri pn pelik dengan sikap segelintir ibu bapa ni...anak malas ke sekolah, semua boleh diam...tapi bila waktu peperiksaan ni sibuk suruh anak ke sekolah ambik periksa...sungguh-sungguh ku pelik...anak dah berapa lama tak datang ke sekolah..bila ditanya pada penjaga, "biasalah dia cikgu, malas...cuba cikgu nasihatkan sikit," sambil tersenyum-senyum kambing....oh...tolong la wahai ibu bapa sekalian...bukak la mata, minda dan pemikiran anda semua...tanggungjawab mendidik anak anda bukan lah tugas guru semata...tolong la paham....

menyayat hati

Meruntun jiwa bila baca berita ni...Bayi tertido atas mayat ibu...,

Kesiannya pada bayi yang kehilangan ibu ni yek....sebak rasa mengenangkan bayi yang tak mengerti apa-apa ni menangis minta disusukan di sebelah ibunya yang dh terbujur kaku....tak tergambar di fikiran...betapa lamanya si bayi ni menangis (14jam) sampai penat dan tertidur...=(

Hijau Sini Sana


Indahnya alam ciptaan tuhan…

Alhamdulillah berpeluang menikmati keindahan alam sambil-sambil menenangkan fikiran...memang best dan rasa aman damai je bila duduk dalam suasana hijau..lapang rasa fikiran..hilang semua serabut-serabut dan tekanan kerja…betullah kan ramai yang selalu kata…kalau kita tension or serabut tu,elok la ambik cuti dan pergi melancong…seriously, SUNGGUH BERKESAN…diulangi, SUNGGUH2 BERKESAN...=)

Jom la layan gambar-gambar keindahan alam ni… 


 Alam indah ciptaan tuhan


 Pemandangan dari atas bukit, kelok 37


 Sawah padi (macam dekat area kedah je ni)


 Tasik Singkarak yang sangat besar...macam pantai jer rupa dier...


 Dari jauh nampak rumah minangkabau..


Lagi Tasik Singkarak..


Bukit apa ntah namanya..dh lupa..hehehe...

Thursday, September 6, 2012

Mood Raya Belum Habis

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan usia hari ni...

Lama tak menjengah blog sendiri...post-post pun banyak yang terbengkalai nak di poskan...terasa diri makin sibuk terutamanya dengan tugasan harian...hehe...biasala kan..lumrah hidup...walau tak sibuk mana pun kadang-kadang terasa jugak sibuk...=P

Mood raya pun still lagi 'hot' ni...jemputan rumah terbuka banyak yang tak dapat nak penuhi sebab asyik takde kat umah jer...memang sibuk berjalan....tiap-tiap minggu memang akan ada je destinasi yang nak dituju...baby hannan pun jadi makin serasi dengan perjalanan jauh sebab abi dan ummi dia memang rajin sangat berjalan2 ni..hehe...

Baru balik dari kedah menghantar pengantin baru...BTW nak ucap selamat pengantin baru pada my sister yang baru bergelar isteri...moga dapat jadi isteri yang terbaik dalam rumah tangga, dapat menjalankan amanah dengan baik dan moga rumah tangga yang terbina sentiasa aman serta di bawah lindungan Allah...aminn..

Berseri-seri si pengantin baru ni...