Friday, November 25, 2011

Jumaat Terakhir 1432 H

Salam semua...

     Selamat bermuhasabah buat diri pada hari ini...xsangka sekejap jer masa berlalu dan xlama lagi kita akan melangkah ke tahun Hijrah yang baru..so, kena siap2 pasang azam yang baru..Semoga tahun hadapan adalah lebih baik pada tahun ini...

Sedikit Peringatan Buat Diri dan Semua:

Pesanan/Wasiat Hasan Al-Banna
1) Wasiat Pertama:
~ Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.

2) Wasiat Kedua
~ Bacalah al-quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa suadara pada perkara yang tidak memberi faedah.

3) Wasiat Ketiga
~ Berusahalah kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

4) Wasiat Keempat
~ Jangan saudara banyakkan perdebatan dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.

5) Wasiat Kelima
~ Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.

6) Wasiat Keenam
~ Saudara jangan bergurau, kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
- Bergurau itu dibolehkan tetapi keterlaluan dalam bergurau boleh merosakkan dan akan membawa kepada bencana, samalah seperti makanan, kiranya tidak dibubuh garam yang secukup rasa, makanan itu tidak akan menyelerakan.Oleh itu membubuh garam yang sesuai dan secukup rasa adalah penting untuk menghasilkan makanan yang lazat. Kiranya tukang masak memasukkan garam berlebihan dari yang sepatutnya, masinnya akan berlebihan, rosak, tidak digemari, malah lebih tidak menyelerakan dari keadaan pertama tadi.

7) Wasiat Ketujuh
~ Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari ang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.

8) Wasiat Kelapan
~ Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.

9) Wasiat Kesembilan
~ Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbut demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

10) Wasiat Kesepuluh
~ Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

~ Nota Kaki ~ Sama-sama kita berusaha untuk jadi yang lebih baik dan terbaik..aminnn...

Wednesday, November 23, 2011

Jom Tutup Aurat

Salam...

Jom pakat2 kita tutup aurat..macam mana?Jom kita check sama2...
Bukan macam Pic kat atas ni yek...xmau dedah2 rambut ni..xelok..dosa yg kita dapat..tu belum lagi dosa2 kita yg lain..so jadilah macam pic kat bawah ni..

   
(Berjaya jgk buat doodle sendiri walaupun tak secantik mana..hehehe)

Haa..kan comel..tudung pn tutup dada..baju longgar..rambut dah cnfirm2 xnmpak...so...sama2 la kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain...sama2 kita kejar syurga kat akhirat bukan syurga kt dunia ni ye...

~Nota Kaki~ Nak pakai sexy2 boleh tapi dlm bilik jer dgn husband masing2 yek...=)

Monday, November 21, 2011

Kawin..

Salam Semua..

     Slamat bercuti buat cikgu2 sluruh Malaysia..yg xcuti tu,kerja elok2 yek termasuklah my hubby..hehehe...
Post kali ni nk ucapkan setinggi2 tahniah buat mempelai 2 sejoli ni yg baru melangsungkan perkahwinan pada 20.11.2011...sorry sgt2 sbb xdpt nk dtg 2-2 belah pihak...tapi hadiah dh di'pos'kan pd housemate I..hehehe..ucapan buat kalian: Semoga berbahagia dengan kehidupan yang baru ni..pandai2 la bawa diri, bertolak ansur sesama sendiri dan paling penting kena sabar...


Selamat Pengantin Baru buat K.Mid & Faiz...Pic kredit 2 Ramyah...

Tuesday, November 8, 2011


Jom pakat2 kita join segmen ni...sapa yg nak join leh klik disini...

Salam Aidil Adha...

               Alhamdulillah masih diberi kesempatan menyambut Aidil Adha..Tahun ni special skit bg diriku kerana pertama kali menyambut di rumah mertua..Alhamdulillah...sempat jgk mendengar tazkirah yang diberikan oleh FIL ku...segalanya tentang ibadah korban dan diselitkan juga dengan pengisian rohani bagi anak2 dan menantu...

Apa perbezaan antara raya aidil adha dan aidil fitri?

1) Takbir raya bg hari raya aidil adha adalah selama ibadah korban itu sendiri iaitu 4 hari manakala aidil fitri adalah dari malam sehingga terbenam matahari syawal pertama..

2) Aidil Adha adalah waktu untuk berkorban

3) Aidil Adha yang kedua adalah waktu yang tidak boleh berpuasa iaitu disebut jgk hari tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) manakala Aidil Fitri kedua adalah hari sunat bagi berpuasa enam...

~ Sedikit input bekalan dr FIL dan insyaAllah untuk perkongsian dengan kawan2...