Saya seorang guru...dengan kata lain,'teacher','cikgu','ustazah','murabbi' yang mana kesemuanya membawa maksud yang satu...iaitu PENDIDIK...saya mendidik anak2 bangsa yang berada di pedalaman...jauh dari bandar...yang pasti, memerlukan pengorbanan yang tinggi dalam kehidupan saya...bukan kisah saya yang saya nak ketengahkan tapi tentang sikap pelajar sekarang ni...
Baru-baru ni tersebar meluas video ketua kelas yang dibelasah oleh gangster sekolah...tragis video tu...saya sendiri tak sanggup nak tengok...banyak komen yang diberi antaranya hak rotan diberi semula kepada guru-guru...takyah semua pun xpe, janji cukup buat cikgu disiplin sahaja...semuanya demi nak memperelok akhlak budak2 sekarang...bukan nak membanding dengan zaman saya dulu cuma sedikit terkilan dengan keadaan sekarang...sebab itulah, bila saya mengajar waktu2 akhir, saya memang suka bawa pelajar saya ke surau untuk solat zohor...bagi saya, nak mendidik pelajar mestilah bermula dengan solat...tu pun ada yang berani menegur saya...'semayang ni takleh nak paksa-paksa la cikgu'...oh...pandai berhujah kononnya...satu jawapan saya yang memang semua takleh sanggah,'kalau tak paksa kenapa nabi suruh rotan anak2 yang tak solat bila umurnya dah capai 10 tahun...umur awak sekarang berapa?'...haa...terkesima dan terkelu nak menjawab balik...tapi itulah cabaran yang cikgu-cikgu kena hadapi dan tanggung....belum lagi cabaran dalam kelas,timbunan kerja yang melampau banyak, dengan PBS yang baru diperkenalkan sekarang ni...oohh....memang tak terkejar...
Nota kaki: sebab tu ramai cikgu yang stress dan ramai jugak yang terkena penyakit darah tinggi....daku pun tak terkecuali...hehe..tapi masa 3rd trimester ngandungkan si comel Hannan dulu la...sekarang harap bebas dan sentiasa sihat untuk mendidik anak bangsa...aminn...
Published with Blogger-droid v2.0.10