Wednesday, April 10, 2013

Rabu yang Berkata-kata

Salam 'alaik...

Pagi yang indah setelah berhari-hari panas yang boleh membawa kepada kemarau, Alhamdulillah Allah turunkan hujan untuk bumi di sini....nyaman, sejuk dan tenang dengan nikmat yang Allah bagi ni...tapi ada jugak sesuatu yang menjentik hati ku nan satu ni (ayat madah ni...hehe..)..Bukan untuk bebelan yek, but sekadar renungan untuk semua...lama dah daku nak suarakan tapi macam tersekat kat kerongkong ni...korang boleh nilai sendiri lepas tengok pic kat bawah ni...


see...see...apa yang korang nampak...susur gajah untuk laluan manusia,disalahgunakan atas kepentingan sendiri....


Daku bukan jeles, jauh sekali dengki pada mereka-mereka yang mem'parking' kereta 'mewah' mereka-mereka ni kat susur gajah ni...daku tak kisah langsung nak park kereta ku kat tengah-tengah panas,even bila masuk je dalam kereta masa nak balik umah tu,seolah-olah duk dalam oven....cuma yang daku kisahkan bila time ujan lebat membasahi bumi, dan di kala ni ada kereta-kereta yang menghalang laluan manusia untuk ke tempat lain...yes...memang daku kisah...memang daku nak marah...memang daku hangin....memang takde kesedaran sivik langsung agaknya manusia-manusia ni...hanya pentingkan diri sendiri je...


Hadith ada sebut :
"Apabla seseorang berjalan atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya (untuk dibuang), dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah mengampunkannya" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)...


Dalam Islam sendiri suruh kita buang sebarang halangan yang menghalang laluan...ni kalau kita yang sememangnya membuat halangan tersebut nak kira camner pulak tu yek....so, ambik ikhtibar,renung dan fikir...semua orang nak kan yang senang, mudah dan selesa tapi jangan sampai sebab sikap kita tu boleh membawa mudarat dan kesusahan pada orang lain...wallahua'lam...kita semua saling ingat mengingatkan.......

12 comments:

Norhaizan hakim said...

kita bakor jer...
Manusia ni kadang2 makin tinggi kedudukannya makin rendah pulak moralnya...sighhhh.

izzah said...

haizan: betul kan...sokong sgt2...kedudukan tinggi, moral/akhlak makin rendah...kena buat klas khas untuk mereka-mereka ni....

Fiza Rahman said...

Tak patut betul lah dorang nih.

Riedaffya ibrahim said...

sabar la..nak wat camner bile manusia xde sivik ni//..

izzah said...

K fiza:mmg sgguh2 tak patut...membara je rasa kan...hehe...

Rieda:sabar,sabar jgk...tp kadang2 mmg wajib jgk 'sekolahkn' diorg ni supaya sedar sikit...

nadia said...

panassss je nadia baca.
sokmooo tau jumpa manusia spesis penting diri niii

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm2 hal..

izzah said...

nadia:manusia macam ni memang ada kt mana2...

yui:hehe...memang gitu kan...mcm2...

Ira said...

sabar je la dgn org2 camni, mmg bikin panas betul.. clamp je kete diaorg tu ek.. baru tau.. hehehe..

izzah said...

ira: kalau ada benda alah clamp tu, memang dah wat dah pun....susah bila slalu sgt jumpa dgn manusia2 yang pentingkn diri sendiri ni....

Fifi Nadhrah said...

tak suke orang takde sivik.. ingat lot parking.. rupenye salah gunekan kemudahan.. moge Allah bukakan hati mereke..

Mimi Azirah said...

dunia semua tuh...takut sgt kereta mewah tuh rosak kne hujan kan