Friday, October 21, 2011

Pengumuman Penting ke???

          Naik berbulu telinga aku…tgh duk sedap2 melayan perasaan kt bilik guru setelah berpenat lelah turun naik ke kelas, tiba2…

“ting tong…”
“Perhatian kepada semua pelajar…saya ……(nama seorang pelajar lelaki)……….. telah putus dengan ……(nama pelajar perempuan tersebut)…..”

              Suasana sepi sekejap macam malaikat baru jer melintas lalu…tak lama lepas tu, terdengarlah hiruk pikuk suara orang beserta dengan beberapa jeritan…

              Ya Allah…xpaham betul aku dengan budak2 ni…suka suki jer guna hak sekolah buat pengumuman yang xmendatangkan sikit pn faedah…

              Motif??entahla…xtau la aku..maybe ada makwe2 cun yang akan kata..’oh..machonyer bdk laki tu’…’Gentlemannyer dia’…wekkk…tolonglaaa…..

              Naik menyampah ada la…tak perlu la sampai nak di’announce’kan kisah cinta xjadi anda tu…simpan tutup mulut rapat2 dah la…betul2 dah mengaibkan anda sendiri tanpa anda sedari…haiisshh…tu la dia bila tindakan xsealiran dengan fikiran..konon dh tingkatan 6 dah besar sangat la tu…konon dah boleh tanggung anak bini makan la tu…aduhaii….pikir la masak2 sebelum buat sesuatu tindakan tu…kelak boleh membinasakan anda sendiri dan tanpa disedari diri sendiri tergolong di kalangan orang-orang yang KURANG BIJAK…

~Nota berkaki-kaki~ Pelik betul dengan budak-budak ni…ingat sekolah tempat bersuka ria ker..leh wat paper diorg suka…betul2 MENYAMPAH…..


2 comments: