Thursday, March 10, 2016

taska

"Bangun pagi...Gokok gigi...
Cuci uka,..Erus mandi...
Akai aju..,Inum ucu...
Egi olah...enang ati..yeayy.."
(lagu nyanyian Kakak Husna)

Ceria kan bila anak-anak kita nyanyi...bagi aku banyak dah 'improvement' kakak Husna lepas pergi sekolah ni... Banyak dah perkataan yang dia boleh sebut walaupun kadang-kadang tak berapa nak jelas dan 'berbutir'... Cuma satu je lagi yang sampai sekarang susah nak ubah, Husna tak berapa nak berani dan kurang yakin...Contohnya haritu aku tinggalkan Husna dengan Hannan kat tempat main yang berbayar tu..ala, mainan bola2 belon tu semua.. Aku lari lepas tu dan pantau dari jauh.. Lepas je aku hilang dari pandangan, automatik Husna menangis dan duk panggil2 aku..alahai anak....Dari satu sudut, bagus jugak macam tu sebab dia takkan berani bila dengan oarang yang tak dikenali, tapi dari sudut yang lain tak berapa ok la sebab akan jadikan dia kurang yakin dengan diri sendiri dan tak berani...Harap2 nya lepas ni dia akan lebih yakin la...Yakin boleh untuk Husna sayang..

Hannan pulak, makin hari makin seronok pergi sekolah.. Kadang-kadang bawak balik kerja rumah... Macam kelakar je bila budak umur 4tahun dah ada kerja rumah.. Bila hari yang cikgu dia bekalkan kerja tu, sebelum bukak pintu rumah lagi dia akan pegang buku dia sekali dengan warna pensil...Semangat sungguh tengok...Ada satu hari tu, cikgu dia bekalkan kerja 'cut and paste'...ada la 2 muka surat yang bercop 'kerja rumah'... aku bimbing dia buat dari a sampai z..lepas siap tu, aku simpan semua buku dan gam dia dalam beg dan aku masuk dalam bilik sebab nak tidurkan Hasif..Sejam lepas tu, aku keluar bilik, tengok buku sekolah Hannan ada depan tv dan paling bestnya, semua helai buku tu siap belaka...hahaha...marah jugak mulanya sebab dia tak paham arahan..tapi bila tengok 'keterujaan' dia nak buat kerja tu, terus rasa lucu pulak...takpelah..janji Hannan membesar dengan bijak yek sayang...

Kakak Hannan

Kakak Husna

Si kecik dan montel Hasif pulak duduk taska yang berlainan dengan kakak-kakak dia...bagi aku, even taska yang aku hantar anak-anak ni jauh dari rumah tapi service dia tiptop dan aku puas hati..sanggup ulang alik lagi daripada hantar ke taska yang dekat dengan rumah...Mak-mak mesti paham kan apa yang aku maksudkan...kalau xpaham,kiv je la...hehe...

2 comments:

aryan azra said...

faham sangat tu izzah...akak pun macam tu, nak beli rumah pun cari yang laluannya ke taska sekarang sebab puas hati dengan taska ni...

alahai semangatnye nak buat homework ye, seronok tengok bila anak-anak semangat macam tu kan.

takpe lama2 nanti husna oklah dan ada keyakinan diri..inshaAllah

Ira said...

Comelnya kakak hannan dan kakak husna..
InshaaAllah.. lama2 dkt taska nnt, husna ok la tu, bila da berkawan..ada la keyakinan dirinya nnt..
Bagusnya semangat buat kerja rumah..