Sunday, June 17, 2012

Kawen muda vs Mati muda

Ramai yang fikir dan sentiasa membincangkan pasal 'kahwin ketika muda'...tapi berapa ramai di antara kita yang fikirkan 'mati ketika muda'...

Memang aku tak nafikan,tajuk kawen lagi menarik daripada mati..bila sebut je pasal kawen,mata yang mengantuk pun akan segar...hati terus berbunga-bunga tambah-tambah bila mengenangkan kekasih hati...angan-angan terus jer terpasang...'baju apa yang bakal dipakai masa nikah nanti', 'pelamin macammana yang nak ditempah', 'tema warna apa yang nak guna' dan macam-macam lagi la..tapi bila sebut pasal mati, hati terbayang kubur, kafan, keranda dll...hati terus resah mengenangkan dosa-dosa dulu, minda terus bergerak memikirkan amalan-amalan yang dah dibuat...berapa ramai agaknya antara kita yang dah betul-betul bersedia untuk menghadapi mati...kalau sebut kawen2 ni, "dah ready ke nak kawen ni?" ramai yang akan jawab, "ye","of course", "mestilah...dah lama tunggu ni"....tapi bila sebut pasal mati??? dah ready ke kita ni??wallahuaklam...

Sejauh mana kita sebagai manusia beringat sentiasa yang mati tu akan datang bila-bila masa je samada kita bersedia ataupun tidak...Teringat sahabat yang telah kembali ke rahmatullah suatu ketika dahulu...pada ketika tu umur beliau baru memasuki 17 tahun...malah tak sempat untuk menduduki spm...tersentak hati pada waktu tu...cepatnya dia pergi... kerdilnya diri ni...

Note: Kena cepat-cepat kumpul 'pahala' supaya senang di SANA nanti..insyaAllah..pesanan untuk diri sendiri dan juga sahabat...


7 comments:

a i m z said...

masha Allah.. lupa saya pada kematian.. huhu. tima kasih kak, tlg ingatkan..^^

a i m z said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Husna Mohd Hassan said...

mekasih tolong ingatkan :)

mekasih singgah blog saya n follow, saya follow balik :)

izzah said...

hidup kita ni kn kena saling ingat mengingatkn....insyaAllah...

LydSunshine said...

Ye la. Betul jugak tu. Kalau nak ajak berdebat pasal kawen muda ni pun rasanya 3 hari 3 malam belum tentu habis. Tapi kalau berdebat pasal mati muda, 3 jam je dah rasa nak tukar topik.

teratak hati said...

Btul jugak..thanks ingatkn..kdg2 kita lupa hidup ddunia ni smentara..mati tu bila2 je blh dtg

izzah said...

lydsunshine:thats very true...kawen mmg best jer kalau nk ajak berdebat,tp bila sebut mati masing2 membisu...

mati tu pasti dan kita smua kna sentiasa bersedia...(pesanan utk diri sendiri jgk...hehe)