Tuesday, June 4, 2013

Cerita Tengah Malam

Salam all..

Seram tak baca tajuk entry..hehe..saje bikin suspen kan...

Tapi yang sebenarnya memang seram dan suspen pun...kisah yang daku takkan lupa sampai bila-bila...takut pun ada jugak bila duk pikir sorang-sorang...

Kisah bermula
Alkisah adik ku yang sorang ni...kisah bermula bila dia nak balik ke terengganu bersama dengan isteri dia ni...Cadangnya dia nak balik pukul 1 tengahari dari Kuantan...anjak pulak pukul 2, terus anjak pukul 3 ptg dan last-last pukul 6 ptg baru dia gerak balik...Dalam pukul8 lbh, dia call bagitau kereta 'break down' dekat sebelum sampai Bandar Mutafibillah....So, mak ayah daku decide nak gi tengok diorang sebab dah tau kos nak baiki kereta tu ratus-ratus jugak dengan keadaan adikku yang sorang ni dalam poket ada rm100++ je...

Dalam pukul 9 malam lebih, kitorang bertolak pergi...Jauh jugak perjalanan nak sampai kat diorang ni...kitorang sampai kat bengkel yang baiki kereta tu dalam pukul 11++ jugak la...daku memang tunggu berdua dengan Hannan dalam kereta...lepas settle payment semua, kitorang decide nak terus ke Terengganu dengan adikku dan isteri..

Sekali lagi
Tapi, tak sampai beberapa kilometer, kereta break down sekali lagi...kat tengah-tengah kebun sawit yng gelap gulita pulak tu...pelik sebab dah baiki, still rosak jugak...ayahku just 'jumper' dan kereta tu boleh bergerak semula..tak sampai 1km, berenti semula kereta tu...kitorang ambil langkah patah balik ke bengkel kereta tu walaupun tahu masa dah menganjak ke tengah malam dan kemungkinan untuk bengkel tu tutup pun agak besar...2, 3 kali jugak kereta tu di'jumper' untuk membolehkan ianya bergerak...sebab dah tak larat asyik nak kena 'jumper' jer, kitorang tinggalkan je kereta tu tepi jalan dan terus ke bengkel untuk panggil 'pomen' untuk baiki kereta tu..dalam hati, jangan la bengkel tu tutup...

Pengakhiran yang baik
Nasib kitorang memang baik sebab sampai je kat bengkel, mekanik tadi still keje..lepas beberapa perbincangan, diorang pun 'follow' kitorang ke tempat kereta tadi...sambil-sambil mekanik ni baiki, adikku yang tolong temankan diorang sebab kesian diorang sanggup jugak datang baiki walaupun masa tu dah lebih dari tengah malam...agak lama jugak diorang duk membaiki...daku dan yang lain-lain ni memang duk dalam kereta je...lepas settle semua, kitorang patah balik semula ke Kuantan memandangkan Kuantan destinasi yang terhampir dan risau kejadian yang sama berulang...

Di sebalik kisah
On da way tu, kitorang singgah di kedai tepi jalan...masing-masing mengantuk dan nak bagi driver segar, kitorg minum-minum dulu kat kedai...ha...masa kat kedai ni la adikku bukak cerita...masa si mekanik ni baiki kereta dia, dia bagitau petang hari yang sama ada sebuah lagi kereta jenis yang sama, dan warna yang sama rosak kat tempat yang sama adikku 'break down' tu...kerosakan pun adalah kerosakan yang sama...seram pulak daku dengar...pastu adikku menambah, memang dah ramai yang kena 'usik' masa melalui jalan gelap tu...ada yang kena tahan la, ada yang nak menumpang la dan macam-macam lagi la...malam tu jugak rupanya si mekanik ni (ada 2 orang), salah sorang daripada diorang takut nak balik umah dan bermalam kat bengkel tempat diorang keje tu....patut la masa dekat bengkel, ku lihat mekanik ni macam teragak-agak nak pergi...Hannan pulak semacam je masa kitorang tunggu mekanik ni baiki kereta..tapi lepas kereta bertolak dan berjalan barulah Hannan boleh tido...Tapi memang nasib kitorang baik jugak la sebab kitorang tak nampak or dengar pape...kalau tidak, memang tersadai la kereta adikku tu tak 'terbaiki' agaknya...

Ni memang pengalaman berharga la bagi daku...sampai Kuantan lebih kurang pukul 4++ pagi...masing-masing mengantuk dan letih sangat...memang tido tak sedar diri la..hehe...Adikku pulak pagi-pagi lagi dah siap nak balik ke Terengganu semula dan alhamdulillah selamat sampai ke sana tanpa melalui pengalaman yang sama....

Nota kaki: bila nak jalan jauh dan kereta buat hal, tu yang paling takut sekali kan...nak-nak kalau kereta 'break down' tengah-tengah malam kat tempat-tempat gelap dan orang lain semua tak nak berenti tolong..oh...memang menakutkan...moga tak jadi lagi perkara yang macam ni....

16 comments:

are_lin@yu said...

aduss mmg jnuhkan kalau keta rosak..tgndala abis..

Fiza Rahman said...

Memang takutlah kalau kereta rosak. Lagi takut kalau rosak tgh2 malam kat tempat2 sunyi.

Kakzakie said...

Heee... takut kakak kalau hal-hal macam ini. Tak terbayang adik Izzah tu boleh cekal hati walau dia tahu kawasan itu 'keras'.

izzah said...

are lin: memang pun..nak senyum pun jadi kelat2 dah...plan pn semua kena ubah...

Fiza: seriously memang menakutkan..jgn jadi lagi dah la...xsanggup nk tempuh lg..

k zakie: kalau nak tau, adik sy tu paling penakut masa kecik dulu tau..bila dah besar ni, dia jadi paling berani plk...semua sebab kakak-kakak dia yg baik ati ni kurung dia dalam bilik air pastu ttp lampu masa dulu...semua sebab nk suruh dia jd berani...nasib baik menjadi...=)

Fifi Nadhrah said...

huh.. suspen!~ alhamdulillah takde yang ngeri.. yang paling risau kalau ade anak kecikkan.. fifi memang spare CD ayat Quran dalam kerete.. mau pasang je ayat Quran tu..


p/s--> tak la izzah.. memang harge hotel tu macam tu.. walk in je.. lagi satu.. sorry sangat2 sebab fifi tak jumpe lagi page respberry leaf tea tu..

azizah :) said...

astaga takutnya....ni kalau drive sendiri memang menangis tak berlagu la.. seramm woo

wantie said...

Adoi...baca cuter ni pun dah tengah mlm. Serammmm....dah jumper berkali kali. Memang serammmmmm

izzah said...

fifi: memang pasang ayat quran je sepanjang mekanik tu baiki kereta..risau sebab hannan dah gelisah semacam...psl rasberry tu, kalau xjumpa xper la..

azizah: memang tak la nk drive sendiri tengah2 mlm kat tempat2 sunyi gitu..huhu..

k wantie: seramnyer akak...akak dh jumper berkali2 ker..kalau sy, memang xnk langsung jumpa la....

nuyui a.k.a miss YUI said...

xberani nak bc entry ni smpai hbs kak..huhuh

Ira said...

meremang bulu roma dibuatnya baca citer ni. kereta sama, warna sama, kerosakan sama... xkan kebetulan kot kan? huhu...

tp ini pengalaman berharga buat izzah, biasanya kita dgr citer org je kan.

izzah said...

yui: kalau alami lg xberani...nasib baik rmai2..huhu...

ira: maybe kebetulan tp mekanik tu muka takut je start drp baiki keta smpai siap...

Cho Zila said...

memang menakutkan kalaulah terjadi sesuatu cam gitukan.. nasibler ada yang sudi dating.. kot idak tersadailer kan...

norhidana miswan said...

udahla akak baca cite awak ni time ujan lebat, kilat sabung menyabung dik oi... mmg seram...
sbb tu lah akak kalu nk balik kg johor or kerteh mmg suke drive pagi, paling lwt pun kul8-9mlm dh sampai umah, kalu balik johor penah balik pas magrib tp selalunyer time bulan pose hehehe..

yan's cottage said...

he heee...jalan2 kat situ memang seram....lepas nie balik awal pagi jangan malam2 seram tau....

izzah said...

k cho zila: tau xper...nasib baik ada lg mekanik tu....

k dana: hehe...sy tak bertanggungjawab tau akak...xtau pun akak baca masa tgh ujan n dgn kilat lg...tu la, plan awal, blk awal tu kan terbaik...duk lengah2 tu yg jd gini...

k yan: betul tu akak..jln kt situ gelap n seram...berdiri bulu roma...

mama aryan said...

pernah terjadi gak mcm ni, cuma belum pukul 12 mlm dah tersidai kat highway karak...seram gak la dibuatnya,mujur takde apa2 yg berlaku kan