Monday, October 1, 2012

Resepi kek karamel


Atas permintaan kawan-kawan, kat sini daku sertakan resepi untuk kek karamel ni...aku panggil puding kek jer...hehe..jom try ramai-ramai....kat bawah ni hasil dari air tangan daku....rupa tak berapa nak menarik,tapi rasa tu ok la..=)

walaupun rupanya tak begitu menarik,tapi licin jugak la...hehehe...

BAHAN 1
1.       2 sudu besar gula pasir
( Masukkan gula dalam Loyang yang kita nak gunakan nanti…masak dengan api yang perlahan..biar sampai semua gula hancur,kemudian tutup api dan biarkan seketika )

BAHAN 2
1.       3 biji kuning telur
2.       50 gram gula kastor
3.       Esen vanilla
4.       ½ susu cair
( Campurkan semua bahan dan gaul perlahan sampaila dia jadi sebati..jangan sampai kembang pulak yek…kemudian masukkan/tapiskan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi )

BAHAN 3            
1.       3 biji kuning telur
2.       50 gram gula kastor
3.       1 sudu the baking powder
4.       45 ml minyak masak
5.       140 gram tepung gandum
6.       135 ml air biasa
( Pukul telur kuning dengan gula kastor, masukkan minyak masak, air biasa dan pukul sebati…kemudian masukkan baking powder dan tepung gandum…pukul semua dan ketepikan )

BAHAN 4
1.       6 biji putih telur
2.       50 gram gula kastor
( Pukul putih telur sampai kembang dan masukkan gula kastor…pukul pada kelajuan paling tinggi sampaila telur dan gula tu jadi ringan dan macam kapas )

-          Masukkan Bahan 3 dan 4 dalam satu bekas dan kacau sebati.
-          Bahagikan aduanan kepada beberapa bahagian untuk warna. (kuning, hijau, merah)
-          Masukkan aduanan berselang seli warna dalam loyang yang berisi puding/karamel dan gula hangus tadi…aduanan kek ni akan terapung pada pudding tadi…
-          Bakar menggunakan kaedah double boiling pada suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 1 jam
-          Dah siap bakar, tunggu biar sejuk skit baru ditelangkupkan…
-          Lepas tu masukkan dalam peti sejuk…sungguh sedap dimakan sejuk-sejuk…

9 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

slalu yui baut yg biasa..takde kaler2 comel cmni..nmpk menarik ni..nyum2.

ayut said...

leceh gak gaya ye nak membuat..tp cantik la wane2x tu :)

izzah said...

Yui: try la yg kaler2...baru meriah nk mkn.,,hehe....

Ayut;leceh sikit je,..tp bila dh siap mmg puas ati la...

LYAfrina said...

menarik resepi ni...mmg suka mkn..tp xpenh cuba mbuatnyer

izzah said...

Lyafrina:bila suka mkn lg excited nk buat...hehe...kalau dh try cnfirm asyik nk buat je...sedap...:-)

Fiza Rahman said...

Thanks for the resipi. Hurmmmm...bila nak buat erk...hehehe...

izzah said...

fiza:weekend ni dh boleh buat dah....=)

Nora Karim said...

sedapnya nampak...

izzah said...

Try dulu nora br tau sedap ke tak...hehe