Tuesday, July 9, 2013

Di Sana Menanti Syahid

Tergerak hati menulis sesuatu tentang apa yang sedang berlaku kepada penduduk di Mesir... Sana sini terutamanya di FB sibuk masyarakat dunia berbincang dan memperkatakan tentang perkara ni... Ya.. Pemimpin pilihan rakyat iaitu Dr Mohamad Morsi, Presiden di Mesir..

Kagum diri ini bila membaca profile dan data empunya diri.. Seorang hafiz malah suami kepada hafizah dan bapa kepada anak-anak yang turut menjadi hafiz.. Allah, sungguh-sungguh kagum dengan personaliti beliau... Memang tak hairan la beliau  menjadi pilihan rakyat bagi menjadi pemimpin...

Tapi, sesuatu telah berlaku... Rampasan kuasa oleh pihak tentera ke atas Presiden pilihan ramai ini... Jutaan yang telah berkumpul dan tak kurang juga ramai yang telah meninggal dunia atas insiden yang berlaku... Masing-masing tetap setia menyokong di belakang Dr Mohamad Morsi dan bersedia mengejar syahid jika itu yang ditakdirkan untuk mereka... Betapa kentalnya hati masing-masing... Jika kita teliti betul-betul, Dr Mohamad Morsi menjadi Presiden setelah pilihan raya dilakukan secara demokrasi.. So, memang tak timbul la ketidak puasaan hati sebab majoriti penduduk Mesir memang mengangkat beliau sebagai pemimpin... 

Bagi diri ini, hanya mampu berdoa supaya Allah memberikan yang terbaik buat warga Mesir di sana... Berita daripada 2 orang sepupu yang berada di sana, lum lagi sampai ke sini... 

Nota kaki: Ramai tengah sibuk dengan Ramadhan dan isu semasa, si budak sekolah yang satu ni pulak sibuk duk wat video berjanji bagai even baru couple seminggu.. kiki... macam-macam hal... siap ada parody bagai untuk you adik..

9 comments:

wantie said...

Ya saya juga mendoakan agar warga mesir di sana dilindungi Allah.

sedih dengan pergolakan demi pergolakan yang berlaku di tanah arab.

Ira said...

semoga Allah melindungi umat islam di mesir.

mama aryan said...

semoga umat islam di mesir dilindungi oleh Allah sentiasa

Khai♥Rin : anies said...

semoga kemenangan ada utk mereka

izzah said...

Amin ya Rabb..moga Allah bagi kemenangan kepada pihak yg benar...sama2 kita teruskn berdoa yek:-)

Mimi Azirah said...

Semoga mereka dlm lindungan Allah

Fifi Nadhrah said...

sedih dengan pergolakan mesir..

nadia farahida said...

kakkk,nadia pon tengok video budak kapel seminggu tu. kesian pon adaaa. tapi tu sendiri cari penyakit namanyaaa. huhuhu

izzah said...

nadia: lawak kan..hehe..yg terbaru permohonan maaf dr dia n siap mention tu video yg dh lama upload..