Tuesday, March 15, 2016

Allah Maha Tahu

Salam Alaik..

Permulaan hari yang ceria, yang penuh barakah dan cerah...Alhamdulillah...Pagi-pagi ni rasa penuh semangat untuk memulakan tugas yang belum terlaksana lagi..Harini nak share something dalam radio IKIM pagi ni yang disampaikan oleh Imam Muda Asyraf..


Allah bagi apa yang kita perlu dan bukan beri apa yang kita mahu..

Sememangnya betul..katakan kita berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah perkenankan doa kita untuk mendapatakn kereta, walhal kita sebenarnya lebih memerlukan rumah daripada segalanya..maka Allah tidak memperkenankan doa kita dan memberi rumah kerana kita lebih memerlukannya..Kalau itu yang berlaku, maka kita kena lebih muhasabah diri kita kerana kita manusia yang dhaif dan sememangnya tidak tahu perkara yang Allah tahu dan selindungkan buat kita...Selain dari itu, mintalah dari Allah dengan bersungguh-sunguh umpama bayi kecil yang merengek mahukan susu..Mintalah dari Allah se'humble' yang boleh dan menangislah untuk itu...In sha Allah, doa kita akan dimakbulkan samada di dunia mahupun di akhirat..

Kalau dilihat dalam kisah aku sendiri, aku dan suami merancang untuk mengerjakan umrah pada tahun 2014..Masa tu Husna baru lahir..Semangat untuk pergi sana memang berkobar2..Suami pun sama sebab masa tu adalah kali pertama bagi dia..Dipendekkan cerita, masa tu heboh dengan virus Mers CoV yang menyebabkan kematian yang banyak..Pada masa tu, kanak-kanak, orang tua dan yang berpenyakit adalah antara orang yang berpotensi kena virus tu..Aku dan suami masa tu merancang untuk pergi Umrah bersama Hannan dan adik ipar.. 3 hari sebelum pergi, aku dikhabarkan yang visa untuk kami tidak diluluskan...Rasa kecewa, sedih memang bercampur baur..Perasaan teruja nak ke Tanah suci tu dah terbang entah ke mana...Tak dapat nk digambarkan dengan kata-kata..dengan duit yang dah dibayar, dengan beg yang dah siap berkemas..Belum campur lagi dengan perkhabaran kepada saudara mara dan sahabat2..Tapi dah bukan rezki kami agaknya dan ada hikmah di sebalik kejadian ni...Hujung minggu tu, aku ajak suami ke Cameron Highland dan Pulau Pinang kemudian terus ke Kuala Lumpur untuk urusan refund duit yang dah dibayar..Balik tu, aku muhasabah diri semula dan bagi aku, Allah tak pilih aku dan suami untuk menjadi tetamu Dia pada tahun itu...Sesungguhnya hikmah yang terbesar aku dapat pada tahun berikutnya..Alhamdulillah pada tahun ni 2016, rezeki suami untuk ke tanah suci Mekah...In sha Allah, kalau diberikan rezeki dan kesempatan, aku doa moga2 ada rezeki aku dapat mengerjakan umrah bersam-sama dengan suami tercinta pada masa akan datang...aminn..

p/s: harini masuk hari ke 5 En suami di Tanah suci...

Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami sekeluarga...aminn...

5 comments:

aizamia3 said...

Bersyukur dengan rahmatNYA.
Moga urusan di Tanah Suci dipermudahkanNYA.
psstt: cute dan comel anak-anak Izzah.. ;)

norhidana said...

betul tuh dik... sesungguhnya Dia la sebaik2 perancang.... semua insyallah ada hikmahnya...

hepi akak tgk 3 beradik tuh... moga selamat n di permudahkan urusan suami kt sana yek

LydSunshine said...

Memang betul izzah. Saya sangat meyakini tu. Allah beri apa yg kita perlu. Cuma kita ni kan manusia, biasanya bila tak dpt apa yg kita harap tu, masa mula-mula tu kalau tak banyak, mesti ada rasa sikit terkilan dan kecewa kan? Lepas dah muhasabah diri baru la boleh terima dgn redha. Org lain saya ta tau la, tp saya mcm tu.

myliferia said...

Betul, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kita memang ada masanya sampai frust dan mengajuk hati bila yang diidamkan tak dapat, tapi Allah nak gantikan yang lebih best lagi.

Aryan azra said...

Allah sbaik baik perancangkan, moga ada rezeki kita untuk ke sana kan