Friday, September 21, 2012

Cuti-cuti Padang


          Sempena promosi Air Asia yang tengah hangat ni, daku nak mempromosikan tempat best, menarik dan boleh menenangkan fikiran…iaitu BUKIT TINGGI, INDONESIA…kenapa aku sibuk-sibuk nak promote…hehe…sebab tempat ni sememangnya best..best dari segi kawasannya yang tenang, aman damai dan yang paling best sebab kawasan ni banyak tempat untuk bershopping sakan…banyak telekung, kain sulam, kain tenun dll ada dijual disekitar bukit tinggi ni dan harganya pn murah kalau dibandingkan dengan tempat lain..

          Bukit tinggi ni macam ala-ala Cameron highland la…sangat sejuk especially di waktu hujan…bilik-bilik kat area ni memang tak de aircond yek…kawasan dia memang penuh dengan bukit bukau, menghijau dengan sawah padi dan tanaman-tanaman lain…bukan setakat tu je, kawasan dia memang banyak terdapat rumah minangkabau yang mempunyai sejarah yang tersendiri..terpaku sekejap aku masa mendengar penerangan daripada wakil muzium di rumah gadang / rumah minangkabau…kagum dengan senibina, pemikiran dan bakat yang ada pada orang-orang terdahulu…

Memang seronok dan tak puas melancong ke sini…aku tepek beberapa gambar untuk rujukan pada yang berminat…pictures tell the story…betul kan..=)

 Sekitar Pasar pagi Bukit Tinggi

 Pekerja tengah bakar kuih BIKA or kuih neraka (sape ntah yang reka nama neraka ni)

 toko2 kecil

 kelok lekok...

 sekitar kedai kopi pekena coffemate

rumah minangkabau sekitar tasik Maninjau 

 di toko silver


 jam gadang

 sekitar pasar atas

 plaza bukit tinggi


 restoran di tengah sawah

 istana pagar ruyung (betul dah rasanya)

 aktiviti wajib wanita...hehe..shopping

 lagi kain sulam


 Rangkiang (ni aku fail skit nak ingat…asyik Tanya je pada guide yang duk kat Rumah Gadang tu)

 Rumah gadang

 Air terjun Lembah Anai..(sangat sejuk dan dingin airnya…cantik)

Orang tengah menenun...perusahaan turun temurun..

kalau sapa yang nak ke bukit tinggi ni, kena naik flight ke padang dan dari airport mengambil masa lebih kurang 2jam ke bukit tinggi…aku aritu pegi dengan raunsumatra…tiket beli sendiri..online jer..pakej aku deal sendiri dengan orang sana…makin ramai dalam satu group,harga makin murah….sape yang nak buat family day ke,leh la ke sana…memang berbaloi-baloi..harga tiket pun murah jer…=)

7 comments:

LydSunshine said...

Hahah. kuih neraka ke? Mungkin cara bakar tu nampak cam api neraka kot.

Cantik la istana pagar ruyung tu. Teringin nak pegi. Tapi ntah la bila.

izzah said...

Lyd: promote suruh gi ni...memang best...hehe...tiket tgh murah ni...

Unknown said...

wah, syoknya dapat pergi holiday. dah lama tak jalan2 sejak duduk hostel nih :(

Anonymous said...

best tul kat sini yer

izzah said...

Wawa:kumpul duit sikit2 nnti leh la gi berjalan...mmg syiok..tenang pikiran

KA:seriously mmg best...leh jd destinasi honeymoon jgk ni tau...hehe...

Ida said...

Salam, sy n frens nak g bln 5 nti. boleh by sy contact no. utk tourist guide kt sana tak? sbb rata2 tgok pakej kt sini dlm rm600. email sy, real_syuhada@yahoo.com. TQ

Arman said...

Assalamualaikum ...
Salam dari minang kabau.yang biasa disebut dengan nama bukittinggi.Salam juga dari saya.Arman bukittinggi.bergerak di bidang pelancongan dari 1999 sampai sekarang.saya nak tumpang iklan juga kat blog ini..kalau ada tuan dan puan yang nak rancang untuk melancong ke bukittinggi..tapi belum ada contract untuk uruskan lawatan nya.jangan risau.saya boleh bantu untuk mempermudah urusan lawatan tuan dan puan.bila berminat......boleh contract saya di talian .
Call/sms/whatsapp.:+6385374176166
E_mail.Arman pribadi123@gmail.com
FB. :komen aji.




Terima kasih....



Wassalam........