Sempena promosi Air Asia yang tengah hangat ni, daku nak
mempromosikan tempat best, menarik dan boleh menenangkan fikiran…iaitu BUKIT
TINGGI, INDONESIA…kenapa aku sibuk-sibuk nak promote…hehe…sebab tempat ni
sememangnya best..best dari segi kawasannya yang tenang, aman damai dan yang
paling best sebab kawasan ni banyak tempat untuk bershopping sakan…banyak
telekung, kain sulam, kain tenun dll ada dijual disekitar bukit tinggi ni dan
harganya pn murah kalau dibandingkan dengan tempat lain..
Bukit tinggi ni macam ala-ala Cameron highland la…sangat
sejuk especially di waktu hujan…bilik-bilik kat area ni memang tak de aircond
yek…kawasan dia memang penuh dengan bukit bukau, menghijau dengan sawah padi
dan tanaman-tanaman lain…bukan setakat tu je, kawasan dia memang banyak
terdapat rumah minangkabau yang mempunyai sejarah yang tersendiri..terpaku
sekejap aku masa mendengar penerangan daripada wakil muzium di rumah gadang /
rumah minangkabau…kagum dengan senibina, pemikiran dan bakat yang ada pada
orang-orang terdahulu…
Memang seronok dan tak puas melancong ke sini…aku tepek
beberapa gambar untuk rujukan pada yang berminat…pictures tell the story…betul
kan..=)
Sekitar Pasar pagi Bukit Tinggi
Pekerja tengah bakar kuih BIKA or kuih neraka (sape ntah yang reka nama neraka ni)
toko2 kecil
kelok lekok...
sekitar kedai kopi pekena coffemate
rumah minangkabau sekitar tasik Maninjau
di toko silver
jam gadang
sekitar pasar atas
plaza bukit tinggi
restoran di tengah sawah
istana pagar ruyung (betul dah rasanya)
aktiviti wajib wanita...hehe..shopping
lagi kain sulam
Rangkiang (ni aku fail skit nak ingat…asyik Tanya je pada
guide yang duk kat Rumah Gadang tu)
Rumah gadang
Air terjun Lembah Anai..(sangat sejuk dan dingin
airnya…cantik)
Orang tengah menenun...perusahaan turun temurun..
kalau sapa yang nak ke bukit tinggi ni, kena naik flight ke
padang dan dari airport mengambil masa lebih kurang 2jam ke bukit tinggi…aku
aritu pegi dengan raunsumatra…tiket beli sendiri..online jer..pakej aku deal
sendiri dengan orang sana…makin ramai dalam satu group,harga makin murah….sape
yang nak buat family day ke,leh la ke sana…memang berbaloi-baloi..harga tiket
pun murah jer…=)
7 comments:
Hahah. kuih neraka ke? Mungkin cara bakar tu nampak cam api neraka kot.
Cantik la istana pagar ruyung tu. Teringin nak pegi. Tapi ntah la bila.
Lyd: promote suruh gi ni...memang best...hehe...tiket tgh murah ni...
wah, syoknya dapat pergi holiday. dah lama tak jalan2 sejak duduk hostel nih :(
best tul kat sini yer
Wawa:kumpul duit sikit2 nnti leh la gi berjalan...mmg syiok..tenang pikiran
KA:seriously mmg best...leh jd destinasi honeymoon jgk ni tau...hehe...
Salam, sy n frens nak g bln 5 nti. boleh by sy contact no. utk tourist guide kt sana tak? sbb rata2 tgok pakej kt sini dlm rm600. email sy, real_syuhada@yahoo.com. TQ
Assalamualaikum ...
Salam dari minang kabau.yang biasa disebut dengan nama bukittinggi.Salam juga dari saya.Arman bukittinggi.bergerak di bidang pelancongan dari 1999 sampai sekarang.saya nak tumpang iklan juga kat blog ini..kalau ada tuan dan puan yang nak rancang untuk melancong ke bukittinggi..tapi belum ada contract untuk uruskan lawatan nya.jangan risau.saya boleh bantu untuk mempermudah urusan lawatan tuan dan puan.bila berminat......boleh contract saya di talian .
Call/sms/whatsapp.:+6385374176166
E_mail.Arman pribadi123@gmail.com
FB. :komen aji.
Terima kasih....
Wassalam........
Post a Comment