Wednesday, May 29, 2013

Bila rindu bertamu

Ya Allah...rindunya untuk menjadi kekasihMu.. (Pic taken from En. Google)

Salam ukhwah fillah pada semua....

Bila tengok gambar kaabah ni,serta merta rindu bertapak dalam  diri...teringin nak menjejakkan kaki lagi di tanah yang penuh barakah ni...harap ada kesempatan untuk ke sana...

Teringat perbualan ringan antara aku dan en hubby...en hubby nak mengerjakan umrah sebelum melancong ke tempat-tempat yang lain...insyaAllah, dengan izin Allah beserta niat kita, harap segera dimakbulkan dan kita dapat menjadi tetamuNya...Apa yang penting sekali target tu kena ada...kena kumpul duit dari sekarang nak bawak anak-anak sekali kalau boleh...

Nota kaki: mak saudara hubby dah selamat pergi dan balik dari tanah suci...giliran mak dan ayah ku pulak ke sana...semoga perjalanan umrah mereka dipermudahkan dan doakan untuk anak menantu dan cucu di sini...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Restoran MabiQ - memang best..

Salam dan selamat sejahtera buat semua...

              Nak promote restoran best buat orang-orang yang suka makan macam daku ni..Kat Kuantan ni memang banyak restoran best dan makanan yang sedap-sedap, antaranya Restoran Ana Ikan Bakar, Kedai Satay Zul, Sara Thai, Kedai nasi lemak Zaman, Kedai Keropok Mokna yang memang dah femes dan banyak lagi la...
          
          Ni daku nak promote satu lagi restoran yang best jugak iaitu Restoran MABIQ.. Restoran ni sangat simple dan terletak agak 'terceruk' sikit dari jalan besar...Seriously daku yang dah duk lama kat Kuantan ni tak pernah sampai kat restoran ni walaupun sangat-sangat dekat dengan umah...First time makan kat Restoran MABIQ ni, terus buat daku jatuh hati...Menu paling popular kat restoran ni ialah 'paeh patin' iaitu ikan patin yang dibakar bersama dengan tempoyak...memang sedap....daku memang tak berapa nak makan tempoyak ni, tapi bila rasa masakan ni, terus rasa jatuh hati...

 Perjalanan nak masuk ke restoran ni...Dari jauh dah nampak signboard MABIQ

'Paeh Patin' yang dah abis ku telan..



Bersama keluarga mertua...memang licin semua pinggan..

                    Harga bagi 'Paeh Patin' ni dalam anggaran RM6-RM8 je...memang murah...air pun murah jer...layan sendiri, satu gelas RM1...kebanyakkan pekerja yang bekerja kat sini (setahu daku la) pelajar MABIQ ni jugak...masakan kat sini memang sedap...ada daging salai masak lemak lagi tau....daku suka sangat-sangat...memang orang kata berkat makan makanan yang dimasak oleh orang yang solat dan menutup aurat ni kan...Daku tak sempat nak 'snap' iklan jawatan kosong untuk pembantu restoran ni...salah satu ciri-ciri yang dia nak iaitu cukup solat 5 waktu...

                     Pada yang nak ke sini, kena ikut laluan ke Lumpur....naik jambatan yek daripada simpang empat kat bandar tu....dari jambatan terus je sampai la jumpa traffic light dekat Yayasan Pahang tu....belok kiri masuk laluan depan Yayasan Pahang...pastu terus je sebab dari situ dah nampak signboard MABIQ...ikut je signboard tu...nanti sampai la kat restoran yang best ni....

Nota Kaki lima inci: Makan masa perut kosong, memang lagi berselera kan...boleh bertambah-tambah lagi...

Published with Blogger-droid v2.0.10