Salam all...
Permulaan hari yang ceria dan indah...Alhamdulillah...Entry kali ni nak share sikit tentang permasalahan yang daku hadapi nak masuk 3bulan ++ ni...Masa pertama kali buat buku pink aritu, daku dah di'detect' ada masalah HB rendah (10.7)...Masa 1st pregnancy dulu, HB daku memang cantik je, atas 11 dan tak pernah di bawah aras tu...Bila masuk yang kedua ni, jadi pulak masalah ni...So, daku terus meng'google' cara-cara nak menaikkan HB ni...
Macam-macam cara la nak menaikkan HB ni daku tengok...ada yang kata kena makan bayam banyak-banyak...so, terus daku ke kedai beli bayam...Masak dan makan sampai rasa nak muntah...Tapi bila check kat KK untuk check seterusnya paras HB still sama...Try pulak makan kerang, tempe, ikan bilis, jambu batu, hati ayam dan macam-macam la...tapi macam tak berbaloi je pada aku..penat telan semua...
Lastly, baru daku realise sesuatu...rupa-rupanya daku salah makan vitamin yang doktor bagi tu...masa awal preggy, daku amik vitamin tu selepas makan dengan kadar semuanya kena telan 2 biji....memang stress rasa sebab patut 1biji untuk tiap vitamin but daku kena telan 2...tapi bila daku tukar cara pengambilan vitamin daku, iaitu ambil sebelum makan di kala perut kosong...lepas setengah jam baru daku makan...dan guess what, HB daku memang mencanak naik dengan jayanya...syukur ya Allah...dari 10.7 terus naik ke 12.2....senyum lebar dah daku tengok keputusan tu...
Daku tak payah jadi pengunjung setia KK lagi dah...cukup untuk 1 bulan sekali untuk check up....Syukur sangat-sangat....so, pada sesiapa yang ada masalah macam daku ni, tengok semula cara pengambilan vitamin yang korang amalkan di samping banyakkan pengambilan sayur, ikan dan buah-buhan...
Nota Kaki: Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik...Bangga leh jadi cikgu ni =)