Tuesday, October 13, 2015

Bersalin kali ke3

Salam alaik..

Ya Allah..Setelah hampir setahun tak menulis dalam blog comel ni...Maklumla, sekarang sudah official menjadi ibu beranak 3...umur pun sudah 3series...Terasa semakin tua dimamah usia..Sebelum terlupa pengalaman yang ketiga ni, better taip siap2..

Untuk kali ke3 ni, Alhamdulillah daku dan suami dikurniakan baby boy yang sungguh comel...Harini masuk hari ke17.. Bermakna daku sedang berpantang lagi sekarang ni...masih lagi yek dan belum habis tempoh untuk 44 hari tu...hehe..

Untuk makluman, anak yang ke3 ni daku dan suami sungguh2 susah hati sebab hampir kepada due tapi baby macam selesa duk dalam perut..Tak nak keluar2..Jangkaan daku bersalin adalah 28 September 2015 dan Alhamdulillah baby selamat dilahirkan pada 27 September 2015.

Minggu menunggu due tu, daku dan suami memang berulang alik ke kedai beli kelapa muda..nak bagi cepat bersalin konon2 nya...berjalan ke ceruk pantai la n macam2 la kitorang buat...hati dah semakin cuak sebab kalau boleh daku memang tak nak sebarang ubat induce..tapi dah ditakdirkan daku sempat lagi braya aidiladha..

Pagi Sabtu 26 September 2015, daku muntah2...pagi tu daku ingat lagi...sempatla jamah nasi skit sebelum semuanya keluar...memang terasa tak larat satu badan...perut dah rasa lain macam..daku just rehat dalam bilik..masa ni daku kt rumah mertua..maklumla cuti panjang sebab raya haji kan...tengahari tu semua orang takde kat rumah sebab pergi kenduri kawen yang selang berapa biji rumah je..daku memang sungguh2 tak larat...memang tak hirau dah pada makan minum..masuk waktu petang tu, kakak ipar duk tegur muka dah lain macam sangat dan nampak macam nak bersalin katanya...memang instict daku sendiri pun rasa akan melahirkan waktu tu...perut pun dah start sakit2...pada suami ku beritakan..usai solat maghrib tu kitorang bersiap-siap nak ke hospital...rsa sakit yang mild je tapi kitorang kena bertolak dah sebab hospital dengan rumah mertua dekat 1jam setengah..oh ya, mesti pelik kan nape daku tak pergi kat hospital yang paling dekat?semuanya sebab perut daku ni ada scar czer..memang kna bersalin kat HTAA Kuantan..kalau pergi hospital biasa pn doktor pakar bagitau akan naik ambulans dan dihantar ke HTAA jugak..so, better suami je yang hantarkan...

Berbalik pada cerita daku tadi...Dah siap2 semua dengan linangan air mata nak tinggalkan 2 orang lagi anak kat rumah mertua, daku dan suami bertolah ke hospital..sepanjang jalan tu daku duk membaca zikir2 dengan perut yang sesekali mengeras...Sampai2 je kat hospital, prosidur biasa register, VE dan segala macam...Masa ni dh 3-4cm tapi doktor decide suruh daku dimasukkan ke wad dlu sementara menunggu...My hubby pun register la namaku di bahagian kecemasan...masa ni lawak je rasa sebab daku dihantar ke wad kelas ke3 disebabkan suami terlupa nak tunjukkn GL ku...tung tang2 smua suami terpaksa register semula dan tak sempat daku masuk wad, daku dah rasa nak bersalin sangat2..terus daku ditolak masuk ke labour room..

Percubaan demi percubaan, dengan susah payah dan dengan sokongan suami kat sebelah daku masa tu, tak berjaya jugak daku nak keluarkan khalifah kecil kat dalam rahimku..rasanya dekat 1jam jugak la daku duk bertarung dengan sokongan padu nurse2 dan en suami..Last2 doktor pakar terpaksa masuk campur...dan dengan bantuan vacum akhirnya daku selamat melahirkan baby boy yang sangat2 comel seberat 3.7 kg (besar sgt rasa, patut payah beno nk keluarnya) tepat jam 2.50 pagi 27.9.2015...ALHAMDULILLAH A'LA KULLI HAL...


7 comments:

norhidana miswan said...

alhamdulillah... tahniah... dh ada anak 3 dh

ptt lah senyap je sunyi je blog nih... smpai penuh ngn sawang

LydSunshine said...

Tahniah. Syukurlah semuanya dipermudahkan. Selamat berpantang dan menjadi ibu kepada 3 org anak.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Ira said...

Assalam izzah..
Wah dah dpt yg ke 3, alhamdulillah.. tahniah..
Patut la senyap je..
Selamat berpantang.. ada masa update la blog ye..

Ira said...

Assalam izzah..
Wah dah dpt yg ke 3, alhamdulillah.. tahniah..
Patut la senyap je..
Selamat berpantang.. ada masa update la blog ye..

aryan azra said...

Assalamualaikum izzah...

Alhamdulillah tahniah dapat baby boy ye, dahbesar la baby masa akk komen ni kan

izzah said...

alhamdulillah..trima kasih semua...baby pun dh 4bln lebih dh sekarang ni...