Monday, August 11, 2014

Dia yang bergelar GURU

Siapa kata jadi cikgu ni senang...meh nak citer n share sikit...

Seorang guru tak kira lelaki atau perempuan memegang amanah yag MAHA besar...Dia orang yang bertanggungjawab nak mengajar anak2 murid..oppss..bukan takat mengajar je tau,dia kena didik,asuh,latih dan seumpamanya untuk bagi si anak2 murid ni bukan takat pandai tapi terdidik dan terasuh dengan nilai2 murni dan akhlak yang baik...

Hurm..ada lagi tugas cikgu ni...Seorang guru bukan takat bekerja di sekolah,tapi turut bekerja di rumah untuk anak2 murid dia...camner tu? Bunyi macam pelik kan tapi tu la realitinya...di rumah si cikgu ni akan tanda semua buku latihan yang dia dah bagi...oh ya..nape tak buat kt sekolah yek?camner nak siapkan tanda buku kalau masa untuk mengajar kat sekolah terlalu packed...1 hari sampai 6-7 masa...masa senggang or gap yang ada nak digunakan untuk prepare klas seterusnya lagi..nak makan lagi (tu pun kadang2 tak sempat)...Bukan taka tanda buku je kat rumah, si cikgu ni jugak galas taggungjawab untuk tanda kertas pereksa,key in markah online,sediakan lesson plan,sediakan alat bantu mengajar untuk klas esoknya dan banyak lagi la...kalau si cikgu ni lelaki mesti best kan sebab leh settlekan kerja2 sek ni tanpa buat keje rumah..tapi kalau si cikgu ni pempuan,nak kena settlekan semua duty di atas plus plus duty azali di rumah contohnya memasak,basuh baju,sidai baju,basuh pinggan,jaga anak,kemas rumah dan segala macam kerja kat umah nun...tak tersenarai rasanya...memang plus plus kuasa dua la penatnya sehari2...

Tak abis lagi tugas guru ni...bila ada perjumpaan dengan penjaga,masa tu si cikgu ni kena sentiasa rasional dan bersedia dengan sebarang jawapan...masa tu akan ada mak ayah yang serang si cikgu ni sebab anak2 diorang tak 'berjaya' dalam pereksa...sadis...masa tu akan bertambah beban cikgu utk jadi mata2 untuk si penjaga ni..maklumla...anak ketua kampung kan...tak pun anak jkk kampung..kena la pandai dri orang lain..tu yang mak ayah diorang asyik suh tengok je tu..haish..macam2...tapi tu lakadang2 yang berlaku...

Nampak macam senang je kan kerja cikgu ni....tapi realitinya hanya cikgu je yang paham...ada yang kata jadi cikgu ni cum skali jadi kerani, jadi pak guard, jadi tukang kayu..guane tu yek...yelah...pagi2 dah kena isi kedatangan budak...ada fail2 budak kena susun...kalau budak ni xdatang sekolah,kna call penjaga tanya...xpun kalau dah lama xdatang kena hantar surat warning...xke macam tugas kerani tu...pastu sepanjang masa kena jadi guard...'halau' budak2 yang duk berkeliaran n tak reti duk diam...xreti nak ikut peraturan suh duk dalam kelas elok2...

Hurm...tapi tulah..orang hanya pandai kata dan konon2 pandai nilai...berapa ramai cikgu2 yang tertekan sebab kerja...tu belum tambah lagi dengan tekanan berjauhan dengan keluarga dan suami or isteri..tekanan sebab pelajar lagi...dan ada terbaca baru ni artikel pasal seorang guru yang disahkan menghidap kanser otak..nauzubillah...orang boleh kata...silakan pada yang nak berkata2 tu...tapi sebelum tu,tolong ingat bahawa anda yang sekarang adalah bermula denga jasa seorang yang bergelar GURU...

Wallahua'lam..



2 comments:

Ira said...

Assalamualaikum Izzah..
Selamat Hari Raya..
Maaf kalau ada salah & silap ye.
Lama x komen kat sini..

Mmg besar dan berat tanggungjawab seorang guru.. Tiada siapa dpt membalas jasa seorang guru melainkan Allah SWT. Di mana kita berada skg ni, adalah hasil didikan dan doa dari seorang guru. Semoga semua guru yg ada dimuka bumi ini dikurniakan ganjaran pahala yg besar dari Allah SWT.

izzah said...

Selamat hari raya jgk ira...

hehe...lama X update blog ni sebenarnya...smlm terasa mcm nk menulis sesuatu utk personal blog ni...