Wednesday, August 14, 2013

Dugaan terhebat

Sekadar berkongsi kisah dengan semua...bukan kisahku tapi kisah lain yang penuh pengertian...

Tahun 2011...

Mendapat khabar berita mak saudara hubby terjatuh dalam bilik air dan dimasukkan ke hospital...Tahun pertama daku bergelar isteri..mendengar perkhabaran ni,ahli keluarga sebelah hubby bergegas ke kelantan melawat ibu saudara yang koma...Menitis air mata ketika melawat beliau yang terbaring kaku di icu...bergilir-gilir kami masuk ke wad untuk melihat keadaan beliau..pada ketika tu,daku masih ingat keadaan beliau yang sangat lemah...

Tahun 2012...

Dari minggu berganti bulan,dari bulan berganti tahun...keadaan ibu saudara hubby masih belum pulih...doktor meletakkan harapan tipis untuk beliau sembuh..tahun kedua beliau sakit,daku dan hubby menjengah untuk melawat dan melihat keadaan beliau...memang sedih bila melihat separuh daripada tempurung kepala telah tiada akibat pembedahan yang berulang..badan yang berisi semakin kurus akibat rawatan hospital..ingatan pula hampir tiada...hanya mata yang terbuka melihat kami yang datang melawat..renungan kosong daripada beliau membuatkan daku sedikit sebak...

Tahun 2013...

Ramadan penuh pengertian...betapa terkejutnya daku dan suami tika melawat beliau...bukan saja beliau telah sembuh walaupun bukan 100% malah beliau kembali mendapat memori yang telah hilang dulu...betapa besar Kuasa Allah...betapa gigih dan berusahanya anak2 beliau dalam berdoa dan ikhtiar untuk merawat ibu mereka...sebak daku bila suami memeluk ibu saudaranya dan dengan jelas beliau menyebut nama suami...sungguh daku menangis dalam hati memuji kebesaran Allah...jika Allah berkehendak,memang tiada yang mustahil bagiNya...

**Bila teringat kisah ni,betapa daku terasa malu...Baru diuji sikit,daku terus rasa mengalah...melihat kekuatan yang ditunjukkan oleh ibu saudara hubby ni,membuatkan daku makin bersemangat untuk hadapi cabaran yang mendatang...Allah telah tunjukkn betapa BerkuasaNya dia..yang pasti,kita kena meletakkan seluruhnya pada Allah..

Published with Blogger-droid v2.0.10

21 comments:

Ira said...

selamat hari raya izzah..
Allah Maha Berkuasa..
Setiap yg berlaku ada hikmahnya kan..
Kdg2 kita cepat melatah bila diduga sedikit.. Tabah sungguh mak sedara hubby izzah.
Smga beliau cepat sembuh..

izzah said...

Selamat hari raya jgk ira...ketabahan yg semua kna ikut...betapa terharunya dia seolah2 mati hidup smula...

aizamia3 said...

Allah Maha Berkuasa..
Alhamdulillah.. moga mak saudara en. suami Izzah kuat dan sihat dalam mengharungi kehidupan seharian.. ;)

Unknown said...

sabar tu besar nikmatnya kan kak...semua yg berlaku ada hikmahnya.. moga Allah sembuhkan penyakit mak sedara hubby akak tu..

izzah said...

Aizamia:amin ya rabb...tgk dia mmg kntal n kuat sgt....tak sgka boleh recover...mmg rare...1dlm sejuta kes ni...even dktor pn dh give up...

Jijah:betul tu..moga kita pn dpt contohi beliau...kalau kita di tempat dia,xtau mmpu or x nk tggung smua tu..

Cho Zila said...

terasa kerdilnyer diri ini.. diuji sedikit gelabahnyer ya ampun.. memang Allah akan menguji kita setakat kemampuan kitakan...
selamat hari raya...

izzah said...

K cho...bkn akak je,sy pn serupa...terasa malu sgt kn bila tgk penderitaan org lain yg maha hebat...

wantie said...

subhanallah..

betul tu, akak selalu mengomel bila diduga sedikit je pun.

Moga kisha ini memberi pengajaran

izzah said...

K wantie; insyaAllah kita sama2 muhasabah diri kita...kita kna lbh byk tgk kehidupan org lain,br kita tau erti syukur..

AnneRaini said...

selamat hari ry. besarkan kuasa Allah. mmg betullah kite ni baru diuji dah mengeluh, meratap...

dear anies said...

krn tu sabar dikira sebahagian drpd iman..

izzah said...

Anneraini: betul tu...kita hmba yg lemah...sbb tu kita kna slalu brdoa moga diberi kekuatan utk hadapi ujian utk kita...

Anies: true indeed...kekuatan org yg beriman adalah dgn sabar:-)

Fifi Nadhrah said...

selamat hari raya izzah.. subhanAllah.. hebat kuase Allah.. kun fa yakun kan.. banyak bende kite tak jangke boleh berlaku dengan kuase Allah..

ps: izzah.. mmg betul pon tekaan izzah.. cume sekarang nak rahsie2 dulu.. hahaha.. boleh kan..

izzah said...

Fifi: tiap yg trjadi mmg bg pengajaran pd yg lain kn...Wah fifi...se'geng' la kita...take care yek...happy trlajak plk bila tau ni:-P

Unknown said...

selamat hari raya izzah...

setiap apa yg berlaku tu ada hikmahNya kan, semoga mak sedara hubby izzah tu akan diberi kesihatan yg lebih baik selepas ni insha Allah

eita said...

salam aidilfitri...


memang kuat benar semangan mak sedara hubby izzah kan..
semoga beliau sembuh sepenuhnya...in shaa allah

Kakzakie Purvit said...

Kunfayakun Allah siapa yg mampu menjangka izzah... Kalau DIA mahu apa juga boleh terjadi.

Fifi Nadhrah said...

haah izzah.. semue ade himahnye..kite yang tengok pon kene fikir di mane baik buruknye..

hahaha.. segeng la ni.. tengah sibuk gali ilmu ni.. nak try RLT dulu.. :) lame dah.. saje nak sorok sbb awal lagi..

are_lin@yu said...

kdg tu dugaan yg menguatkan kita kan..

LydSunshine said...

Subhanallah, masyaAllah... Besarnya kuasa Allah. Terkesima kejap membacanya. Ini adalah salah satu daripada sad story yang become happy ending. Bukan semua sakit kronik berakhir dgn kematian.

Mimie said...

Kebesaran Allah...sabar itu kunci kekuatan diri