Friday, August 23, 2013

Bersihkan jiwa dengan makanan

Salam semua...salam syawal...

Seronok bila bercakap tentang makanan ni kan...Maklumla, bulan syawal yang memang meriah dengan makanan dan hidangan yang pelbagai... Bulan yang terkenal jugak dengan rumah terbuka...Sebut pasal rumah terbuka ni, mestilah ada kaitan dengan makanan jugak kan...Kalau daku ke rumah terbuka ni, daku cari satay dan lontong je..kalau ada menu ni, memang daku berselera la nak makan..kalau takde tu, lambat la sikit...

Sejauh mana kita mengambil berat tentang makanan dan pemakanan seharian kita ni...Mesti ramai yang lebih utamakan makanan yang berkhasiat, tak berlemak, bukan 'fastfood' dan pendek kata makanan sihat la...Tapi, berapa ramai daripada kita melihat dari sudut pelaksanaan sebelum sesuatu makanan tu dimasak dan penyediaannya?Siapa yang memasak?Bagaimana aurat orang yang memasak tu?Pernah tak kita pikir semua tu? Maaf bercakap...Ramai daripada kita tak pernah dan tak ambil endah tentang semua ni...Asal nama makanan, semua dimakan...Tak kisah siapa yang memasak, janji nampak sedap 'confirm' akan ditelan...


Gambar hiasan...Cari pic makanan dalam laptop, ni je yang ada..hehe..

Pada daku, nak bentuk sesebuah rohani, pemakanan kena jaga...Bila terjaga makanan yang masuk dalam perut kita ni, insyaAllah jiwa dan rohani kita pun mudah nak dibentuk...Sebab tu, kita digalakkan memasak sendiri makanan kita..Nak-nak orang yang bergelar 'ibu' ni...Memang takde masakan yang tersedap dalam dunia ni melainkan masakan ibu kita sendiri...setuju kan?Daku pun kadang-kadang walau pandai masak sesuatu tu, mesti nak rasa masakan mak sendiri...yelah kan, nak la jugak manja-manja kucing dengan mak walaupun dah jadi mak budak ni..hehe...

Pernah jadi di sebuah sekolah tahfiz di Semenanjung Malaysia, seorang wanita menyedekahkan makanan buat semua pelajar...Nak tau apa yang berlaku lepas tu...Esoknya, semua budak-budak ni liat nak bagun subuh...puas ustaz-ustaz duk kejut, tapi masing-masing seolah-olah kena gam mata diorang dan lemah badan...Ustaz ni pelik la dan kaji makanan terakhir yang diorang makan...Rupa-rupanya, makanan terakhir ni daripada sedekah si perempuan tadi yang tak sempurna menutup auratnya...Lepas daripada kejadian tu, ustaz ni memang tak terima sebarang sedekah makanan dah...Ni kisah benar yang kawanku ceritakan padaku...

So, makanan ni memang kena hati-hati....siapa yang memasak makanan tu pun kita kena tengok...Kalau boleh, janganlah beli makanan yang dimasak or dijual oleh orang yang tak tutup aurat...Kita nak jaga anak-anak kita, rohani diorang dan jiwa diorang...Bila terjaga makanan anak-anak kita ni, insyaAllah senang kita nak bentuk anak-anak kita nanti...Kalau boleh, tiap kali kita nak masak untuk family kita, selawatlah banyak-banyak...masa nak basuh beras, basuh sayur, masukkan garam, kacau makanan dan semua hal masa tengah masak la....Kena sentiasa beringat sebab makanan tu akan jadi darah daging diorang...wallahua'lam...

Nota kaki: Tengah berusaha bagi yang terbaik pada family sendiri =)

14 comments:

dear anies said...

cerita psl bdk tahfiz tu hmpr sm dgn cerita yg penah sy dgr sblm ni. cuma situasi je berbeza. depa p mkn kepsi then esoknya susah nk menghafal..

nuyui a.k.a miss YUI said...

btul tu kak..pmknn kena jaga..

izzah said...

Anies: ye ke...mmg mknn ni leh pengaruhi mcm2 kn...bdk hafiz lg la kna jaga pemakanan diorg...kalau x,mmg ssh nk mghafaz...

Yui: mmg kna jaga tp kadang2 kita ni xtrjaga dek sebab konon2 teringin nk mkn mcm2...hehe...

Ira said...

terima kasih atas perkongsian.
betul tu izzah..
ira ni lg la.. hari2 makan kat luar bila time keje. huhu...
kene hati2 bila membeli ni..

ira pn sedang cuba utk buat yg terbaik & jd yg terbaik utk family..

amirah said...

memang susah nak menjaga kalau makan diluar..tambah2 lagi kedai2 kan..pasni kena selalu hati2

izzah said...

Ira: kita yg bekerja ni mmg xlari drp beli mknn kt luar kn..tu la,kalau blh elak seeloknya kita elak..try jaga mana yg trmampu..:-)

Amirah: true indeed...byk bnda kita kna jaga skrg ni kn...

Unknown said...

Oo bahaya gak tu yer sbb apa yg kita mkn jd darah daging..kdg mmg kita xperasan pon kan..kena hati hati pasni..

izzah said...

jijah: dh ada anak nnti lg la nk kena jaga2 sebab pemakanan anak akan mempengaruhi minda n sikap dia...so, kita sbg ibu kna jaga2 tentang hal ni...=) just my 2 cents...

Cik Rose said...

Selamat hari raya Aidilfitri Ros ucapkan. baru sempat ke sini. maklumlah cuti lama. hihihi..
terima kasih untuk peringatan ni. Ros pun tengah mencuba kurangkan makan kat luar. nak masak sendiri je. sedang berusaha ke arah itu

Cik Rose said...

Selamat hari raya Aidilfitri Ros ucapkan. baru sempat ke sini. maklumlah cuti lama. hihihi..
terima kasih untuk peringatan ni. Ros pun tengah mencuba kurangkan makan kat luar. nak masak sendiri je. sedang berusaha ke arah itu

izzah said...

Ros: InsyaAllah...yg penting kita ada usaha ke arah tu...kita pakat2 bykkn masak kt umah plk skrg ni...biar xsedap,lama2 jd sedap jgk nnti...hehe...

Cho Zila said...

memang terasa rendahnyer diri ini... moga kita mmp memperbaiki diri utk menjadikan diri kita dan keluarga mendapat yang terbaik...

Kakzakie Purvit said...

Mula kakak terfikir-fikir apalagi bila masuk restoran yg rata-rata tak nampak pun siapa yg masak. Yg kita tahu restoran halal...

izzah said...

k cho: byk benda lg kan kita nk kena perbaiki...sy pun sama...insan yg serba lemah...byk sgt kurang drp yg lebih..

k zakie: tu yg bahayanya kak...hotel2 pun kita kna beware jgk sbb bukan semua hotel yg dpt sijil halal ni...