Monday, July 16, 2012

Hajat tak sampai

Salam semua,

Alkisahnya petang samalam aku n en hubby ke showroom proton...konon-konon nak test drive keta baru idaman malaya...tapi hajat tak kesampaian sebab salesman tu kata kena buat appoinment dulu kalau nak test drive...huhu...xper la, xde rezki nak test....

Jatuh hati pandang pertama tengok preve merah camni semalam...hehe...

Mesti bangga kan jadi rakyat Malaysia sebab sekarang negara dah mampu keluarkan kereta yang hampir setaraf dengan kereta-kereta luar yang lain...teknologi yang canggih hampir setara dengan teknologi nissan...memang wow dan kalau kita tengok kereta preve ni memang boleh dikatakan ianya adalah kereta mampu milik rakyat malaysia...dengan body yang besar n teknologi yang canggih, memang berbaloi la untuk beli...

Meh sini kita ushar-ushar kelebihan kereta preve ni:

1) Exterior - luaran dia je pn memang cantik, body yang sangat smart, lampu LED yang memang lawa, sport rim dengan tayar 16" (tak yah nak pikir-pikir tukar sport rim lain dah)

2) Interior - dashboard best, lawa n elegan, ruang dalam yang memang luas (nak angkut satu family pn boleh, malah lagi besar daripada inspira), push start enjin (tekan button je, ala-ala suzuki swift), boot yang saaaaaangat luas (kalau nk baring kat bonet pn boleh n sangat sesuai untuk sape2 yang jenis bawak barang satu almari kalau pegi berjalan tu), siap ada 4g wifi lagi...

3) Performance &safety - enjin yang upgrade 1.6, enjin campro (macam enjin exora),  7 speed protronic transmission (memang sesuai la untuk yang suka rempit-rempit ni,hehe), air bag ada 4 tu (depan belakang semua ada)

So,memang best n banyak lebih kereta ni kan...tapi.....kena tengok betul-betul...tak semua preve yang ada features yang best-best ni...contohnya macam push start button, 4 airbags, turbo engine, automatik foldable side mirror etc, tu semua hanya ada pada preve premium jer...harganya dalam 59k untuk manual exec, 62k untuk auto exec n 72k untuk premium...bagi pendapat aku la kalau nak beli better ambik premium eventhough harga dia lebih mahal (lebih kurang beza 10 k), tapi takpe sebab teknologi yang ada tu memang sangat-sangat berbaloi dengan harga dia...apa lagi, leh la pakat2 survey n angkut sebijik sorang pasni...hehe...nak tau lebih lanjut, klik jer kat link SINI...


Nota kaki ~ bukan nak promote proton lebih-lebih yek, tapi ni lah realitinya...mutu pembuatan kereta kat malaysia ni dah semakin meningkat...(Nak angkut sebijik preve ni pun macam tak berapa sesuai sebab kereta en hubby dah ada..huhu....)

7 comments:

Anonymous said...

wah berhajat nak sambar ke?

Salina Mat Isa said...

cantik jgk preve tu..angkut la sebijik..

izzah said...

kesuma: ada jgk hajat di hati tu...tp bila pikir2 smpai rm 800 sbulan nk kena bayo,xjd la..hehe...sayang duit...

teraak hati:memang cantik pn...tp yg executive kalau nk beli mmg xworth..better beli premium...

LydSunshine said...

Boleh tahan jugak ek keta ni. Harga pun kira okay jugak.

izzah said...

Lydsunshine: memang sgt2 ok...apa lg,angkut la 1bijik =)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

beli mpv la sebab makin bertambah ahli keluarga nanti. hehe

izzah said...

husna:mmg ada perancangan..tp tu perancangan 10 thn lg..hehe...bila kewangan makin mntop,leh la sambar estima plk....hehe...