Wednesday, September 28, 2011

Membina Keluarga Rabbani

Petikan ceramah Prof Dr Muhaya bt Muhamad

Penyampaian yg menarik drp Prof Dr Muhaya

       Dalam proses pembentukan keluarga yg bahagia,aman,sentosa dan penuh dengan barakah, smuanya mesti bermula di rumah. Konteks rumah di sini semestinya daripada ibu bapa. Ya, ibu bapa yg berperanan paling penting dalam membentuk keluarga tu sendiri. Sebagai contoh, bila kita nk bina masjid, maka kita bukan nak bina FIZIKALnya sahaja tapi mesti ditambah dengan RUH supaya masjid yg terbina itu membangun penuh dengan jiwa, harmoni dan makmur dan bukan untuk kecantikan semata-mata. Ini sama jg dlm pembentukan insan atau keluarga. Kita bukan nak lihat hanya pd fizikal, tapi mesti ditambah dengan ruh supaya insan yang terbina itu menjadi insan berakhlak dan berbudi pekerti mulia.

       Bagi pembentukan anak, ruh nya mesti dibangunkan begitu juga fizikalnya. Dari segi fizikal smua dh sedia maklum tapi dari segi ruhnya, anak-anak ini mestilah diberikan senaman iman. Contoh termudah adalah solat 5 waktu sehari semalam. Drp solat ini, anak-anak bukan shj terdidik dari segi disiplin diri tetapi juga pembangunan sahsiah, akhlak dan rohaniah anak tu.

       Selain daripada itu jgk, adalah menjadi FITRAH semulajadi manusia tu, kalau kta sentiasa bercakap benar,baik dan jujur maka RUH nya akan menjadi kuat tapi kalau sebaliknya, kalau kita suka bercakap bohong,  menipu, khianat, bercakap perkara yang tidak elok maka RUH kita juga akan terjejas menjadi lemah.

        Kesimpulannya ibu bapa perlu mempunyai ilmu sebelum mendidik anak-anak. Selalulah puji anak-anak supaya minda mereka sentiasa positif dan jauh daripada elemen negatif. Ibu bapa juga perlulah berakhlak mulia supaya dapat dicontohi oleh anak-anak, sentiasa melakukan ibadah, adakan tazkirah, sentiasa berjemaah samada berjemaah solat atau makan serta perkara-perkara baik yang lain. Yang terpenting, terapkan solat 5 waktu pada diri setiap anak. Ingatlah bahawa  

** ANAK ITU ADALAH ANUGERAH DAN AMANAH DARIPADA ALLAH..

~ Ding Dong ~
Ramai Merancang Majlis Perkahwinan Tapi Tak Ramai Yang Merancang Perkahwinan Tu Sendiri..(sama-sama kita doakan moga kita sentiasa menjadi lebih baik daripada semalam dan hari ini..amin…)

3 comments:

(,")~@r!e$ GiRL~ said...

betapa ramai yg merancang majlis perkahwinan dengan teliti supaya majlis itu gah, meriah n berjalan dgn lancar sampai TERLUPA merancang kehidupan selepas berkahwin...berapa ramai yg sedar bahawa tanggungjwb selepas berkahwin amat la berat sekali...bukan sekadar janji sehidup semati, suka duka bersama n bergembira "akhirnya dikau menjadi milikku"...tak hairan la zaman sekarang penceraian sering kali berlaku..mereka ini tak betul2 memahami peranan n tanggungjwb masing2.....alangkah sedihnya hati apabila membaca berita di dada akhbar kes2 penceraian n anak isteri terbiar tanpa nafkah...muda2 lg dah jadi janda..ada yg umur 23, 24 dah 2,3 kali kahwin...di mana sebenarnya matlamat perkahwinan tu???salah siapakah ini???adakah salah mereka n keluarga mereka???

izzah said...

betul tu...sokong2...tazkirah byk2 kt masjid xnk gi..yg hok dok slalu gi ke konsert2...mcm mana la nk bentuk keluarga yg di redhai..

izzah said...

@(,")~@r!e$ GiRL~

ibu bapa pn patut disalahkan...