Monday, August 26, 2013

Ummi Kena Kuat

Betullah kan apa yang kita selalu dengar dan apa yang selalu orang lain cakap, anak yang dikandung akan mewarisi sikap dan perangai semasa si ibu mengandungkannya..Kalau si ibu semasa mengandung tu menjadi seorang yang cepat marah, sedikit sebanyak anak yang dikandung bakal mewarisi sifat tu jugak…Kalau si ibu ni seorang yang sangat sabar, insyaAllah anak yang bakal lahir tu jugak akan jadi macam si ibunya…Sebab tu la mak-mak kita selalu sangat pesan, masa mengandung jaga percakapan, jaga perilaku, jaga akhlak dan jaga segala-galanya…

Dua tiga bulan yang lepas daku menerima berita sedih yang rasanya tak mampu sungguh nak kutanggung berseorangan…Penantian membawa khabar duka…sungguh masa tu rasa hiba dan sedih…Result pertukaran yang ditunggu tak memihak padaku…ALLAH…berat menerima berita ni…beban kecewa memang tak tertanggung rasa…Masa menerima berita ni, memang daku tak mampu nak tahan rasa kecewa dan sedih…Air mata memang tak yah nak cakap, dah tak terbendung…Dalam pada daku sibuk melayan rasa, ada tangan kecil dan suara halus menyapa…Hannan tengah duduk setentang denganku sambil mulut tak henti-henti bersuara…mungkin kalau nak diterjemahkan boleh membawa maksud, “Ummi dah lah tu..Ummi kena kuat”…

Daku macam baru tersedar dengan kehadiran Hannan…Makin galak dan laju air mata ni mengalir…malam tu dengan Hannan sekali duk meraung sebab tengok ummi dia menangis…Baru daku sedar, masa daku mengandungkan Hannan dulu memang emosiku bergolak…kadang suka kadang sedih dan Hannan sendiri seolah-olah memahami diri ummi dia ni walaupun dia baru berusia 1tahun setengah.. Besarnya KuasaMu ya Allah…

Anak bijak dan solehah..maklumla,tak lama lagi nak jadi kakak dah..=)

Kaklong Hannan senyum simpul....

Apapun, daku dah terima semuanya sebagai takdir dan ujian..Mungkin ada hikmah terselindung yang lebih besar menanti daku sekeluarga…Kadang-kadang kita akan dapat apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan…Perancangan Allah itu adalah yang terbaik…Mungkin Dia takkan penuhi apa yang kita inginkan sehinggalah kita tunduk dan sentiasa redha padaNya, dan pada masa tu lah rintihan kita akan didengar dan permintaan kita akan dipernuhi…insyaAllah…



Nota Kaki: tak nak jadi manja-manja sangat..tak nak sedih-sedih…sebab nak bagi baby yang dalam tummy ni jadi kuat dan tahan dugaan…

Friday, August 23, 2013

Bersihkan jiwa dengan makanan

Salam semua...salam syawal...

Seronok bila bercakap tentang makanan ni kan...Maklumla, bulan syawal yang memang meriah dengan makanan dan hidangan yang pelbagai... Bulan yang terkenal jugak dengan rumah terbuka...Sebut pasal rumah terbuka ni, mestilah ada kaitan dengan makanan jugak kan...Kalau daku ke rumah terbuka ni, daku cari satay dan lontong je..kalau ada menu ni, memang daku berselera la nak makan..kalau takde tu, lambat la sikit...

Sejauh mana kita mengambil berat tentang makanan dan pemakanan seharian kita ni...Mesti ramai yang lebih utamakan makanan yang berkhasiat, tak berlemak, bukan 'fastfood' dan pendek kata makanan sihat la...Tapi, berapa ramai daripada kita melihat dari sudut pelaksanaan sebelum sesuatu makanan tu dimasak dan penyediaannya?Siapa yang memasak?Bagaimana aurat orang yang memasak tu?Pernah tak kita pikir semua tu? Maaf bercakap...Ramai daripada kita tak pernah dan tak ambil endah tentang semua ni...Asal nama makanan, semua dimakan...Tak kisah siapa yang memasak, janji nampak sedap 'confirm' akan ditelan...


Gambar hiasan...Cari pic makanan dalam laptop, ni je yang ada..hehe..

Pada daku, nak bentuk sesebuah rohani, pemakanan kena jaga...Bila terjaga makanan yang masuk dalam perut kita ni, insyaAllah jiwa dan rohani kita pun mudah nak dibentuk...Sebab tu, kita digalakkan memasak sendiri makanan kita..Nak-nak orang yang bergelar 'ibu' ni...Memang takde masakan yang tersedap dalam dunia ni melainkan masakan ibu kita sendiri...setuju kan?Daku pun kadang-kadang walau pandai masak sesuatu tu, mesti nak rasa masakan mak sendiri...yelah kan, nak la jugak manja-manja kucing dengan mak walaupun dah jadi mak budak ni..hehe...

Pernah jadi di sebuah sekolah tahfiz di Semenanjung Malaysia, seorang wanita menyedekahkan makanan buat semua pelajar...Nak tau apa yang berlaku lepas tu...Esoknya, semua budak-budak ni liat nak bagun subuh...puas ustaz-ustaz duk kejut, tapi masing-masing seolah-olah kena gam mata diorang dan lemah badan...Ustaz ni pelik la dan kaji makanan terakhir yang diorang makan...Rupa-rupanya, makanan terakhir ni daripada sedekah si perempuan tadi yang tak sempurna menutup auratnya...Lepas daripada kejadian tu, ustaz ni memang tak terima sebarang sedekah makanan dah...Ni kisah benar yang kawanku ceritakan padaku...

So, makanan ni memang kena hati-hati....siapa yang memasak makanan tu pun kita kena tengok...Kalau boleh, janganlah beli makanan yang dimasak or dijual oleh orang yang tak tutup aurat...Kita nak jaga anak-anak kita, rohani diorang dan jiwa diorang...Bila terjaga makanan anak-anak kita ni, insyaAllah senang kita nak bentuk anak-anak kita nanti...Kalau boleh, tiap kali kita nak masak untuk family kita, selawatlah banyak-banyak...masa nak basuh beras, basuh sayur, masukkan garam, kacau makanan dan semua hal masa tengah masak la....Kena sentiasa beringat sebab makanan tu akan jadi darah daging diorang...wallahua'lam...

Nota kaki: Tengah berusaha bagi yang terbaik pada family sendiri =)