Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan yang dirindui

Salam Ramadhan untuk semua..

Moga Ramadhan kali ni bukan yang terakhir untuk kita semua dan doakan supaya kita dapat mengerjakan sebanyak mungkin ibadah kepada Allah taala... Insya Allah..

Sumber dari FB


Checklist untuk Ramadhan:
1) Zikir dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
2) Khatam quran atau sekurang-kurangnya satu muka bagi satu malam
3) Solat terawih
4) Sedekah

Nota Kaki lima inci : Jom sama-sama audit diri kita pada Ramadhan kali ni...

Di Sana Menanti Syahid

Tergerak hati menulis sesuatu tentang apa yang sedang berlaku kepada penduduk di Mesir... Sana sini terutamanya di FB sibuk masyarakat dunia berbincang dan memperkatakan tentang perkara ni... Ya.. Pemimpin pilihan rakyat iaitu Dr Mohamad Morsi, Presiden di Mesir..

Kagum diri ini bila membaca profile dan data empunya diri.. Seorang hafiz malah suami kepada hafizah dan bapa kepada anak-anak yang turut menjadi hafiz.. Allah, sungguh-sungguh kagum dengan personaliti beliau... Memang tak hairan la beliau  menjadi pilihan rakyat bagi menjadi pemimpin...

Tapi, sesuatu telah berlaku... Rampasan kuasa oleh pihak tentera ke atas Presiden pilihan ramai ini... Jutaan yang telah berkumpul dan tak kurang juga ramai yang telah meninggal dunia atas insiden yang berlaku... Masing-masing tetap setia menyokong di belakang Dr Mohamad Morsi dan bersedia mengejar syahid jika itu yang ditakdirkan untuk mereka... Betapa kentalnya hati masing-masing... Jika kita teliti betul-betul, Dr Mohamad Morsi menjadi Presiden setelah pilihan raya dilakukan secara demokrasi.. So, memang tak timbul la ketidak puasaan hati sebab majoriti penduduk Mesir memang mengangkat beliau sebagai pemimpin... 

Bagi diri ini, hanya mampu berdoa supaya Allah memberikan yang terbaik buat warga Mesir di sana... Berita daripada 2 orang sepupu yang berada di sana, lum lagi sampai ke sini... 

Nota kaki: Ramai tengah sibuk dengan Ramadhan dan isu semasa, si budak sekolah yang satu ni pulak sibuk duk wat video berjanji bagai even baru couple seminggu.. kiki... macam-macam hal... siap ada parody bagai untuk you adik..