Thursday, May 13, 2010

kawen oo kawen

    Sensitif betul bila dengar perkataan 'kawen' tu (bg sesetengah orang la kec aku)..Sensitif bagi mereka yg sudah lama membujang dan belum bertemu jodohnya...

 :: Gambar Hiasan-Untuk bakal Pengantin ::

     Cuti sekolah bakal tiba xlama lagi..jadi masing-masing mengambil peluang utk mengadakan walimatul urus..Tahniah aku ucapkan kepada rakan2 ku yg bakal naik pelamin utk cuti sekolah yg akan datang ni..memang ramai dah aku sendiri xtau samada mampu atau tidak utk memenuhi jemputan2 yg hadir..semuanya bukan dekat2..ada yg di Cameron Highland, Kelantan, Muadzam dan byk tmpat lagi..tp yg pasti kenduri kawen bg mak sdaraku yg bongsu akan aku hadiri =)
 
     Tp apa2pn TAHNIAH aku ucapkan kpd yg bakal bergelar ratu dan raja sehari especially kepada rakan-rakan seperjuangan semasa di SMKAP dan UIAM...moga kalian semua sentiasa di bawah rahmat Allah dan bahagia hendaknya hingga ke anak cucu..aminnn...

Saturday, April 10, 2010

Guru oh Guru

        Besarnya pengorbanan seorang guru...mmg semua xdpt nk menyangkal tentang peranan dan pengorbanan yg telah diberikan oleh seorg guru..hal ini aku bincangkan dgn para pelajarku di kelas 4canggih..tegas skali nada suara salah seorg pelajarku, 'mana ada lawyer,arkitek, doktor klu bukan sbb ckgu,' bagus..memang bagus...terdiam semua yg mendengar..kagum aku kerana jarang skali aku jumper ank muridku yg betul2 mahu menjadi pendidik...mmg kalimah itulah yg sering kiter dgr apabila tiba Hari Guru..kalimah itulah yg akan dilaung2kn..memang betul..tp pendidik di sini bukanlah sekadar mengajar mata pelajarn dalam kelas,tp pendidik dalam masa yg sama mentarbiah para pelajar..mendidik supaya mereka menjadi org yg berilmu dalam masa yg sama memiliki sahsiah yg terpuji..itu yg kita harapkan...dan memang,tugas guru ini  amatlah berat...

        Teringat aku semasa aku di'observe' oleh pensyarahku...byknya la kelemahan yg aku perlu perbaiki..klu dulu semua org akan berfikir,betapa mudahnya sekadar bercakap di hadapan kemudian mengarah para pelajar membuat itu dan ini...hakikatnya tidaklah begitu....semasa kita sedang mengajar,nilai2 murni perlu diterapkan sekali...'spoonfeeding' hendaklah dielakkan..kerana itulah rmai pelajar menjadi malas...

        Berbeza pendidikan dahulu dan sekarang...dahulu,masih selamber walaupun dirotan oleh guru,masih tersengih walaupun dihentam belakang dengan buku log yg tebal,masih boleh ketawa walaupn disuruh 'tawaf' keliling sekolah,itulah pelajar dahulu..dan kerana jasa2 guru jadilah kami yg skrg..TERIMA KASIH CIKGU...

       Tapi kita boleh lihat skrg,rotan tidak dibenarkan...attitude pelajar sendiri terhadap pelajaran sgtlah teruk...biler kita bndingkan antara mereka dgn pelajar yg lain, 'mereka mmg mcm tu,''mereka skema,''mereka baru masuk sek,masih bersemangat', byknyer la alasan yg diberikan..ssh betul nk ubah pemikiran yg dh taboo dlm minda masing2...nk jd cemerlang,tp pemikiran ttp xcemerlang...macam2...