Wednesday, January 18, 2017

Basuh kereta auto dan semi auto di Kuantan

Hai everyone..

Masih mencari tempat untuk membasuh kereta? Ayat macam nak promote ni..hehe.. Aku dan suami memang selalu ke tempat membasuh kereta yang tak payah nak turun dari kereta.. Ni memang pemalas tahap gaban ni..kui kui.. So, selalunya kami akan ke bandar Kuantan untuk tujuan membasuh kereta (luar sahaja) di pusat auto tu.. Ala..kalau orang Kuantan mesti tahu kat mana.. Kat simpang empat jalan menuju ke jambatan (Tanjung Lumpur) tu, sebelum masuk ke simpang shell sebelah kiri.. Situ la pusat basuh kereta auto tu..Meh aku petakan sedikit supaya lebih nampak..


Semangat sungguh kan buat peta ni...

Baru ni kitorang jadi makin seronok sebab ada pusat auto basuh kereta yang baru bukak di Kampung Padang, Kuantan.. Duk menggoogle cari, tak jumpa pun.. Jenuh rasa sambil mencari, sambil tengok Google..Akhirnya, jumpa la kitorang di pusat basuh kereta tu.. Tapi...dia bukan totally auto, tapi sekadar semi auto..Yang auto nya hanyalah tempat bilas yang keluar air tu je..daripada sabun, cuci dan lap semua gunakan tenaga manusia.. Kitorang ok je as long as kitorang still dalam kereta..hehe

Ni la tempat dia tau..

Kot-kot ada orang yang sama macam kami suami isteri yang tengah cari pusat basuh kereta area Kampung Padang tu, anda boleh menuju ke sana, sampai la ke traffik light simpang empat nanti, belok kanan kalau anda dari arah bandar Kuantan, then tengok belah kanan anda memang nampak terus tempat basuh kereta tu..Semi auto dan dia hanyalah di bangunan kedai biasa.. Kedai paling ujung dan paling dekat dengan simpang masuk tu je..memang tak susah la sebab anda2 akan terus nampak tempat basuh kereta tu..Masa kami sampai sana, tak banyak kereta pun..sekadar kereta kitorang dan sebiji lagi kereta di belakang kitorang..

ok lah..lainkali cerita lagi..bye

3 comments:

Ira said...

Hehe.. Senang kan, tak yah berpanas menunggu kereta siap basuh..

norhidana said...

dulu2 jarang ada basuh kete auto nih kan...
skrg dh banyak tempat yg ada...
kadang seronok sbb blh tgk proses membasuh tu dr dlm kete

Rozainal said...

Di kg padang yg anda maksudkn tu di Taman Impian , jln sg lembing..