Friday, June 15, 2012

Jom TURN ON mood melancong

          Lamanya lah rasa tak memanjakan diri dengan cuti-cuti sambil melancong ni..daripada mengandung sampai melahirkan,belum ada rezki lagi nak pegi melancong sambil berjimba-jimba dengan en.hubby...masa memboyot haritu ada juga terasa-rasa nak naik kapal terbang..tapi memandangkan perut yang makin membesar,dah confirm-confirm akan di'reject' oleh mana-mana airlines...hehe...so,terpaksalah melupakan hasrat nan satu itu...

          Kali ini mood tu kena turn on smula memandangkan perut dah slim setelah baby keluar..hehe...cuti pun banyak lagi tahun ni...memang kena pergi jalan-jalan jugak...almaklumla,bulan lepas telah disyaki menghidap 'hypertension' tapi alhamdulillah sekejap je dan dah bebas daripada penyakit tu dan yang paling penting xperlu makan ubat lagi dah...syukur...

          So, nak cari tempat-tempat yang tenang dan damai je ni untuk berjimba-jimba dengan en.hubby dan sorang budak kecik ni...hehehe....

SUBHANALLAH...kat Victoria....bestnya kalau dapat pegi sini..(sumber Google)


Damainya...best jugak kalau dapat tenangkan diri kat sini...sawah padi,gunung ganang,pemandangan kampung....ooohh...damainya..


Pantai pun best jugak kan....angin sepoi-sepoi bahasa menggamit jiwa....=)
(tq en google)


Ohh...ni lagi best..tapi untuk waktu terdekat ni macam tak cukup ongkosnya nak gi sini...
(Korea: ambil daripada en google)


Nota Kaki: Last-last bercuti dan melancong di luar rumah ajelah...hehe...angin sepoi-sepoi bahasa jugak...cuma tak de salji la...=P

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Sekejap jer masa berlalu dan sedar tak sedar kita dah pun bertemu semula dengan Jumaat...bagi kaum adam Jumaat ini dapatlah mereka sama-sama berkumpul untuk mendengar khutbah dan solat jumaat berjemaah...sekurang-kurangnya ada juga pengisian ilmu dan tazkirah buat diri bila mendengar khutbah yang dibaca oleh khatib..tapi bagi kaum hawa,memang nak tak nak terpaksa mencari sendiri pengisian rohani buat diri supaya tak tergelincir serta sentiasa mengingati Allah...

Alhamdulillah sekarang ni bermacam-macam ilmu yang boleh kita cari terutamanya melalui access internet..taip jer tazkirah atau ceramah,memang akan keluar berbagai-bagai...jadi,untuk kaum hawa,jom pakat-pakat kita isi rohani kita supaya hidup kita sihat dan seimbang...

Nota: fizikal diisi dengan makanan dan rohani juga perlukan makanan supaya hidup kita seimbang...wallahua'lam.... (peringatan buat diri sendiri juga)