Thursday, March 10, 2016

Tips nak dapat anak lelaki?

Pertama sekali aku nak cakap, anak tu adalah anugerah Allah yang paling tinggi nilai dia...Bukan semua orang dapat nikmat ni..ada orang diuji dengan takde anak, tapi harta melimpah ruah...ada orang yang diuji dengan anak ramai, tapi harta cukup makan...ada jugak yang anak ramai dan rezki duit pun melimpah ruah...Tiap orang lain ujian lain dugaan.. Jangan terlalu tengok pada orang sampai kita lupa apa yang kita dah ada...Ingat tu yek...

Ok..Panjang lebar dah bebel tadi...Nak masuk pada topik perbincangan...Macammana cara nak dapatkan anak lelaki...

Tips nya:
1) Letakkan Allah nombor 1...
    Sebelum kita usaha, sebelum kita rancang dan gigih nak jalankan segala mak nenek petua yang ada dalam simpanan nota kita, kita kena doa banyak-banyak supaya segala yang kita nak dan rancang tu adalah yang terbaik untuk kita...

2) Mintak suami kita perbanyakkan makan daging...hahaha..teringat bila en hubby kata, kalau makan daging banyak sangat risau kena gout plak nanti..hehe...jangan la sampai macam tu sekali...Makan tu kena beringat la...

3) Ginseng Cina...Petua ni aku dapat dari kawan keja...dia bagitau ginseng ni banyak jual kat kedai cina tradisional..sejauh mana tu wallahua'lam..aku tak pernah cuba lagi..cuma satu yang dia bagi amaran, kalau dah minum ginseng ni nnti bila preggy akan preggy anak laki je...susah nak dapat anak pempuan...xtau la tu..kot2 sapa yang tau leh la bagitau aku yek...

4) Bersama waktu subur isteri...Pandai2 la rancang yek dan bila lepas bersama tu kalau boleh si isteri baring mengiring sebelah kanan..

Banyak lagi tips yang lain..ada yang aku pernah dengar dan paling kelakar setakat ni, "Honeymoon tempat tinggi dapat anak laki, Honeymoon kat pantai dapat anak pempuan"...

Tu je setakat ni..kot2 ada yang nak tambah, dialu-alukan dan kot apa yang aku taip kat atas ni salah ke, so tolong perbetulkan...aku manusia biasa..tak lari dari buat silap...wallahua'lam...

2 comments:

Ira said...

Oo.. haha.. patut la dpt gigirl.. honeymoon hr tu p pulau pangkor.. g cameron plak perut da besar.. hehe..
Apa2 pun tu semua anugerah Allah.. xkira laki ke pempuan, keduanya amanah yg kita perlu jaga sebaiknya..

izzah said...

ira: betul tu...sy pn aritu gi cameroon, tup2 dapat perempuan jugak..hehe..yg penting baby sihat, soleh solehah n patuh serta baik...